Saturday, June 13, 2009

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM DI MASJID NEGERI, SHAH ALAM MALAM INI



Y.B. Dato' Dr. Haji Hasan Haji Mohd. Ali



Y.Bhg. Ustaz Haji Hasan Mahmud al-Hafiz



Y.Bhg. Dr. Rubiah K. Hamzah (kiri)


Berikut butiran maklumat FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : 'AKHLAK TERPUJI MEMBENTUK KEPERIBADIAN MUKMIN SEJATI' :


TARIKH : 13 Jun 2009 (Sabtu)

MASA : 9:00 malam (selepas solat Isyak)

TEMPAT : Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam

ANJURAN : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


PENCERAMAH :

1. Y.Bhg. Ustaz Haji Hasan Mahmud al-Hafiz

2. Y.Bhg. Dr. Rubiah K. Hamzah


PENGERUSI FORUM : Y.B. Dato' Dr. Haji Hasan Haji Mohd. Ali
(Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Negeri Selangor)


ZIKIR MUNAJAT : Selepas solat Maghrib, dan QIAMULLAIL PERDANA : 4:00 pagi


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.


MATAHARI PETUNJUK

Thursday, June 11, 2009

GERAKAN ORIENTALISME & KRISTIANISASI : ANCAMAN KEPADA UMMAH!



Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Benarlah firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka."


Pelbagai agenda diatur dengan matlamat utama untuk menghancurkan agama suci ini. Buku 'Gerakan Orientalisme & Kristianisasi : Ancaman Kepada Ummah' ini adalah kesinambungan judul pertama sebelum ini, 'Gerakan Freemasonry : Musuh Dalam Menghancurkan Islam'. Pada permulaannya, kedua-dua penulis menyatukan ketiga-tiga gerakan ini di dalam satu judul yang sama. Tetapi Hijjaz Records Publishing memutuskan untuk mengasingkan judul tersebut menjadi dua siri bagi memudahkan pembaca memilikinya.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawa Islam ke lembah kehancuran. Oleh itu, sebagai muslim yang telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang satu dan Muhammad itu pesuruh-Nya, haruslah bersama memikul tanggungjawab untuk mempertahankan agama ini. Semoga Islam akan terus dijulang tinggi oleh setiap generasi muslim.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh. Mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin."


Penulis : Ustaz Haji Nik Azran Mohamad dan Ustaz Haji Mahadi Haji Isa

Muka Surat : 230

Terbitan : Hijjaz Records Publishing

Tarikh dipasarkan : Mei 2009

Harga : RM35.90 (Semenanjung) dan RM37.90 (Sabah dan Sarawak)

FENOMENA NIZAR



Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan Islam terkini iaitu menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Anbakri Publika Sdn. Bhd. telah mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih yang sangat unik ini kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor raksasa di Putrajaya.

Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup 'real' oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Demikian rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak daripada tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.

Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya, dan hati jualah yang mampu menanggapi keruh-jernihnya sebuah kejadian samada ia tuah atau tragedi. Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.


Penulis : Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M. Hussain

Pandang Sisi oleh : Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harga : RM 15.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 18.00 (Sabah & Sarawak)

Terbitan : Anbakri Publika Sdn. Bhd.

Friday, June 05, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ DAN TUAN GURU HADI AWANG DI CERAMAH PERDANA KHAS SEMPENA MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-55 PADA 6 JUN 2009 (SABTU)




Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan



Y.B. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang
Presiden PAS



Y.A.B. Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor


Berikut butiran maklumat CERAMAH PERDANA KHAS sempena MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-55 :


TARIKH : 6 Jun 2009 (Sabtu)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor


PENCERAMAH :

1. Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan

2. Y.B. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang
Presiden PAS

3. Y.A.B. Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

4. Wakil Gerakan Islam Antarabangsa


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


MATAHARI PETUNJUK

KONSERT KESENIAN ISLAM SEMPENA MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-55 : MENAMPILKAN PENGGIAT SENI TERKENAL NEGARA




