Friday, July 31, 2009

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : MEMBENTUK MUKMIN SEJATI




Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din



Dato' Dr. Haji Hasan Haji Mohd. Ali



Dato' Hashim Haji Yahya



Ustaz Dr. Haji Mohd. Ridhuan Tee Abdullah



Berikut butiran maklumat FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : 'MEMBENTUK MUKMIN SEJATI' :


TARIKH : 31 Julai 2009 (Jumaat)

MASA : 8:30 malam

TEMPAT : Masjid al-Azim, Pandan Indah, Hulu Langat, Selangor


AHLI PANEL :

1. Y.Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

2. Y.Bhg. Dato' Hashim Haji Yahya

3. Y.Bhg. Ustaz Dr. Haji Mohd. Ridhuan Tee Abdullah


MODERATOR : Y.B. Dato' Dr. Haji Hasan Haji Mohd. Ali


ANJURAN : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)



SEMUA DIJEMPUT HADIR.



MATAHARI PETUNJUK


FORUM PERDANA PEMBINAAN GENERASI BARU UMAT ISLAM : MENGAMBIL IKTIBAR DARI GENERASI SALAHUDDIN AL-AYYUBI




Profesor Dr. Sidek Baba
Profesor Institut Pendidikan (INSTED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)



Profesor Dr. Razali Haji Nawawi
Profesor Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)



Berikut butiran maklumat Forum Perdana Pembinaan Generasi Baru Umat Islam : Mengambil Iktibar Dari Generasi Salahuddin al-Ayyubi sempena dengan Muktamar Sanawi ABIM ke-38 :


TARIKH : 31 Julai 2009 / 9 Syaaban 1430 Hijrah (Jumaat)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri)


AHLI PANEL :

1. Profesor Dr. Sidek Baba
Profesor Institut Pendidikan (INSTED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

2. Profesor Dr. Razali Haji Nawawi
Profesor Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


MODERATOR : Syed Munawar Syed Mustar
Pengacara Dialog @ 1 (RTM)


ANJURAN : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Maklumat lanjut hubungi : Ustaz Muszaki (019 - 266 1772)


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


MATAHARI PETUNJUK


KULIAH PENGAJIAN KITAB DI PUSAT PENGAJIAN BA'ALAWI BERSAMA TUAN GURU SYEIKH BABA ABDUL AZIZ DAN SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM




Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki (kanan)



Berikut butiran maklumat Kuliah Pengajian Kitab di Pusat Pengajian Ba'Alawi Kuala Lumpur :


1. TARIKH : 31 Julai 2009 (Jumaat)

MASA : Selepas solat Maghrib

KITAB : Qatrul Ghaisiyah (Titisan Hujan Dalam Ilmu Tasawwuf) karangan Tuan Guru Tuan Hussin Kedah

TUAN GURU : Tuan Guru Syeikh Baba Abdul Aziz al-Fatani al-Azmatkhan


2. TARIKH : 1 Ogos 2009 (Sabtu)

MASA : Selepas solat Maghrib

KITAB : Qatrul Ghaisiyah (Titisan Hujan Dalam Ilmu Tasawwuf) karangan Tuan Guru Tuan Hussin Kedah

TUAN GURU : Tuan Guru Syeikh Baba Abdul Aziz al-Fatani al-Azmatkhan


3. TARIKH : 2 Ogos 2009 (Ahad)

MASA : Selepas solat Maghrib

KITAB : Bekal Akhirat

TUAN GURU : Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki



Alamat Pusat Pengajian Ba'Alawi Kuala Lumpur :

No.9, Jalan UP 2A,
Prima Ukay,
Saujana Melawati,
Kuala Lumpur.
(belakang Zoo Negara)


Laman Web : www.baalawi-kl.com.


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.


MATAHARI PETUNJUK


MAJLIS MEMPERINGATI UMMUL MUKMININ SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA




Di zaman mutakhirin ini manusia sibuk mengejar dunia, kerjaya serta kemewahan hidup sehingga mereka alpa terhadap keluarga masing-masing. Kemesraan serta keceriaan di dalam kehidupan berkeluarga yang berlandaskan Islam semakin dilupakan. Si ayah tak putus-putus dengan bermesyuarat, si ibu pula tak habis-habis mengejar kerjaya, maka anak-anak menjadi mangsa kesibukan ibu bapa.

Konsep umat zaman ini ialah ibu bapa bekerja siang dan malam untuk mencari kemewahan dunia sepanjang tahun yang kononnya untuk kebahagian kehidupan keluarga. Adakalanya mereka akan memperuntukkan masa hanya sekali dua sahaja dalam setahun bersama keluarga yang dipanggil 'family holiday', sedangkan dalam kehidupan seharian mereka tidak ber'mesra' dengan ahli keluarga.

Makan berasingan, tidak bertanya khabar anak-anak tentang agama mereka, pelajaran mereka, kawan-kawan mereka, pemasalahan mereka dan sebagainya. Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, anak-anak akan dipersalahkan, akhirnya ibu bapa akan mencari jalan keluar dengan menyerahkan anak-anak kepada institusi-institusi 'pemulihan' termasuklah institusi-institusi agama seperti pondok, sekolah agama berasrama dan sebagainya. Pada waktu itu barulah mereka terasa bahawa agama sahajalah yang dapat 'memulihkan' anak-anak mereka.

