Friday, August 28, 2009

CERAMAH PERDANA KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT PADA PILIHANRAYA KECIL N11 DUN PERMATANG PASIR DI MARKAS TARBIYAH PAS PUSAT TAMAN MELEWAR




Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat



Y.B. Ustaz Haji Mohd. Salleh Man
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang



Ustaz Haji Mohd. Noor Muhammad
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan




Berikut butiran maklumat CERAMAH PERDANA KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT pada Pilihanraya Kecil N11 DUN Permatang Pasir :


TARIKH : 30 Ogos 2009 (Ahad)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Markas Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, Gombak



PENCERAMAH :

1. Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

2. Y.B. Ustaz Haji Mohd. Salleh Man
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

3. Ustaz Haji Mohd. Noor Muhammad
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan



ANJURAN : Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan


SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.



MATAHARI PETUNJUK


Friday, August 21, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ DI MAJLIS PELANCARAN BUKU SEMPENA BOOKFEST @ MALAYSIA 2009 DI KLCC







Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan




Berikut butiran maklumat MAJLIS PELANCARAN BUKU 'DENGAN NAMAMU AKU HIDUP : ASMAUL HUSNA' bersempena dengan BookFest @ Malaysia 2009 :


TARIKH : 23 Ogos 2009 (Ahad)

MASA : 11:00 pagi

TEMPAT : Hall 2, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

TETAMU KEHORMAT : Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan




Buku 'DENGAN NAMAMU AKU HIDUP : ASMAUL HUSNA'


SINOPSIS : Penulis buku ini tanpa jemu menyuluh segala sudut dari segala ruang kemungkinan yang termampu dari segala sudut kesamaran sifat Tuhan yang mungkin boleh berlaku. Pada kali ini seolah-olah dia mahu memberi yang terbaik tanpa syarat, apa jua yang bertakung dalam dasar kantung keilmuan. Jika adalah buku yang sehabis terperinci yang pernah lahir, maka barangkali inilah bukunya. Ia zahir daripada iltizam dan kesungguhan. Ia hadiah mewah buat ummah.


KARYA : Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

TERBITAN : Kemilau Publika Sdn. Bhd.

JUMLAH MUKASURAT : 309

HARGA : RM17.00 / RM20.00




PETA LOKASI ACARA :


Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)



SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN ACARA.


Maklumat lanjut layari : www.kemilau.com.my, dan www.bookfestmalaysia.com.



MATAHARI PETUNJUK


MAJLIS PELANCARAN KEMPEN RAMADHAN : PERMULAAN GAYA HIDUP SIHAT







MAJLIS PELANCARAN KEMPEN RAMADHAN : PERMULAAN GAYA HIDUP SIHAT


TARIKH : 22 Ogos 2009 (Sabtu)

MASA : 2:00 petang

TEMPAT : Masjid Asy-Syakirin, KLCC

ANJURAN : NISA' Malaysia



AKTIVITI :

1. Talkshow bersama Dr. Rosni Adam, Nabil FarEast (Jemputan Umrah, Astro Oasis), dan Ina Naim

2. Majlis Berbuka Puasa


Cenderahati seperti Goodies bag, booklet diari Ramadhan, dan banyak lagi akan diberikan kepada peserta. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA.


SEMUA DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


Thursday, August 20, 2009

CERAMAH PENDEDAHAN EKSKLUSIF OLEH Y.B. IR. KHALID ABDUL SAMAD






Y.B. Ir. Khalid Abdul Samad
Ahli Parlimen Shah Alam



TARIKH : 20 Ogos 2009 (Khamis)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Dewan Dato' Fadhil Nor, Pejabat (Markaz) PAS Kota Raja, Bukit Naga, Jalan Kebun, Klang, Selangor (di hadapan MARDI).