Dato' A. Samad Said
Sasterawan Negara ke-4



Dinsman (Che Shamsuddin Othman)
Penggiat Seni



Ito
Bekas Vokalis Kumpulan Blues Gang



Akhil Hayy
Penyanyi Nasyid dan bekas anggota Kumpulan D'Riyadh



Kumpulan Nasyid Algebra



Azhan Atan
Juara Akademi Nasyid Musim Pertama



Kumpulan Nasyid Amrain



Renggo (Mohd. Zain Ramli)
Vokalis Kumpulan Arrow


Berikut butiran maklumat KONSERT KESENIAN ISLAM sempena MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-55 :


TARIKH : 5 Jun 2009 (Jumaat)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor


PERSEMBAHAN :

1. Dato' A. Samad Said
Sasterawan Negara ke-4

2. Dinsman (Che Shamsuddin Othman)
Penggiat Seni

3. Ito
Bekas Vokalis Kumpulan Blues Gang

4. Akhil Hayy
Penyanyi Nasyid dan bekas anggota Kumpulan D'Riyadh

5. Kumpulan Nasyid Algebra

6. Azhan Atan
Juara Akademi Nasyid Musim Pertama

7. Kumpulan Nasyid Amrain

8. Renggo (Mohd. Zain Ramli)
Vokalis Kumpulan Arrow

9. Qamaruzaman & The Band

10. Akhwan Apandi


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


MATAHARI PETUNJUK

Thursday, June 04, 2009

TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN & USTAZ DATO' ISMAIL KAMUS DI FORUM PERDANA, SHAH ALAM MALAM INI





Y.Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS



Y.B. Dato' Dr. Hasan Haji Mohd. Ali
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor



Y.Bhg. Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
Tokoh agama dan pendakwah bebas


Berikut butiran maklumat FORUM PERDANA bersempena dengan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 :


TARIKH : 4 Jun 2009 (Khamis)

MASA : 8:30 malam

TEMPAT : Perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor


AHLI PANEL :

1. Y.Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS

2. Y.B. Dato' Dr. Hasan Haji Mohd. Ali
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor

3. Y.Bhg. Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
Tokoh agama dan pendakwah bebas


MODERATOR : Ustaz Kamal Ashaari (Exco Dewan Pemuda PAS Pusat)


ACARA SAMPINGAN : Gerai makanan dan jualan barangan (500 gerai)


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


MATAHARI PETUNJUK

KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT SESI 2009 - 2011





Ustaz Riduan Mohamad Nor (tiga dari kiri)


Ustaz Riduan Mohamad Nor mendapat sokongan tertinggi daripada 229 perwakilan yang mengundi bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2009 - 2011, dengan memperolehi 197 undi.

Berikut senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2009 - 2011 yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda, Ustaz Hassan Shukri pada jam 3:45 petang tadi :


1. Ustaz Riduan Mohamad Nor : 197 undi

2. Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz : 194 undi

3. Ustaz Mohd. Firdaus Jaafar : 176 undi

4. Ustaz Mohd. Nazri Chik Zain : 165 undi

5. Suhaizan Kaiyat : 165 undi

6. Ustaz Mohd. Nasir Zakaria : 152

7. Ustaz Kamal Ashari : 145

8. Kamaruzzaman Mohamad : 139 undi

9. Khairul Faizi Ahmad Kamil : 139 undi

10. Mohamad Adram Musa : 135 undi

11. Abdullah Abdul Karim : 127 undi

12. Dr. Raja Ahmad Iskandar : 126 undi


MATAHARI PETUNJUK

ATUR CARA MUKTAMAR PENUH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KE-50 - HARI KEDUA, KHAMIS, 4 JUN 2009




8:15 - 8:30 pagi : Kata aluan Pengerusi Tetap

8:30 - 8:40 pagi : Pembentangan dan pengesahan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-49

8:40 - 9:35 pagi : Pemilihan barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009 - 2011 (12 Ahli Jawatankuasa Kerja)

9:35 - 10:00 pagi : Minum pagi

10:00 - 11:00 pagi : Pembentangan dan perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang berakhir pada Disember 2008

11:00 - 12:00 tengahari : Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang berakhir pada Disember 2008

12:00 - 1:30 petang : Perbahasan Ucap Utama (Ucapan Tema) Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

1:30 - 2:30 petang : Makan tengahari dan solat Zohor

2:30 - 5:30 petang : Sambungan Perbahasan Ucap Utama (Ucapan Tema) Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

