Friday, October 09, 2009

BIODATA, PROFIL DAN MANIFESTO CALON PAKATAN RAKYAT PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG






MANIFESTO CALON PAKATAN RAKYAT PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen dan agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N.31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahukan isu penaiktarafan jalan utama dari Teluk Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahukan masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahukan isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong, malah menjana ekonomi setempat.

4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah landskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi kemenangan ini akan membawa satu lagi 'kehendak rakyat' ke Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika Pakatan Rakyat menambah satu kerusi DUN lagi, ia akan menjadikan 16 kerusi keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan Rakyat) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan 'bersama kehendak rakyat'.

5. Pada tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor pernah berkata di Parlimen bahawa tiada peruntukan untuk membaiki jalan raya di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan raya sebenarnya ada di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan raya jika saya menang. Sedangkan Tan Sri Mohd. Isa Samad jika menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan raya. Maka saya akan sentiasa membawa isu penaiktarafan jalan raya ini di DUN kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Teluk Kemang dalam membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai 'Bandar Pembiakan Lalat', banjir kilat dan beberapa lagi. Akar kepada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyen. Pembiakan lalat adalah natijah kepada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah kepada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah kepada masalah perparitan. Selesaikan masalah, bermakna selesailah segala natijah dan masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama pihak tertentu. Saya yakin rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca daripada sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, serta menjadi pengerusi 'No Incinerator Broga', menjadikan saya lebih bersedia dalam mengenengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat ialah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Teluk Kemang. Jadikan ADUN Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agen semak dan imbang terhadap projek-projek terbengkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.


BERSAMA KEHENDAK RAKYAT


Zulkefly Mohamad bin Haji Omar
Calon Pakatan Rakyat Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang








BIODATA :

Nama : Zulkefly Mohamad bin Haji Omar

Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan

Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)

Isteri : Saeiah binti Tarmizi

Anak : 6 orang (4 lelaki dan 2 perempuan)



LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :

1. Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporat Communication), Universiti Putra Malaysia (UPM)

2. Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi), UiTM



PENGALAMAN POLITIK :

1. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - kini)

2. Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)

3. Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)

4. Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)

5. Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)

6. Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)

7. Mantan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999 - 2001)

8. Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)



PENGALAMAN KERJAYA :

1. Pengarah Urusan dan Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn. Bhd.

2. Mantan Pengurus Kanan (Perniagaan) – IS Technologies Sdn. Bhd. (1999 – 2004)

3. Mantan Ketua Bahagian (Market Planning - C & B) – Telekom Malaysia

4. Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor

5. Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom

6. Mantan Biro Perkhidmatan Angkasa



PENGALAMAN DALAM ORGANISASI DAN NGO :

1. Pengerusi 'No Incinerator Broga' (Negeri Sembilan - Selangor)

2. Penasihat Persatuan Penduduk Tiang/Sri Petaling, Jelebu, Negeri Sembilan

3. Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang, Broga)

4. Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Cawangan Negeri Sembilan

5. Penasihat Persatuan Penjaja Ayam (Pasar Seremban)

6. Penasihat Jawatankuasa Bertindak Getco, Jele


No comments:

Related Posts with Thumbnails