Kenapa tidak mereka fikirkan begini sejak anak-anak mereka masih kecil lagi? Mengapa tidak mereka berikan pelajaran agama dan akhlak mulia kepada anak-anak sejak dari awal lagi?
Mengapa ibu bapa tidak perasan perubahan tingkah laku anak-anak mereka? Mengapa anak-anak bertambah liar dan jauh dari ibu bapa? Mengapa anak-anak lebih senang mengadu hal kepada kawan-kawan? Mengapa anak-anak tidak menganggap ibu bapa sebagai tempat mengadu pemasalahan mereka? Mengapa anak-anak banyak menyimpan rahsia dari ibu bapa mereka?

Jawapan bagi persoalan ini semuanya ada pada ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa tidak dapat menyediakan suasana kemesraan dan keceriaan di dalam keluarga. Adakalanya kemesraan dan keceriaan di dalam keluarga itu pula tidak berlandaskan Islam sebenar. Ada ibu bapa yang cuba melahirkan kemesraan dalam keluarga bukan berlandaskan agama seperti membawa anak-anak menonton wayang, 'window shopping', pergi ke kelab-kelab, menghadiri acara-acara percampuran antara lelaki dan perempuan yang tidak ada batasan seperti 'Hari Keluarga' pejabat atau syarikat, pergi ke resort-resort yang percampurannya tiada batasan seperti taman-taman tema dan sebagainya.

Kemesraan dan keceriaan dalam Islam ada landasannya. Di dalam keluarga itu sendiri ada batasan-batasan yang perlu dijaga. Tambahan pula jika ingin bercampur-gaul dengan masyarakat, kawan-kawan atau saudara-mara. Oleh sebab itulah pihak Yayasan Al-Jenderami (YAJ) dan Madrasah Islamiah Jenderam Hilir (MIJH) pada tahun ini menyambut Majlis Memperingati Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al-Kubra dengan tema 'Penceria Kemesraan Keluarga' untuk menunjukkan sebahagian daripada cara-cara untuk melahirkan kemesraan dan keceriaan keluarga bersama masyarakat sekeliling yang berlandaskan Islam. Semoga majlis ini akan memberi manfaat kepada semua.



Berikut butiran maklumat MAJLIS MEMPERINGATI UMMUL MUKMININ SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA (sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak) :


TEMA : 'PENCERIA KEMESRAAN KELUARGA'

TARIKH : 31 Julai - 2 Ogos 2009

TEMPAT : Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Lot 27719, Lorong Aman, Kampung Baru Jenderam Hilir, Dengkel, Selangor

PERASMI : Y.A.M. Tengku Putri Datin Paduka Hajjah Arafiah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

ANJURAN : Yayasan Al-Jenderami (YAJ) dan Madrasah Islamiah Jenderam Hilir (MIJH)



ACARA :

1. Majlis Perasmian oleh Y.A.M. Tengku Putri Datin Paduka Hajjah Arafiah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

2. Seminar 'Sayyidatina Khadijah : Penceria Kemesraan Keluarga'

Penceramah 1 : Ustazah Hajjah Zawiah binti Hassan
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kaunseling (KESUMA), JAKIM

Penceramah 2 : Ustaz Salehuddin bin Azraie
Guru Sekolah Tinggi Islam Yayasan Sofa

3. Huraian Manaqib Sayyidatina Khadijah al-Kubra
Oleh : Al-Mukarram asy-Syeikh Dato' Haji Ahmad Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad
Mantan Mufti Negeri Sembilan

4. Bacaan Maulid Simthud Durar - al-Habsyi
Tausiyyah oleh : Al-Mukarram al-Habib Dato' Syed Umar bin Syed Abdul Kadir al-Aidrus

5. Kuliah Subuh

6. Bacaan Yasin dan Tahlil

7. Bacaan Maulid Azzab (muslimat) dan Ratib al-Haddad

8. Acara keluarga, remaja dan kanak-kanak



Maklumat lanjut sila hubungi : Tuan Haji Mad Khalid bin Abdullah (019 - 386 2096), Pejabat Yayasan Al-Jenderami (03 - 8768 0200), atau layari www.aljenderami.com.my.


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


MATAHARI PETUNJUK


PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2009




Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2009. Ia merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Pelaksanaan Pesta Buku ini adalah dengan kerjasama Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Media. Antara yang terlibat ialah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor FM, PTS Millennia, Karangkraf, Sinar Harian, e-Media dan Celcom.

Pihak penganjur Pesta Buku Negeri Selangor 2009 meletakkan sasaran melebihi jumlah pengunjung pada tahun sebelumnya. Berdasarkan statistik kehadiran pengunjung pada tahun 2006 ialah seramai 50,000 orang, manakala pada tahun 2007 ialah seramai 93,000 orang, dan yang terakhir ialah pada tahun 2008 adalah seramai 262,370 orang.

Pada tahun ini Pesta Buku Negeri Selangor 2009 mensasarkan seramai 400,000 orang pengunjung. Sasaran ini praktikal dengan 106 gerai daripada 55 pempamer. Pempamer daripada penerbit terkenal seperti PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Alaf 21 Sdn. Bhd., Al-Ameen Serve, Jemari Seni, Karangkraf dan banyak lagi pasti menjadi tarikan untuk para pengunjung pada tahun ini.


Butiran lanjut mengenai PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2009 adalah seperti berikut :


TARIKH : 24 Julai – 3 Ogos 2009

MASA : 10:00 pagi – 9:00 malam

TEMPAT : Kompleks PKNS, Shah Alam

ANJURAN : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)



Kompleks PKNS, Shah Alam



Maklumat lanjut layari : www.pestabukuselangor.com.


MATAHARI PETUNJUK


Related Posts with Thumbnails