Saturday, August 01, 2009

KONSERT ANTARA DUNIA 2009 (KAD '09)







Konsert Antara Dunia 2009 (KAD '09) merupakan inisiatif anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd., dalam usaha ke arah membangunkan modal insan dan menanam nilai-nilai murni dalam masyarakat. Konsert ini dilihat bertepatan untuk dilaksanakan dalam menyemai sikap perpaduan dan membentuk jati diri kepada golongan remaja khususnya dan masyarakat amnya.

Konsert ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masakini, di samping mempamerkan kesenian Islam.



Butiran maklumat KONSERT ANTARA DUNIA 2009 (KAD '09) adalah seperti berikut :


TEMA : 'MENYEMARAK KEBANGKITAN, MENERAJU UMMAH'

TARIKH : 1 Ogos 2009 (Sabtu)

MASA : 7:00 malam - 11:00 malam

TEMPAT : Stadium Malawati, Shah Alam


PERSEMBAHAN :

1. Rabbani

2. Raihan

3. Hijjaz

4. Shoutul Harokah


ANJURAN : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd., dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)


TIKET :

1. Famili (2 VIP dan 4 kanak-kanak) : RM100

2. VIP : RM50*

3. Dewasa : RM10

4. Kanak-kanak : RM5


* Terbuka kepada sesiapa saja yang mahu dapatkan tempat duduk VIP iaitu berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP pula, tempat duduk berasingan antara lelaki dan perempuan.



Maklumat lanjut hubungi :

1. Rabbani : 03 - 6272 1225 / 03 - 6272 0225

2. Qahhar : 013 - 628 8614

3. Anie : 013 - 379 6023


Layari : http://gamisconcert.blogspot.com.



MATAHARI PETUNJUK


No comments:

Related Posts with Thumbnails