Monday, July 19, 2010

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II (PEMIKIR II) : 'AL-ASHA'IRAH DAN CABARAN MUTAKHIR' : 20-22 JULAI 2010, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM









SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II (PEMIKIR II) : 'AL-ASHA'IRAH DAN CABARAN MUTAKHIR' :


TARIKH : 20-22 Julai 2010 (Selasa-Khamis)

TEMPAT : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Kuala Lumpur

ANJURAN : Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM



Mazhab akidah yang telah diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Asy'ari (m. 324 H / 932 M) dan Abu al-Mansur al-Maturidi (m. 336 H / 944 M), merupakan dua aliran pemikiran akidah yang telah disepakati oleh ijma' ulama sebagai satu pegangan mazhab ahli Sunnah wal-Jama'ah yang muktabar. Kewibawaan aliran pemikiran akidah ini dalam mempertahankan pegangan akidah yang sahih tidak dapat disangkal memandangkan ia adalah bersumberkan kepada dua sumber rujukan utama Islam iaitu al-Qur'an dan al-Hadith. Namun malangnya kini terdapat sesetengah masyarakat yang cuba mempersoal dan mempertikaikan kedudukan al-Asha'irah sebagai mazhab arus perdana di Malaysia, seolah-olahnya mazhab ini bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang ditafsirkan mereka secara literal dan bebas tanpa sebarang ikatan dengan tradisi keilmuan Islam yang diperakui.

Atas hujah ulama tidak boleh disucikan kerana mereka bukan maksum, prinsip-prinsip pegangan akidah dan syariat yang telah diijma' dan dipertikai oleh segelintir tokoh sanjungan mereka, cuba ditolak menerusi pelbagai cara dan wasilah dalam rangka untuk mengarusperdanakan fahaman mereka yang terpencil dalam wacana keilmuan Islam sejak zaman berzaman. Tema seruan kembali kepada al-Quran dan memerangi bidaah dipalu siang dan malam untuk mempertikaikan perkara-perkara khilafiah yang sudah menjadi amalan tradisi masyarakat Islam sedari awal lagi.

Menyedari kepentingan memperkasa tradisi al-Asha'irah yang menjadi pegangan zaman berzaman umat Islam di Malaysia dan keperluan mendepani cabaran mutakhir al-Asha'irah khususnya di Malaysia, maka Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam dengan sokongan beberapa agensi kerajaan bercadang untuk menangani isu ini dengan menganjurkan Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Kuala Lumpur.

Seminar ini adalah kesinambungan dari Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan I yang dianjurkan pada tahun 2003. Harapan penganjur, seminar ini akan merungkai kecelaruan beberapa aliran pemikiran akidah dan menangani beberapa cabaran mutakhir aliran al-Asha'irah di Malaysia. Dengan hasrat seminar ini boleh menjadi medan kepada wacana ilmiah yang bakal menghasilkan idea-idea yang bernas untuk melihat wujudnya suasana ummah yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni di Malaysia sebagaimana yang kita alami sejak sekian lama, pihak penganjur mengharapkan kerjasama dan sokongan yang kuat daripada pihak agensi-agensi kerajaan, sektor korporat dan individu-individu yang prihatin sama ada dalam bentuk material dan moral. Semoga sokongan yang diberikan akan memberi semangat kepada Jabatan Akidah dan Pemikran Islam bagi menerusikan program-program sebegini pada masa-masa yang akan datang demi untuk Malaysia yang sejahtera.




OBJEKTIF :

Seminar ini diadakan dengan objektif seperti berikut :

1. Memperkasa al-Asha'irah sebagai mazhab arus perdana di Malaysia.

2. Mendedahkan beberapa cabaran mutakhir mazhab al-Asha'irah di Malaysia.

3. Mengetengahkan kesesuaian al-Asha'irah sebagai pegangan kaum Muslimin di Malaysia demi untuk perpaduan ummah.

4. Menghasilkan sebuah buku untuk rujukan mahasiswa dan masyarakat awam di Malaysia dalam bidang pemikiran akidah Islam.




TEMA : 'Al-Asha'irah dan Cabaran Mutakhir'

Tema di atas akan dibahaskan dalam bidang-bidang kajian seperti berikut :

1. Tradisi al-Asha'irah dalam wacana keilmuan Islam.

2. Konsep Ahli al-Sunnah wal-Jama'ah dan perbahasan di sekitarnya.

3. Cabaran mutakhir al-Asha'irah di Malaysia.

4. Al-Asha'irah dan perpaduan ummah di Malaysia.






ATUR CARA :


HARI PERTAMA : 20 JULAI 2010 (SELASA) :


8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran


8.30 - 10.30 pagi : Pembentangan Sesi 1 :

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi bin Wan Abdullah

1. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah di Brunei Darussalam : Isu dan Cabaran
Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei)

