Sunday, August 02, 2009

SEMINAR PEMIKIRAN PROFESOR DR. BURHANUDDIN AL-HELMY HAJI MOHD. NOOR : MEMBENTUK JIWA MERDEKA






Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulang oleh Almarhum Profesor Dr. Burhanuddin Al-Helmy Haji Mohd. Noor setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang tidak mahukan penganutnya berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah S.W.T.

Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre) mengambil inisiatif menganjurkan seminar ini untuk membahaskan persoalan 'Jiwa Merdeka' dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar bagi menghadapi cabaran era globalisasi masakini.




"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka. Bersatulah Melayu seluruh baka, membela hak keadilan pusaka."

Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy Haji Mohd. Noor
Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 1956 - 1969



TEMA : 'MEMBENTUK JIWA MERDEKA'

TARIKH : 2 Ogos 2009 / 11 Syaaban 1430 Hijrah (Ahad)

MASA : 8:00 pagi - 5:15 petang

TEMPAT : Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor

ANJURAN : Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)


SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA : 300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S), ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.



ACARA :


1. WACANA POLITIK : PEMIKIRAN POLITIK PROFESOR DR. BURHANUDDIN AL-HELMY HAJI MOHD. NOOR

Pembentang Kertas Kerja : Y.B. Dato' Kamaruddin Jaafar
Ahli Parlimen Tumpat

Pengulas I : Y.B. Dato' Paduka Husam Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Pengulas II : Profesor Madya Saliha Hassan
Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


2. FORUM : MENYELAMI JIWA MERDEKA PROFESOR DR. BURHANUDDIN AL-HELMY HAJI MOHD. NOOR

Panel I : Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim
Tokoh Sejarawan Negara

Panel II : Y.B. Dr. Zulkefly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor

Panel III : Tuan Haji Said Zahari
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu

Moderator : Y.B. Khalid Abd Samad
Ahli Parlimen Shah Alam



YURAN PENYERTAAN : RM25 sahaja / individu
(Bayaran termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan kos pengurusan)




Peta Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam


Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi : Azlin (013 - 303 7867) atau Nurani (013 - 611 4832)

Telefon : 03 - 5510 4611

Fax : 03 - 5511 1032

Laman Web : http://ummahcentre.net.



MATAHARI PETUNJUK


No comments:

Related Posts with Thumbnails