PENCERAMAH : Y.B. Ir. Khalid Abdul Samad
Ahli Parlimen Shah Alam


ANJURAN : Lajnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Kota Raja



SEMUA DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


Sunday, August 16, 2009

SEMINAR DUNIA ISLAM KONTEMPORARI : CABARAN DAN HALA TUJU MASA DEPAN







Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri



Dato' Sheikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir (dua dari kiri)
Yang Di Pertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)



Profesor Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid
Profesor Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)



Profesor Dato' Paduka Mohamad Abu Bakar
Profesor Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM)



Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) dan Pengerusi Waqaf an-Nur Corporation Berhad



Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk)



Tuan Haji Mohd. Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)



Profesor Dr. Tgk. H. Muslim Ibrahim
Ketua MPU Provinsi NAD, Aceh, dan Anggota Senat Jami'ah, Insitut Agama Islam Negeri ar-Raniry Nangroe, Banda Aceh Darussalam



Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman
Profesor Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM)



Profesor Madya Dr. Fauzi Deraman
Pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)



Profesor Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim
Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)



Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor
Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)



Berikut butiran maklumat SEMINAR DUNIA ISLAM KONTEMPORARI : CABARAN DAN HALA TUJU MASA DEPAN :


TARIKH : 15 - 16 Ogos 2009 (Sabtu - Ahad)

MASA : 8:00 pagi - 5:00 petang (15 Ogos / Sabtu), dan 8:00 pagi - 2:00 petang (16 Ogos / Ahad)

TEMPAT : Auditorium Abu Zarim, TNB Intergrated Learning Solution (ILSAS), KM 7, Jalan Kajang - Puchong, Bandar Baru Bangi, Selangor (Kampus UNITEN).


TETAMU KEHORMAT : Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri


ANJURAN : Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) dan TNB Intergrated Learning Solution (ILSAS)



KERTAS KERJA DAN PEMBENTANG :


1. 'Dunia Islam Kontemporari : Cabaran dan Halatuju'
Oleh : Dato' Sheikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir
Yang Di Pertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)


2. 'Pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia : Cabaran dan Harapan'
Oleh : Profesor Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid
Profesor Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


3. 'Masa Depan Dunia Islam Era Obama'
Oleh : Profesor Dato' Paduka Mohamad Abu Bakar
Profesor Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM)


4. 'Jihad Ekonomi dan Pemilikan Equiti Melayu-Muslim di Malaysia'
Oleh : Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) dan Pengerusi Waqaf an-Nur Corporation Berhad


5. 'Menangani Masalah Khilafiah di Malaysia'
Oleh : Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk)


6. 'Konflik Muslim Minoriti di Thailand dan Filipina'
Oleh : Tuan Haji Mohd. Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)


7. 'Perlaksanaan Syariah Islam : Pengalaman Aceh'
Oleh : Profesor Dr. Tgk. H. Muslim Ibrahim
Ketua MPU Provinsi NAD, Aceh, dan Anggota Senat Jami'ah, Insitut Agama Islam Negeri ar-Raniry Nangroe, Banda Aceh Darussalam


8. 'Aliran Baru Politik di Malaysia'
Oleh : Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman
Profesor Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM)
(UM)


9. 'Menangani Masalah Khilafiah di Malaysia'
Oleh : Profesor Madya Dr. Fauzi Deraman
Pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)


10. 'Kedudukan Non Muslim di Negara Islam'
Oleh : Profesor Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim
Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)


11. 'Menyantuni Konflik Palestin dan Harapan Masa Depan'
Oleh : Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor
Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)



YURAN PENYERTAAN :

1. Pertubuhan / Agensi Jabatan : RM200.00

2. Individu : RM100.00

3. Pelajar / Mahasiswa (Ijazah Pertama) : RM 50.00

Bayaran termasuk kit seminar, jamuan ringan, makanan dan kos pengurusan.



Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi :

1. Telefon : 013 - 384 0710 / 016 - 274 6550 (Saudara Azmi), atau 03-7955 4300 (PUM)

2. Faks : 03 - 7955 4300 (PUM)

3. E-mel : pumpusat@yahoo.com

4. Blog : http://ulamadaily.blogspot.com

5. Alamat : PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA (PUM), 8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Sekysen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


PENDAFTARAN SEBELUM ATAU PADA : 13 OGOS 2009. PENYERTAAN TERBUKA KEPADA SEMUA.



