Friday, May 08, 2009

TRAGEDI HITAM SEJARAH NEGARA : PENCABULAN SISTEM DEMOKRASI & PERLEMBAGAAN DI SIDANG DUN PERAK



SPEAKER (YANG DI PERTUA) DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK, Y.B. V. SIVAKUMAR DIHERET KELUAR DARI DEWAN

Beginilah hebatnya angkara durjana Barisan Nasional (BN). Merampas sidang dewan dan menafikan kuasa Speaker semata-mata tamakkan kuasa. Tragedi hitam yang menyayat hati ini jelas memperlihatkan bagaimana rakusnya BN merampas kuasa di Perak serta merobek kuasa Speaker serta melacurkan demokrasi yang dipegang selama ini.

Perlantikan Speaker haram yang dibuat tanpa mengikut prosedur dan membelakangkan peraturan dewan serta mencabar kuasa Speaker. Lihatlah bagaimana angkuhnya BN apabila mengingk
ari arahan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Y.B. V. Sivakumar ketika beliau mengarahkan 10 ADUN (BN & bebas) keluar dewan kerana mereka ini masih digantung. Bukan setakat itu, ADUN BN dengan biadabnya merampas Speaker dengan menggantikan Speaker yang baru walaupun pada hakikatnya usul bagi perlantikan Speaker baru itu ditolak.

Tidak cukup dengan itu, BN telah menggunakan polis untuk mengheret keluar Speaker Y.B. V. Sivakumar dengan sehina-hinanya tanpa ada pertimbangan. Kedudukan Speaker yang mempunyai tempat
paling tinggi di dalam dewan telah dinafikan. Inilah gambaran sebenar BN yang hanya pandai menggunakan media massa untuk menutup kebiadaban mereka.

Di mana letaknya nilai demokrasi sebenar? Apakah demokrasi hanya diguna pakai atas kepentingan tertentu sahaja? Banyak persoalan yang wujud. Arahan siapa pula yang membenarkan polis memasuki dewa
n tanpa kebenaran Speaker, malah mengheret Speaker keluar dari dewan dan membawa menaiki kenderaan ke tempat yang tidak diketahui.

Apakah tidak menjadi satu kesalahan kerana telah menafikan hak seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang?

Tragedi hitam 7 Mei ini telah memalitkan lu
mpur pada BN sebenarnya. Rakyat yang melihat kejadian ini sudah pasti akan melihat BN sebagai sebuah gagasan yang tidak bermoral dan rakus. Orang yang lalu lalang dan sedang minum kopi di kawasan berhampiran juga ada yang ditahan polis tanpa sebab. Beberapa pemimpin parti pembangkang pula dimasukkan ke dalam trak untuk dihantar ke balai polis berhampiran. Demokrasikah ini? Adilkah semua ini? Pejuang bangsa dan agamakah ini?


MEMALUKAN! - PAKAR UNDANG-UNDANG NEGARA

Sementara itu TVANtara.Com melaporkan bahawa pakar undang-undang negara menyifatkan kejadian hari ini (7 Mei) sebagai memalukan! Menurut rencana tersebut, begitulah ungkapan pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan BN menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi ber
parlimen di Malaysia.

"Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan dari segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang mana salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan."


"Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan ADUN daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berperlembagaan di negara kita."


Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengheret keluar Speaker, Y.B. V. Sivakumar. Menurutnya tindakan mematikan pembesar suara V. Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh BN adalah tidak betul. Ramp
asan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

"Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat." - Profesor Dr. Abdul Aziz Bari.



