Friday, October 09, 2009

SEJARAH MEMBUKTIKAN AHLI PAS PERNAH DIBUNUH OLEH ORANG UMNO KERANA TAMAKKAN KUASA






Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda UMNO yang menyerang Markas Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi.

Sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda UMNO di Taman Dato' Haji Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda UMNO ini mencemar suasana Pilihan Raya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang. Di Ijok, peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul, pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, Y.B. Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda UMNO di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan saudara Osman Talib sehingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.

Polis sememangnya mengetahui bahawa UMNO mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.

Bukan sahaja ahli PAS, sesama UMNO juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin, membuktikan bahawa UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.

PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda UMNO. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.

PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan UMNO. Kini beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon Pas yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat.

Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.



KENYATAAN MEDIA OLEH :


USTAZ IDRIS AHMAD
Ketua Penerangan PAS Pusat


No comments:

Related Posts with Thumbnails