MATAHARI PETUNJUK


Saturday, August 15, 2009

CERAMAH KEMERDEKAAN BERSAMA USTAZ AZMAN SHAPAWI DAN DR. BADRULAMIN




Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat



Ustaz Dr. Badrulamin Bahron
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan Rakyat (PKR)




Berikut butiran maklumat CERAMAH KEMERDEKAAN :


TARIKH : 15 Ogos 2009 (Sabtu)

MASA : 9:30 malam

TEMPAT : Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Taman Bunga Raya, Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor.


PENCERAMAH :

1. Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

2. Ustaz Dr. Badrulamin Bahron
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan Rakyat (PKR)



SEMUA DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI DI MASJID NEGARA KUALA LUMPUR







Berikut butiran maklumat Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki :


TAJUK : 'PERSIAPAN MUKMIN MENGHADAPI RAMADHAN'

TARIKH : 15 Ogos 2009 / 24 Sya'aban 1430 Hijrah (Sabtu)

MASA : Selepas solat Maghrib

TEMPAT : Masjid Negara, Kuala Lumpur



SEMUA DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


KULIAH PENGAJIAN KITAB OLEH SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI




Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki (kanan)





Berikut butiran maklumat Kuliah Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki :



1. TARIKH : 15 Ogos 2009 / 24 Syaaban 1430 Hijrah (Sabtu)

MASA : 9:00 pagi - 12:30 tengahari

TEMPAT : Dewan Solat Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor

KITAB : Sairus Salikin



2. TARIKH : 16 Ogos 2009 / 25 Syaaban 1430 Hijrah (Ahad)

MASA : 9:00 pagi - 12:00 tengahari

TEMPAT : No. 15, Jalan Vista 2 / 1, Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor

KITAB : Kiamat Hampir Tiba

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI : Pak Su Ridwan (019 - 668 9885)



3. TARIKH : 16 Ogos 2009 / 25 Syaaban 1430 Hijrah (Ahad)

MASA : Selepas Solat Maghrib

TEMPAT : Pusat Pengajian Ba'Alawi Kuala Lumpur, No.9, Jalan UP 2A, Prima Ukay, Saujana Melawati, Kuala Lumpur (belakang Zoo Negara).

KITAB : Bekalan Akhirat



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


KULIAH DHUHA DI MARKAZ PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2







TARIKH : 16 Ogos 2009 (Ahad)

MASA : 9:30 pagi - 11:00 pagi

TEMPAT : Markaz PAS Cawangan Bukit Sentosa 2, No. 3 - 41 E, Tingkat 3, Jalan Seroja 1, Seksyen BS6, Bukit Sentosa 2, Hulu Selangor.


PENCERAMAH : Ustaz Fazlul Rahimi
Ketua Dewan Pemuda PAS Ampang Jaya dan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


CERAMAH OLEH TUAN GURU ABDUL HAMID HAJI DAUD AL-FATANI




Madrasah Dakwah Islamiyah, Pondok Seri Permai Seligi, Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan, yang diasaskan oleh Tuan Guru Abdul Hamid Haji Daud al-Fatani



Berikut butiran ceramah oleh Tuan Guru Abdul Hamid Haji Daud al-Fatani :


TAJUK : 'AKIDAH DAN PERJUANGAN'

TARIKH : 16 Ogos 2009 / 25 Syaaban 1430 Hijrah (Ahad)

MASA : Selepas solat Maghrib

TEMPAT : Surau Sri Baiduri, Ukay Perdana 4, Ampang, Selangor


PENCERAMAH : Tuan Guru Abdul Hamid Haji Daud al-Fatani
Mudir & Pengasas,
Madrasah Dakwah Islamiyah, Pondok Seri Permai Seligi, Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


Thursday, August 13, 2009

TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DI MAJLIS BUAL BICARA MASJID AL-FALAH USJ 9




Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Penasihat dan Pengasas Persatuan Kabajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa')



Berikut butiran maklumat Majlis Bual Bicara bersama Y.Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din :


TAJUK : 'ISLAM DAN CABARAN SEMASA'

TARIKH : 13 Ogos 2009 / 22 Sya'aban 1430 Hijrah (Khamis)

MASA : 9:30 pagi

TEMPAT : Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor


AHLI PANEL : Y.Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Penasihat dan Pengasas Persatuan Kabajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa')


MODERATOR : Ustaz Yussaine Yahya


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


Sumber : http://majlisilmu.blogsite.org/wpress/.