KRONOLOGI TRAGEDI HITAM SEJAR
AH NEGARA 7 MEI 2009 :
(turutan menurun)



4:55 pm :
Ahli parlimen PAS, Y.B. Salahuddin Ayub memberitahu bahawa semua wakil rakyat termasuk beliau sendiri yang ditahan pagi ini di balai polis Sungai Senam telah dibebaskan jam 4:30 petang. Beberapa puluh orang yang turut ditahan kebanyakannya sudah dibebaskan. Bagaimanapun ahli parlimen PKR, Y.B. Zuraida Kamaruddin pula antara yang awal ditahan pagi tadi berkata, semua wakil rakyat dibebaskan kecuali Y.B. D. Jeyakumar, ahli parlimen Sungai Siput. Pengarah strategi parti itu, Tian Chua yang ditahan sebentar tadi baru dibawa masuk jam 4:30 petang di balai tersebut.

4:12 pm : Speaker asal, V. Sivakumar tiba-tiba masuk semula ke dewan DUN. Sidang akhbar akan diadakan di dalam dewan tersebut sebentar lagi.

4:05 pm : Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat meninggalkan dewan. Menteri Besar BN Datuk Zambry Abdul Kadir mencadangkan persidangan itu ditangguhkan dengan disambut jeritan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat : "Bubarkan DUN". Speaker baru, R. Ganesan menangguhkan persidangan DUN ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

4:05 pm : Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang ditahan semalam di Kuala Lumpur dibebaskan jam 3:30 petang di mahkamah Tanjung Malim, Perak setelah Magistret menolak permohonan reman pihak polis. Beliau dibebaskan dengan jaminan polis dan disambut isterinya, Normah Alwi dan seorang anak mereka.

4:00 pm : Pemimpin PKR, Tian Chua ditahan polis di belakang bangunan Sekretariat Kerajaan Perak sewaktu cuba menyambut kehadiran wakil-wakil rakyat Pakatan yang akan keluar dewan selepas perasmian sebentar tadi.

3:47 pm : Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam. Baginda menyentuh pakej rangsangan ekonomi tetapi tidak mengulas isu-isu politik.

3:15 pm : Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN. Baginda kemudian bertitah kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan). Mohamad Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan rakyat agar duduk dan mereka semua kembali ke tempat masing-masing.

3:13 pm : Speaker V. Sivakumar dibawa oleh sekumpulan polis ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

3:12 pm : Kenderaan rasmi Speaker V. Sivakumar, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita, tetapi ADUN DAP itu tidak berada di dalamnya.

3:10 pm : R. Ganesan, Speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa. Beliau juga mengarahkan keluar dua ADUN Pakatan rakyat, Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja), tetapi mereka enggan. Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

3:00 pm : Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang sedang ditahan polis di balai polis Sungai Senam, Ipoh, memberitahu melalui telefon bahawa beliau tidak pasti bila akan dibebaskan. Beberapa lagi ahli parlimen, Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) dan Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parti Buntar) juga sudah memberikan keterangan kepada polis. Kira-kira 40 orang lagi turut ditahan pagi ini berdekatan bangunan DUN Perak yang menyaksikan persidangan genting bagi Pakatan Rakyat dan BN. Seorang tokoh DAP, Lim Kit Siang berkata 64 orang ditahan.

2:55 pm : Kumpulan 'pegawai' mengelilingi tempat duduk Speaker, kini diambil alih oleh R. Ganesan untuk mengawal keadaan.

2:41 pm : Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama 'pegawai', yang dilaporkan anggota polis mengheret V. Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.

2:35 pm : Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V. Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat. Sementara sekumpulan ADUN Pakatan rakyat lain cuba membawa keluar R. Ganesan (speaker lantikan BN) dari dewan.

2:15 pm : Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat cuba menghalang R. Ganesan, speaker lantikan BN daripada memasuki dewan. Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan berdiri di atas meja. Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan dengan disambut jeritan ADUN Pakatan Rakyat agar mereka meninggalkan dewan. Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat BN pula berusaha membuang keluar V. Sivakumar dari tempat duduk Speaker, tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat.

1:10 pm : Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah di luar dewan, yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini. Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.

12:55 pm : R. Ganesan, Speaker baru lantikan BN enggan meninggalkan dewan dan mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi. Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.

