Saturday, August 01, 2009

SEMINAR TAJDID GENERASI & GERAKAN DAKWAH : MENANGANI KEMELUT SOSIO-POLITIK UMMAH MENERUSI MANHAJ ILMIAH RUHANIAH




Fenomena globalisasi kontemporari menawarkan peluang terbaik untuk generasi muda Islam dan gerakan dakwah untuk membuktikan kerelevanan Risalah Islam dalam menangani persoalan semasa. Globalisasi telah membangkitkan pelbagai kemelut sosio-politik umat manusia sejagat. Kemelut sosio-politik dan ekonomi global di samping kemelut semasa yang melanda sosio-politik ummah telah berterusan menghambat kemajuan dan peningkatan pemikiran, serta persaingan masyarakat negara ini ke tahap yang lebih tinggi di persada antarabangsa.

Konflik politik kepartian di kalangan umat Islam, jurang perbezaan keupayaan ekonomi yang semakin melebar antara golongan miskin dan kaya, permasalahan sosial umat yang semakin hari semakin pesat, kesemuanya memerlukan satu penelitian yang rapi di samping kesungguhan yang padu demi menggarap persoalan-persoalan ini sama ada di peringkat lokal mahupun global. Generasi Islam dan gerakan dakwah abad ke-21 kini sebenarnya berdepan dengan realiti sosio-politik yang sangat rumit akibat dari globalisasi yang dipacu oleh liberalisasi modal dan komunikasi massa.

Justeru kefahaman yang jitu terhadap tasawwur atau 'worldview' globalisasi mestilah dimiliki oleh generasi muda dan gerakan dakwah semasa untuk disaring, dicerna dan diolah semula supaya menepati rujukan tasawwur Islam. Ini sekaligus memerlukan generasi dan gerakan dakwah abad ke-21 berupaya menggali, menghargai, memahami, menghayati serta memperjuangkan khazanah dan warisan tradisi ilmiah-ruhaniah Islam sebagai bekalan penting menghadapi ombak dan badai globalisasi. Menginsafi realiti sosio-politik ummah yang semakin hari semakin parah ini maka bersempena dengan Muktamar Sanawi Ke-38, ABIM menganjurkan SEMINAR TAJDID GENERASI DAN GERAKAN DAKWAH bertemakan 'Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah'.



OBJEKTIF :

1. Mengenalpasti dan memahami peranan generasi dan gerakan dakwah abad ke-21 dengan memahami perubahan sosio-politik kontemporari.

2. Mengenalpasti dan memahami khazanah dan warisan tradisi ilmiah, ruhaniah Islam yang terbukti berjaya membina kehidupan individu, tatacara bermasyarakat dan sistem peradaban Islam yang dihormati oleh tamadun-tamadun besar dunia.

3. Mengenalpasti dan memahami strategi-strategi berkesan untuk dimanfaatkan dari khazanah dan tradisi ilmiah, ruhaniah Islam bagi menghuraikan sebahagian dari kemelut sosio-politik ummah dan juga cabaran-cabaran globalisasi.



TARIKH : 1 Ogos 2009 / 10 Syaaban 1430 Hijrah

MASA : 7:45 pagi - 5:30 petang

TEMPAT : Dewan Besar, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Shah Alam, Selangor

ANJURAN : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Universiti Industri Selangor (UNISEL)



ATUR CARA :


SESI 1 : 11:00 PAGI - 1:00 PETANG

'CABARAN GLOBALISASI DAN SEKULARISME : PANDUAN TRADISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH'

1. Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar
Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif International Institute Of Advance Islamic Studies (IAIS)

2. Dr. Khalif Muammar
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3. Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


SESI 2 : 2:00 PETANG - 3:30 PETANG

'MEMBINA ASAS KERUHANIAN UMAT DALAM MENDEPANI CABARAN DUNIA MODEN'

1. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam
Ahli Majlis Syura ABIM Kedah

2. Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Uthman El Muhammady
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


Sesi 3 : 3:30 PETANG - 5:00 PETANG

'ISLAM DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA : DI MANAKAH KITA?'

1. Y.B. Datuk Ir. Haji Idris Haji Harun
Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka

2. Y.B. Salahuddin Haji Ayub
Ahli Parlimen Kubang Kerian

3. Dr. Mohd. Nor Nawawi
Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Industri Selangor (UNISEL)


RESOLUSI DAN PENUTUP :

Oleh : Profesor Madya Haji Zainal Abidin Kidam
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Industri Selangor (UNISEL)



YURAN PENDAFTARAN :

Individu dan Organisasi : RM100

Organisasi lebih 3 orang : RM80

Ahli ABIM : RM60

Pelajar : RM30



Maklumat lanjut hubungi :

Sekretariat Seminar Tajdid Generasi dan Gerakan Dakwah,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
3402, Jalan Ampang Hilir 2,
Kuala Lumpur.
Telefon : 03 - 6188 0300 atau 016 - 208 4300
E-mel : seminar@abim.org.my

Pejabat Setiausaha Agung : Jufitri (016 - 212 4700), Maria (016 - 263 5700), Hilwah (016 - 225 4482), atau Siti Aidil (016 - 215 6300).

Urusetia ABIM Selangor : Ustaz Muszaki (019 - 266 1772) atau Khairudin (019 - 650 6553).

Pendaftaran dan Penginapan : Junaidah (016 - 208 1300)

Laman Web : www.abim.org.my/muktamar



MATAHARI PETUNJUK


No comments:

Related Posts with Thumbnails