MATAHARI PETUNJUK


Monday, August 10, 2009

CERAMAH PERDANA OLEH TUAN HAJI MOHAMAD SABU : 'KONSPIRASI MENJATUHKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR'






Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat



Berikut butiran maklumat CERAMAH PERDANA : 'KONSPIRASI MENJATUHKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR' :


TARIKH : 10 Ogos 2009 (Isnin)

MASA : 9:30 malam

TEMPAT : Padang Dewan JKKK, Kampung Melayu Rasa, Rasa, Hulu Selangor


PENCERAMAH :

1. Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

2. Tuan Haji Abdul Wahid Basri
Yang Di Pertua PAS Kawasan Hulu Selangor

3. Ustaz Nurul Khalil
Ketua Dewan Ulama' PAS Kawasan Hulu Selangor


ANJURAN : PAS Cawangan Rasa dengan kerjasama PAS Kawasan Hulu Selangor


SEMUA DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


Sunday, August 09, 2009

CERAMAH UMUM OLEH TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DI MASJID NURUL IMAN, SERENDAH




Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS



Berikut butiran maklumat CERAMAH UMUM oleh TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN :


TARIKH : 9 Ogos 2009 (Ahad)

MASA : Selepas solat Maghrib

TEMPAT : Masjid Nurul Iman, Serendah, Hulu Selangor


SEMUA DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


Saturday, August 08, 2009

TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DI FORUM PERDANA EHWAL ISLAM




Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din



Dato' Dr. Haji Hasan Haji Mohd. Ali



Dr. Rubiah K. Hamzah



TARIKH : 8 Ogos 2009 (Sabtu)

MASA : Selepas solat Maghrib

TEMPAT : Dewan solat bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri Selangor)


PENCERAMAH :

1. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

2. Dr. Rubiah K. Hamzah


MODERATOR : Y.B. Dato' Dr. Haji Hasan Haji Mohd. Ali
Exco Kerajaan Negeri Selangor




QIAMULLAIL PERDANA REMAJA DAN KELUARGA


TARIKH : 9 Ogos 2009 (Ahad)

MASA : 4:00 pagi

TEMPAT : Dewan solat utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri Selangor)

DIPIMPIN OLEH : Ustaz Othman Ibrahim



SEMUA DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


BICARA AD-DIN : 'DI AMBANG SORE'






Y.B. Ustaz Hashim Jasin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sanglang, Perlis



TARIKH : 8 Ogos 2009 / 17 Syaaban 1430 Hijrah (Sabtu)

MASA : Selepas solat Maghrib

TEMPAT : Masjid al-Hidayah, Kelana Jaya, Selangor


PENCERAMAH : Y.B. Ustaz Hashim Jasin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sanglang, Perlis


ANJURAN : Badan Kebajikan Islam Kelana Jaya (BAKIKJ)


Maklumat lanjut hubungi : Kamarudin (03 - 7876 2292)


SEMUA DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


SEMINAR FENOMENA NAJIS MUGHALLAZAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI



Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes Abdul Wahid
Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor



Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor (APIUM)



Berikut butiran maklumat SEMINAR FENOMENA NAJIS MUGHALLAZAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI :


TARIKH : 8 Ogos 2009 (Sabtu)

MASA : 8:00 pagi – 5:00 petang


TEMPAT :

Dewan Auditorium SIRIM Berhad,

No. 1,
Persiaran Dato' Menteri,
Seksyen 2,
Shah Alam, Selangor.