2. Asya'irah dan Cabaran Semasa di Thailand
Tuan Haji Ghazali Ahmad (Guru Pondok)

3. Suatu Perspektif dalam Memahami Gerakan Wahabi
Haji Zaidi Haji Hassan (Pengkaji Bebas)

4. Wahhabism in the English Works
Associate Prof. Dr. Ibrahim Abu Bakar (UKM)

5. Kaedah Penyebaran Dakwah Menerusi Mesej Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah : Kajian Terhadap Jam'iyyah al-Mashari' al-Khayriyyah al-Islamiyyah di Lebanon
Dr. Sulaiman bin Ibrahim (Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei)


10.30 - 11.00 pagi : Kudapan


11.00 - 1.00 petang : UCAP UTAMA (Balai Ilmu) :

التحدي السلفي للمذهب الأشعري: جذوره تاريخه ومظاهره ووسائله وكيفية مواجهته

Pembentang : Prof. Dr. Dheen Muhammad (University of Qatar)


1.00 - 2.30 petang : Rehat / makan tengahari / solat


2.30 - 5.00 petang : MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN JURNAL AFKAR

Disempurnakan oleh : Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri


5.00 petang : Minum Petang




HARI KEDUA : 21 JULAI 2010 (RABU) :


8.00 - 8.30 pagi : Kehadiran Peserta


8.30 - 10.00 pagi : Pembentangan Sesi 2 :

Pengerusi : Prof. Madya Mohamad Kamil Haji Abdul Majid

1. Apakah Muhammad 'Abdul Wahab Tokoh Mujaddid
Muhammad Uthman el-Muhammady (UIAM)

2. Pendekatan Abu Hasan al-Ash'ari dan Ibn Taymiyyah dalam Perbahasan Sifat-sifat Aqidah : Satu Analisa Perbandingan Mengenai Sifat-sifat Allah
Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim (UM)

3. Pendekatan Para Mufassir dalam Pentafsiran Ayat-Ayat Sifat : Analisis dari Perspektif Aqidah Ahli Sunnah Wa Al-Jama'ah
Ahmad Fakhrurrazi bin Mohammed Zabidi (UKM)

4. Tawasul dalam Pemikiran Islam : Pro dan Kontra
Prof. Madya Dr. Mohd Fakhruddin bin Abd Mukti (UM)


10.00 - 10.30 pagi : Kudapan


10.30 - 12.00 tengahari : Pembentangan Sesi 3 :

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat

1. Tiga Saluran Utama Ilmu dalam Islam : Rumusan Ashā'irah Māturidiyyah yang Kekal Munasabah
Dr. Mohd Zaidi bin Ismail (IKIM)

2. Pseudo-Salafi, Ektrimisme dan Keruntuhan Autoriti
Dr. Khalif Muammar A. Harris (UKM)

3. Manahij Salafiyyah dalam Polimik Isu Khilafiah
Dr. Luqman bin Haji Abdullah (UM)

4. Aliran Salafi Moden Menurut Yusuf al-Qaradawi
Prof. Madya Mohamad Kamil Haji Abdul Majid (UM)

5. Gagasan Asha'irah dan Impliksainya Kepada Pengajian Usuluddin
Dr. Mohd Sani Badron (IKIM)


12.00 - 1.30 petang : Pembentangan Sesi 4 :

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti

1. The Ash'raite School between Religion and Thought
Dr. Abdulhakim Ajhar (UM)

2. العقيدة الأشعرية ومساهمتها في الحفاظ على أمن المجتمع والأمة
Tareek Laham (Beirut)

3. بعض أفكار ابن تيمية في العقيدة تحليل ومقارنة
Dr. Muhamad Salim Muhamad Abu 'Asi (Universiti Qatar)

4. قسمة التوحيد ودراسته بين ابن تيمية وعلماء الكلام
Dr. Mas'ab al-Khoir Idris al-Said Mustafa al-Idrisi (Universiti Qatar)

5. تثليث التوحيد وتوحيد الأمة
Dr. Mohamad Rifaie (USIM)


1.30 - 2.30 petang : Rehat / makan tengahari / solat


2.30 - 4.00 petang : Pembentangan Sesi 5 :

Pengerusi : Dr. Faizuri bin Abdul Latif

1. Konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah : Satu Penilaian
Prof. Madya Dr. Asmadi Mohd Naim (UUM)

2. التراث الأشعري في ميدان العلم الإسلامي
Dr. 'Isa 'Abdullah 'Ali (Universiti Qatar)

3. الأشاعرة بين الغلو والتقصير وبين الإفراط والتفريط
Dr. Shaykh Salim Ulwan al-Husayni (Darul Fatwa, Australia)

4. أثر مذهب الأشاعرة في الدعوة الإسلامية المعاصرة
Dr. Basyouny Nehela (Universiti Qatar)

5. Pendekatan Wasatiyyah al-Ash'ariyyah dalam Memperkasa dan Mempertahankan Akidah : Suatu Manifestasi Utuh antara Faham Literal dan Liberal
Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi bin Wan Abdullah (UM)


4.00 - 4.30 petang : Rehat / minum petang


4.00 - 5.30 petang : Pembentangan Sesi 6 :

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali

1. Pemikiran Ibn Taymiyyah dan Muhammad 'Abdul Wahab : Satu Analisis Perbandingan
Dr. Abdol Rahman Mahmood (UKM)

2. Penolakan Al-Asha'irah Terhadap Huraian Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah Menurut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab (1703-1792M.)
Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat (UM)