5:30 - 6:00 petang : Solat Asar dan minum petang

6:00 - 7:15 malam : Sambungan Perbahasan dan Penerimaan Ucap Utama (Ucapan Tema) Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

7:15 - 8:00 malam : Solat Maghrib dan makan malam

8:00 - 8:20 malam : Pemilihan 15 wakil ke Muktamar Tahunan PAS Ke-55

8:20 - 10:00 malam : Perbahasan dan penerimaan usul

10:00 - 10:45 malam : Penggulungan perbahasan oleh Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

10:45 - 11:00 malam : Ucapan penangguhan para perwakilan

11:00 - 11:10 malam : Ucapan penangguhan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 2007 - 2009

11:10 - 11:30 malam : Ucapan penangguhan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 2009 - 2011

11:30 malam : Doa penutup dan bersurai


MATAHARI PETUNJUK

CATATAN RINGKAS MAJLIS PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KE-50






Alhamdulillah, baru saja pulang ke rumah dari Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-50. Walaupun rasa mengantuk dan letih, tetapi coretan tetap ingin dikongsi bersama. Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-50 berlangsung di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak, bermula dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Y.B. Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS pada malam tadi. Muktamar ini akan bersambung pula pada keesokan hari (Khamis, 4 Jun 2009).



Apa yang menarik perhatian pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-50 ini ialah Deklamasi Sajak oleh Sasterawan Negara, Y.Bhg. Dato' A. Samad Said. Beliau mendeklamasikan sajak yang bertajuk 'Suara Dari Dinding Dewan', yang ditulis sendiri oleh beliau pada tahun 1996 ketika membantah penyingkiran Bahasa Melayu yang dimulakan oleh sang penguasa. Saya sempat bertemu dengan beliau sebelum acara bermula bagi mendapatkan sedikit maklumat yang berkaitan dengan sajak yang akan dibacakan untuk diberikan kepada Pengacara Majlis. Kebetulan saya sekadar membantu secara tidak rasmi bagi perjalanan Muktamar, terutama membantu Pengacara Majlis.



Rasa kagum, bangga dan syukur kepada Allah apabila seorang Sasterawan Negara sudi hadir dan duduk bersama dalam satu majlis bersama dengan para pemimpin dan pendokong jamaah yang bersungguh memperjuangkan Islam. Beliau pada malam tadi menggelarkan Pemimpin Pemuda sebagai 'ULPRO', dan menggelarkan dirinya pula sebagai 'SASPRO'. 'ULPRO' ialah 'Ulamak Profesional', manakala 'SASPRO' pula ialah 'Sasterawan Profesional'.



Bertambah rasa kagum dan syukur kepada Allah apabila Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Muda PAS iaitu Balendran a/l Balasubramaniam, dan Bendahari Kelab iaitu Siva a/l Vasu, diberi penghormatan untuk mengalungkan bunga malai kepada Y.B. Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa dan Y.B. Haji Salahuddin Ayub sewaktu acara berlangsung. Bukan hanya disebabkan kalungan bunga yang membuatkan rasa kagum dan syukur, namun kehadiran mereka dan rombonganlah yang sudah cukup membuatkan rasa syukur di hati para pemuda dan pendokong yang ikhlas dan bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam.



Ini kerana ia membuktikan bahawa PAS semakin diterima oleh masyarakat bukan Islam. Tuduhan oleh pihak lawan bahawa PAS dan ahlinya adalah ekstrem, kolot, pengganas, konservatif, dan bermacam-macam lagi tuduhan yang bertujuan menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam, akhirnya terlerai dan terjawab sudah. Mereka kini tidak lagi terpengaruh dengan dakyah dan propaganda musuh. Malah kini terang-terang mereka menyokong parti dan jamaah yang memperjuangkan Islam, walaupun Islam bukan agama anutan mereka. Ini kerana mereka dapat menilai kebenaran dan keadilan yang dibawakan oleh PAS iaitu sistem politik dan pemerintahan berasaskan Islam. Kejayaan ini diharap dapat memberikan sumbangan kepada Islam dan usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam.



Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-50 ini menyaksikan satu lagi sejarah, di mana ia merupakan perjalanan terakhir kepada Y.B. Haji Salahuddin Ayub di dalam Dewan Pemuda PAS Pusat setelah 6 tahun menerajuinya sebagai Ketua Pemuda, dan selama 24 tahun di dalam Dewan Pemuda PAS semenjak 1985. Jawatan beliau bakal disandang oleh timbalannya iaitu Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi. Pada Majlis Perasmian Muktamar malam tadi, beliau telah menyampaikan Ucap Utama terakhir selaku Ketua Pemuda dengan tajuk bertemakan 'MEMPERSADA PERJUANGAN'.



Antara petikan Ucap Utama beliau yang menarik perhatian dan mendapat laungan takbir 'Allahu Akbar' yang paling menggegarkan dewan ialah apabila beliau berkata :

"Pada saat kita berbangga dengan gandingan mantap golongan ulamak dan profesional dalam PAS, Dewan Pemuda PAS memperingatkan supaya jangan sekali-kali kita lupa kepada golongan aktivis parti yang merupakan paksi kekuatan perjuangan semenjak PAS ditubuhkan pada tahun 1951. Golongan ini merupakan orang-orang tua, pemuda-pemuda, dan muslimat yang tidak pernah meminta upah sama ada ganjaran atau jawatan dalam parti. Ramai di kalangan mereka ini yang hidup miskin dan berpendapatan sederhana, petani, nelayan, buruh dan orang-orang kampung yang cukup setia dengan perjuangan PAS. Mereka ini adalah golongan yang hanya mahu PAS menang, Islam menang. Itulah saja yang menjadi cita-cita mereka. Ada di kalangan mereka yang sanggup menjual tanah untuk membayar deposit calon PAS yang bertanding pilihan raya, walaupun dengan penuh sedar mereka yakin akan hilang wang pertaruhan itu. Ada di kalangan mereka petani miskin yang hanya ada beberapa petak sawah padi, belum pun masak padi yang mereka tanam, mereka telah membahagikan petak ini dengan berkata : "Kalau saya jual, hasilnya ialah untuk PAS." Para Muslimat PAS yang begitu setia memasak, membasuh pinggan mangkuk, membuat kuih-muih setiap kali diadakan program PAS, merayu undi setiap kali datangnya pilihan raya, begitu sabar dan berkorban mengizinkan suami-suami mereka berjuang di dalam PAS. Begitulah agungnya perjuangan mereka ini. Kesetiaan, keikhlasan, dan pengorbanan merekalah yang menjadikan PAS terus gagah di persada perjuangan hari ini. Mereka adalah 'unsung warrior' atau 'wira yang tidak didendang'."


Muktamar kali ini juga memberi cenderamata sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Y.B. Haji Salahuddin Ayub dan beberapa orang exconya yang bakal melepaskan jawatan kerana telah melepasi tempoh (usia), sepanjang berkhidmat di dalam Dewan Pemuda PAS Pusat. Antaranya ialah :

1. Y.B. Mohamad Zaki Ibrahim (Bendahari DPPP)

2. Ustaz Ariffin Deraman

3. Ustaz Nor Azli Musa

4. Y.B. Haji Mohamed Taufek Abdul Ghani

5. Ustaz Salihin Mukhyi

6. Ustaz Zolkharnain Abidin

7. Azreen Abdul Majid

8. Ustaz Jamsari Marsom

9. Abdul Rahman Sadikin


MATAHARI PETUNJUK

Monday, June 01, 2009

MAHFUZ OMAR DAN IR. NIZAR JAMALUDDIN DI CERAMAH PERDANA SEMPENA MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-55





Berikut butiran maklumat CERAMAH PERDANA : ISU-ISU SEMASA sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 :


TARIKH : 6 Jun 2009 (Sabtu)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor


PENCERAMAH :

1. Y.B. Dato' Haji Mahfuz Haji Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ahli Parlimen Pokok Sena

2. Y.A.B. Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang

3. Wakil Parti KeADILan Rakyat Malaysia

4. Wakil Parti DAP


ANJURAN : Lajnah Penerangan PAS Selangor dan Lajnah Penerangan PAS Serdang


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


MATAHARI PETUNJUK

Related Posts with Thumbnails