ANJURAN :

1. Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Selangor (PUMSEL)

2. Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS)

3. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

4. Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia



KERTAS KERJA DAN PEMBENTANG :


1. 'Standard Halal MS 1500 : 2004 : Pengenalan'
Oleh : Ustaz Mohd. Yusof Arbain (SIRIM Berhad)


2. 'Babi Menurut Perspektif Aqidah Islam dan Agama-Agama Lain'
Oleh : Ustaz Rumaizi Ahmad (PUM Selangor)


3. 'Ikhtilaf (Perbezaan Pendapat) Ulama dalam Masalah Babi'
Oleh : Ustaz Mohd. Nidzam Abdul Kadir (UIAM)


4. 'Pendekatan Istihalah (Transformasi) dalam Produk yang Berunsurkan Babi'
Oleh : Dr. Saadan Man (APIUM)


5. 'Penggunaan Babi dalam Sains dan Teknologi'
Oleh : Profesor Dato' Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman (UPM)


6. 'Keperluan Penternakan Babi Moden di Malaysia'
Oleh : Profesor Madya Dr. Loh Teck Chwen (UPM)


7. 'Penternakan Babi dan Hak Bukan Islam dalam Negara Islam : Satu Tinjauan Berdasarkan Siyasah Syar'iyyah dan Sejarah Islam'
Oleh : Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor (APIUM)


8. 'Bahan-bahan Babi dalam Kepenggunaan Menurut Pandangan Hukum Fikah'
Oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Jaafar (HDC)


9. 'Aplikasi Sains dalam Mengesan Produk Babi dalam Makanan dan Perubatan'
Oleh : Profesor Madya Dr. Suhaimi Mustafa (UPM)


10. 'Babi dalam Pendidikan Veterinar : Suatu Panduan Menurut Fikah'
Oleh : Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes Abdul Wahid
Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor



YURAN PENYERTAAN :

1. Pertubuhan / Agensi Jabatan : RM150.00

2. Individu : RM 50.00

3. Pelajar / Mahasiswa (Ijazah Pertama) : RM 10.00


Bayaran untuk seorang peserta meliputi kertas kerja seminar dan makanan.



PENDAFTARAN :

Sila hubungi : 013 - 384 0710 (Azmi), 013 - 300 7193 (Sarah), 013 - 222 1579 (Ahani)

Faks : 03 - 7955 4300 (PUM)

E-mel : pumpusat@yahoo.com.

Blog : http://ulamadaily.blogspot.com.


Alamat :

Persatuan Ulama' Malaysia (PUM),
8-4, The Right Angle,
Jalan 14 / 22,
Sekysen 14,
46100 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.



MATAHARI PETUNJUK


Sunday, August 02, 2009

SEMINAR PEMIKIRAN PROFESOR DR. BURHANUDDIN AL-HELMY HAJI MOHD. NOOR : MEMBENTUK JIWA MERDEKA






Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulang oleh Almarhum Profesor Dr. Burhanuddin Al-Helmy Haji Mohd. Noor setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang tidak mahukan penganutnya berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah S.W.T.

Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre) mengambil inisiatif menganjurkan seminar ini untuk membahaskan persoalan 'Jiwa Merdeka' dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar bagi menghadapi cabaran era globalisasi masakini.




"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka. Bersatulah Melayu seluruh baka, membela hak keadilan pusaka."

Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy Haji Mohd. Noor
Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 1956 - 1969



TEMA : 'MEMBENTUK JIWA MERDEKA'

TARIKH : 2 Ogos 2009 / 11 Syaaban 1430 Hijrah (Ahad)

MASA : 8:00 pagi - 5:15 petang

TEMPAT : Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor

ANJURAN : Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)


SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA : 300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S), ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.