3. Ta'wil dalam Tradisi Aqidah Asha'irah
Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (UIAM)

4. Pendidikan Akidah Menerusi Huraian Sifat 20 di Malaysia
Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder (UKM)

5. Al-Asha'irah dan Cabaran Ilmu Semasa : Proses Pengislaman Sains Dulu dan Kini dengan Rujukan Khas kepada Tahafut al-Falasifah dan Islam And Secularism
Dr. Adi Setia (HAKIM)


5.30 - 6.00 petang : Minum Petang




HARI KETIGA : 22 JULAI 2010 (KHAMIS) :


8.00 - 8.30 pagi : Kehadiran Peserta


8.30 - 10.00 pagi : Pembentangan Sesi 7 :

Pengerusi : Dr. Ahmad Zuhdi Ismail

1. Konsep Kebersebaban Al-Ghazali Sebagai Alternatif Faham Saintisme : Suatu Saranan Awal
Azmil bin Zainal (UM)

2. Kritikan Imam Fakhr al-Din al-Razi (m.606H) Terhadap Ibn al-Khuzaymah (m.311H) Tentang Mutashabihat Berdasarkan Kitab Asas al-Taqdis
Mohd Hamidi bin Ismail (UM)

3. Konsep Muqtadayat al-Uluhiyyah dan Awhal Al-Tauhid dalam Mentauhidkan Allah S.W.T. Menurut Sheikh Mukhtar Ali al-Dusuqi
Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof, Nik Muhammad Rozi Nik Tusoff (UiTM & UM)

4. Tradisi Penulisan Kitab Sharah dalam Kerangka Aqidah Asha'irah : Rujukan Khusus Kepada Kitab Sharah Melayu
Che' Razi bin Jusoh (UM)


10.00 - 10.30 pagi Kudapan


10.30 - 12.00 tengahari : Pembentangan Sesi 8 :

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah

1. Hasan Kafi al-Bosnawi between Asha’irah and Maturidiyyah
Dr. Ali Akbar Ziaee (UIAM)

2. الفكر الاشعري والوحدة الفكرية في المغرب الإسلامي
Tarek Ladjal (UM)

3. ملاحظات الشيخ الندوي على أسلوب علم الكلام فى إثبات العقائد الإسلامية
Muhammad Shoheb (UM)

4. الثقافة العقدية عند الشيخ محمد الغزالي (ت1996م
Fadila Grine (UM) 12.00 – 1.30 petang


12.00 - 1.30 petang : Pembentangan Sesi 9 :

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali

1. Ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin al-Fatani dalam Kitab 'Aqidah al-Najin
Dr. Faizuri bin Abdul Latif (UM)

2. Analisis Kalimah Allah Menurut Perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah
Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali (UM)

3. Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah : Analisis Terhadap Metode Kajian dan Penulisan Beliau dalam Beberapa Karyanya Mengenai Ketuhanan
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid (UM)

4. Konsep Wasatiyyah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam Perbahasan Sifat Kalam
Syed Muhammad Hilmi Syed Abdul Rahman & Mohd Sobri Elias (UM)

5. Manhaj 'Aqidah Menurut Ikhwan al-Muslimin
Mohamad Fauzi Zakaria (UM)


1.30 - 2.30 petang : Rehat / makan tengahari / solat


2.30 - 4.00 petang : Pembentangan Sesi 10 :

1. Nahdlatul Ulama dan Faham Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah di Indonesia
Mohammad Syakirin al-Ghozaly (UM)

2. الخطاب العقدي في ماليزيا وتحديات العصر
Dr. Mujahid Mustafa Bahjat & Dr. Ahmad Kasim Kasar (UM)

3. جهود الأئمة الاشعرية في المولد النبوي : السيوطي نموذجا
Ibtisam Abdullah Ali (UM)

4. جهود الإمام البيهقي الأشعري (رحمه الله) في إثبات العقيدة والدفاع عنها
Nawaf Mohammed Al-Harbi (UM)


5.30 – 6.00 petang Minum Petang



BAHASA PENGANTAR :

Seminar ini menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.



YURAN PENDAFTARAN :

Setiap penyertaan perlu mengemukakan yuran penyertaan mengikut klasifikasi berikut :

Institusi : RM 200.00

Pembentang : RM 200.00

Individu : RM 100.00

Kertas Kerja Sisipan : RM 100.00

Pelajar (CD & Prosiding) : RM 50.00

Pelajar (CD sahaja) : RM 30.00


Setiap pembayaran melalui cek / wang pos / bank draf / money order hendaklah dibayar atas nama Bendahari Universiti Malaya beralamatkan Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur.



SASARAN PESERTA DAN JUMLAH :

300 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, pegawai, kakitangan jabatan-jabatan dan majlis agama negeri, NGO-NGO mahasiswa dan individu yang berminat.



HUBUNGI :

SEKRETARIAT : 603 - 7967 6232 / 6014

E-MEL : jabatanakidah@gmail.com.

BLOG : http://seminar-pemikir-islam.blogspot.com.


No comments:

Related Posts with Thumbnails