Saturday, October 31, 2009

SEMINAR PENDIDIKAN TINGGI ISLAM VII SEMPENA SAMBUTAN 20 TAHUN KOLEJ DAR AL-HIKMAH : 'MEMBINA GENERASI ILMUWAN ULUL ALBAB'




Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Kamal Hassan
Profesor Kuliyyah Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Mantan Rektor UIAM



Dato' Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar al-Hikmah



Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar
Felo Penyelidik Kanan, Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS), Kuala Lumpur



Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman el-Muhammady
Felo Akademik Kehormat, Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1426 Hijrah




SEMINAR PENDIDIKAN TINGGI ISLAM VII SEMPENA SAMBUTAN 20 TAHUN KOLEJ DAR AL-HIKMAH : 'MEMBINA GENERASI ILMUWAN ULUL ALBAB' :


"......Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (dari segi hukum agama), mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna (Ulul Albab)"
(Surah al-Zumar, ayat 17-18)

Perkataan Ulul Albab disebut di dalam al-Quran sebanyak 16 kali. Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhannya bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat.

Negara telah mensasarkan pencapaian pembangunan menurut acuan dan bentuk tersendiri, serta seterusnya berhasrat melahirkan modal insan terbaik, juga menurut ciri-ciri yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan negara. Sememangnya modal insan menjadi tumpuan penting dalam perancangan pembangunan kerana ia merupakan tenaga penggeraknya. Berasaskan peranan penting modal insan inilah maka Islam memberikan penekanan lebih utama terhadap pembangunan dalaman berbanding dengan pembangunan dari sudut fizikal. Ini kerana insan yang terbina akal fikiran dan jiwanyalah yang akan membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syariat dan mengarahkannya kepada kebaikan. Dengan pengukuhan rohani, spiritual, kebijaksanaan dalam berfikir dan keunikan akhlak yang dimiliki, mereka akan memahami segala yang diperintah dan dilarang oleh Allah S.W.T. Semuanya kerana mereka meyakini jaminan yang diberikan oleh Allah S.W.T. yang akan membuka pintu pengurniaan yang melimpah keberkatannya (Surah al-A'raf, ayat 96).

Insan yang bertanggungjawab dan beramanah dalam melaksanakan tugas penting ini sering kali dikaitkan dengan takrif di dalam al-Quran sebagai mereka yang memiliki akal fikiran yang sempurna (Ulul Albab), iaitu golongan yang dikatakan dapat mengerti nilai sebuah kehidupan dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya.

Program pembangunan akal yang teliti dan berkesan bagi membangunkan masyarakat atau generasi Ulul Albab kini dilihat begitu perlu kerana cabaran yang harus ditempuh bagi menjayakan impian besar ini bukanlah semudah yang dijangkakan. Kegigihan dan kesungguhan amat diperlukan oleh semua pihak termasuk dari pihak kepimpinan negara, institusi pendidikan dan segenap lapisan masyarakat.

Manakala program pendidikan yang bersepadu yang dijadikan landasan bagi pembentukan masyarakat berilmu dan berakal sempurna ini haruslah mencakupi proses, kandungan dan penerimanya agar ketiga-tiga aspek ini diberikan tumpuan supaya matlamat akhirnya dapat dicapai. Usaha yang bersepadu dalam membentuk golongan ini perlulah diwujudkan dengan segala kemudahan dan perancangan, serta memupuk budaya dan nilai murni. Ia juga tidak terhalang oleh usaha pihak lain yang menyemai budaya dan unsur-unsur negatif yang akhirnya menggagalkan cita-cita murni ini. Bukan sahaja dengan perancangan yang teliti, tetapi juga persediaan untuk melakukan perubahan akal fikiran serta sikap yang akan membawa kita dan masyarakat seluruhnya menuju kejayaan.



TARIKH : 31 Oktober 2009 (Sabtu)

MASA : 8:00 pagi - 5:00 petang

TEMPAT : Auditorium Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi

ANJURAN : Kolej Dar al-Hikmah, Kajang


UCAP UTAMA : Y.Bhg. Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Kamal Hassan
Profesor Kuliyyah Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Mantan Rektor UIAM



ATUR CARA :

8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran peserta

9.00 - 9.15 pagi : Bacaan al-Quran oleh Ahmad Tarmizi
Peserta Akademi al-Qur'an musim ke-2

9.15 - 9.45 pagi : Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar al-Hikmah

9.45 - 10.30 pagi : Ucap Utama oleh Y.Bhg. Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Kamal Hassan
Profesor Kuliyyah Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Mantan Rektor UIAM


10.30 - 11.00 pagi : Kudapan


11.00 - 12.45 tengahari : Slot 1 : 'Wawasan Pendidikan al-Hikmah : Pembinaan Generasi Ulul Albab'

Pembentang Kertas Kerja :

1. Y.Bhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar
Felo Penyelidik Kanan, Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS), Kuala Lumpur

2. Y.Bhg. Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman el-Muhammady
Felo Akademik Kehormat, Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1426 Hijrah


Sesi Soal Jawab


12.45 - 2.00 petang : Makan tengahari dan Solat Zohor


2.00 - 3.15 petang : Slot 2 : 'Pendidikan al-Hikmah : Langkah-langkah ke Arah Merealisasikan Pembinaan Generasi Ulul Albab'

Pembentang Kertas Kerja :

1. Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa
Pensyarah Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM)

2. Dr. K.H. Abdullah Shukeri Zarkasyi
Pondok Gontor, Indonesia


Sesi Soal Jawab


3.15 - 4.45 petang : Forum 'Cabaran Pendidikan Yang Liberalatif'

Ahli Panel :

1. Dr. Yap Sin Tian
Presiden Dong Jiao Zong

2. Dr. Sarjit Gill
Universiti Putra Malaysia (UPM)

3. Fan Yew Teng
Aktivis Bebas

Moderator : Y.Bhg. Dato' Sahlan Ismail
Jabatan Perdana Menteri (JPM)


Sesi Soal Jawab


5.00 petang : Bersurai



PETA LOKASI SEMINAR :


Insitut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi



YURAN PENYERTAAN :

1. Organisasi : RM95

2. Pelajar dan Individu : RM45

3. Pelajar Kolej Dar al-Hikmah : RM35



Maklumat lanjut hubungi :

1. Puan Salawati / Puan Zahrah : 03 - 8925 2392

2. Puan Azizah : 012 - 237 4642

3. Layari : http://seminarhikmah.blogspot.com.



1 comment:

SALEHA said...

Salam matahai,

Terima kasih atas iklan SPTI7....
Kami dapat ramai peserta sampai tak cukup tempat duduk....

anta tak datang ker hari tuh?

Salam ,
SALEHA IDRIS
PENGARAH SPTI-7

Related Posts with Thumbnails