ACARA :


1. WACANA POLITIK : PEMIKIRAN POLITIK PROFESOR DR. BURHANUDDIN AL-HELMY HAJI MOHD. NOOR

Pembentang Kertas Kerja : Y.B. Dato' Kamaruddin Jaafar
Ahli Parlimen Tumpat

Pengulas I : Y.B. Dato' Paduka Husam Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Pengulas II : Profesor Madya Saliha Hassan
Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


2. FORUM : MENYELAMI JIWA MERDEKA PROFESOR DR. BURHANUDDIN AL-HELMY HAJI MOHD. NOOR

Panel I : Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim
Tokoh Sejarawan Negara

Panel II : Y.B. Dr. Zulkefly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor

Panel III : Tuan Haji Said Zahari
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu

Moderator : Y.B. Khalid Abd Samad
Ahli Parlimen Shah Alam



YURAN PENYERTAAN : RM25 sahaja / individu
(Bayaran termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan kos pengurusan)




Peta Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam


Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi : Azlin (013 - 303 7867) atau Nurani (013 - 611 4832)

Telefon : 03 - 5510 4611

Fax : 03 - 5511 1032

Laman Web : http://ummahcentre.net.



MATAHARI PETUNJUK


Saturday, August 01, 2009

HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA 1 OGOS 2009 : MAKLUMAN DAN PANDUAN HIMPUNAN



MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 1 OGOS 2009


1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut :


Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan :


a. Sogo : Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

b. Masjid Jame' Kuala Lumpur : Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

c. Masjid Negara : Johor, Melaka, Negeri Sembilan
dan Selangor.


Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing.


2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2:00 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA.

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah.

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan.





PANDUAN DAN PETA LALUAN BAGI PESERTA HIMPUNAN


Bagi melancarkan perhimpunan ini, satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu peserta himpunan dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.


PERKARA YANG PERLU DIBAWA / DISEDIAKAN :


1. Kad pengenalan, lesen memandu, dan satu kad ATM.

2. Wang maksimum RM 100.

3. Memakai pakaian yang sopan : baju berwarna Hitam / Merah, sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA.

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen seperti button, riben, topi, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam. Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video kamera atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan. Gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan untuk direkod dan disiarkan. E-mail Setiausaha GMI : enalini_elumalai@yahoo.com.



PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN :


1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang mencolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt. Digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA.

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.



PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM PERHIMPUNAN :


1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang beragama Islam, lakukanlah solat sunat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini. Bagi mereka yang bukan beragama Islam, boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan : Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar, anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara. Jangan terus ke Istana Negara bersendirian.

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.



SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN :


1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak-menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan. Gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di e-mail Setiausaha GMI : enalini_elumalai@yahoo.com, untuk rekod dan disiarkan.

17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.



SELEPAS PERHIMPUNAN :


1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada Pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah di'e-mail'kan kepada kami di e-mail Setiausaha GMI : enalini_elumalai@yahoo.com.



APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA KUMPULAN PRO-ISA MELAKUKAN PROVOKASI :


1. Jangan pedulikan mereka. Diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander atau Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.



APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA POLIS MELAKUKAN PROVOKASI DAN SERBUAN :


1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan. Anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian. Pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka melakukan provokasi. Hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.



APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA DITAHAN POLIS :


1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no. kad pengenalan (KP), alamat rumah (berikan ikut alamat dalam KP sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawab yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab : 'Masih tengah cari kerja', atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai pelajar. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan, jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab : 'Saya kerja swasta atau kerja sendiri'. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab : 'Saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja'. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.



APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DIBEBASKAN DARI TAHANAN POLIS :


1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.



PERHATIAN :


1. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.


2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.


3. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.


4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini


Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA. Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.


Sumber : himpunanmansuhisa.wordpress.com.



MATAHARI PETUNJUK


PIDATO PERDANA MALAM ASPIRASI GENERASI SALAHUDDIN OLEH SYEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDDIN AL-MALIKI AL-REMBAWI






Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi



Berikut butiran maklumat PIDATO PERDANA MALAM ASPIRASI GENERASI SALAHUDDIN
bersempena dengan Muktamar Sanawi ke-38 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) :


TARIKH : 1 Ogos 2009 / 10 Syaaban 1430 Hijrah (Sabtu)

MASA : 8:45 malam - 11:00 malam

TEMPAT : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri)

PEMIDATO : SYEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDDIN AL-MALIKI AL-REMBAWI
Ahli Majlis Agama Islam dan Majlis Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus

ANJURAN : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


MATAHARI PETUNJUK


Related Posts with Thumbnails