Thursday, June 11, 2009

GERAKAN ORIENTALISME & KRISTIANISASI : ANCAMAN KEPADA UMMAH!



Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Benarlah firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka."


Pelbagai agenda diatur dengan matlamat utama untuk menghancurkan agama suci ini. Buku 'Gerakan Orientalisme & Kristianisasi : Ancaman Kepada Ummah' ini adalah kesinambungan judul pertama sebelum ini, 'Gerakan Freemasonry : Musuh Dalam Menghancurkan Islam'. Pada permulaannya, kedua-dua penulis menyatukan ketiga-tiga gerakan ini di dalam satu judul yang sama. Tetapi Hijjaz Records Publishing memutuskan untuk mengasingkan judul tersebut menjadi dua siri bagi memudahkan pembaca memilikinya.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawa Islam ke lembah kehancuran. Oleh itu, sebagai muslim yang telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang satu dan Muhammad itu pesuruh-Nya, haruslah bersama memikul tanggungjawab untuk mempertahankan agama ini. Semoga Islam akan terus dijulang tinggi oleh setiap generasi muslim.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh. Mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin."


Penulis : Ustaz Haji Nik Azran Mohamad dan Ustaz Haji Mahadi Haji Isa

Muka Surat : 230

Terbitan : Hijjaz Records Publishing

Tarikh dipasarkan : Mei 2009

Harga : RM35.90 (Semenanjung) dan RM37.90 (Sabah dan Sarawak)

1 comment:

bazLa' said...

salam

memang benar; kekadang mereka orang yahudi lebih-lebih lagi zionis susah untuk terima Islam. Saya ada seorang guru zionis; tapi banyak juga yg sy belajar daripada cikgu ini. Dia mengajar dengan baik sangat baik; suka motivasikan kami; dan dia pandai kontrol emosi apabila berada di negara orang.. dia memang sangat bersemangat yahudi. sy lihat gambar dia di Israel dengan askar2 zionis.. mereka yahudi ada aktiviti2 untuk anak muda seperti program 'taglit' dll untuk mantapkan semangat keyahudian. bila sy sent email invite dia pergi talk yusuf estes; he seemed like reject the invitation- katanya, dia sudah terlalu faham Islam untuk salah faham tentang Islam...

tapi, sekurang-kurangnya kita mesti ada ajak juga dan bukan hanya menentang kerana banyak juga orang yahudi yang sudah kembali kepada Islam... manusia itu daripada Allah, manusia tetap mempunyai naluri yang sama pada hakikatnya; cuma manusia kena tunduk kepada Allah dan rendahkan ego untuk menikmati cara hidup yang tulen iaitu Islam..

tq..
salam
sekian

Related Posts with Thumbnails