Friday, July 31, 2009

PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2009




Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2009. Ia merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Pelaksanaan Pesta Buku ini adalah dengan kerjasama Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Media. Antara yang terlibat ialah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor FM, PTS Millennia, Karangkraf, Sinar Harian, e-Media dan Celcom.

Pihak penganjur Pesta Buku Negeri Selangor 2009 meletakkan sasaran melebihi jumlah pengunjung pada tahun sebelumnya. Berdasarkan statistik kehadiran pengunjung pada tahun 2006 ialah seramai 50,000 orang, manakala pada tahun 2007 ialah seramai 93,000 orang, dan yang terakhir ialah pada tahun 2008 adalah seramai 262,370 orang.

Pada tahun ini Pesta Buku Negeri Selangor 2009 mensasarkan seramai 400,000 orang pengunjung. Sasaran ini praktikal dengan 106 gerai daripada 55 pempamer. Pempamer daripada penerbit terkenal seperti PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Alaf 21 Sdn. Bhd., Al-Ameen Serve, Jemari Seni, Karangkraf dan banyak lagi pasti menjadi tarikan untuk para pengunjung pada tahun ini.


Butiran lanjut mengenai PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2009 adalah seperti berikut :


TARIKH : 24 Julai – 3 Ogos 2009

MASA : 10:00 pagi – 9:00 malam

TEMPAT : Kompleks PKNS, Shah Alam

ANJURAN : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)



Kompleks PKNS, Shah Alam



Maklumat lanjut layari : www.pestabukuselangor.com.


MATAHARI PETUNJUK


Related Posts with Thumbnails