12:45 pm : Thomas Su, ADUN Pasir Pinji mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah Timbalan Speaker, Hee Yit Foong sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis. ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang. Bekas ADUN DAP itu yang kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan Rakyat.

12:37 pm : Hampir kesemua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R. Ganesan, speaker baru lantikan BN yang duduk di situ agar meninggalkan dewan. Kumpulan ADUN BN mempertahankan R. Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika di antara ADUN BN dan Pakatan Rakyat, tetapi mereka kemudian menghentikannya. R. Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12:15 pm : Speaker asal, V. Sivakumar mengharamkan R. Ganesan, Speaker baru yang dilantik BN dan mengarahkannya meninggalkan dewan. Kemudian beberapa ADUN Pakatan Rakyat mendekati R. Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar. Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising.

11:59 am : Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak. Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat sedang menunggu di dalam dewan. Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedang menunggu.

11:22 am : V. Sivakumar, Speaker Pakatan Rakyat memulakan semula persidangan DUN walaupun R. Ganesan, Speaker BN menangguhkannya sebentar tadi. Walaupun tanpa mikrofon, V. Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk MB mereka, Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan. Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut. Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi. Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat berkumpul di sekeliling MB mereka, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang tindakan selanjutnya. Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi.

11:13 am : Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata R. Ganesan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.

11:01 am : Wakil-wakil Rakyat BN berdiri mengelilingi Timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan MB mereka, Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya. Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V. Sivakumar daripada kerusi Speaker. Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arahan tersebut. Kemudian Zambry mengusulkan V. Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R. Ganesan sebagai Speaker yang baru. Dengan cepat R. Ganesan tampil dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

V. Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (R. Ganesan) ini haram", selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (R. Ganesan) adalah haram. Perak ada Speaker haram."

R. Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil rakyat BN membawa beberapa usul lagi. V. Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan (tanpa mikrofon) bahawa semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker. ADUN Pakatan Rakyat bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan V. Sivakumar dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok pada awal Mac lalu anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah.

10:35 am : Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan rakyat terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah. Sementara MB BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti. Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN termasuk Zambry dan tiga wakil bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi MB di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan Rakyat mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya. Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar, tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising. Suasana tegang berlanjutan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.

10:20 am : Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V. Sivakumar. Sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat menghalang Setiausaha Dewan, Abdullah Antung yang juga digantung tugasnya, duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan. Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan. Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala. Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.

Menteri Besar BN, Datuk Zambry Abdul Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan Rakyat juga cuba menghalang Zambry bercakap. Menteri Besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.

10:19 am : Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut. Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D. Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.

9:55 am : Speaker DUN V. Sivakumar mengarahkan Menteri Besar BN, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut supaya keluar. Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh individu itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan. Tindakan tersebut bermakna Speaker yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif, tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.

V. Sivakumar yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan. Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu sebelum rampasan kuasa BN. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil. ADUN Pakatan Rakyat dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain. Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain.

9:45 am : Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak yang menempatkan DUN.

9:30 am : Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN. Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat oleh semua ADUN Pakatan Rakyat dengan kesemua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri Besar BN Datuk Zambry Abdul Kadir yang tidak menerima penghormatan tersebut.

9:24 am : Menteri Besar BN, Datuk Zambry Abdul Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang. Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V. Sivakumar yang juga ADUN DAP bagi Tronoh.

9:23 am : Bilangan anggota polis yang kebanyakannya berpakaian biasa, dalam vest kuning bertulisan "polis" semakin ramai di bangunan UMNO. Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.

9:00 am : Ahli parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong yang ditahan dibawa ke dalam trak polis. Mereka menjerit "1Black Malaysia", "Bubar DUN" dan "Reformasi."

8:50 am : Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee, dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

8:40 am : Semua berada di perkarangan lobi bangunan UMNO Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi antaranya, "Kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman." Mereka juga melaungkan "Daulat tuanku."

8:35 am : Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan Rakyat memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.

8:30 am : Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut yang menempatkan DUN Perak. Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka), Khoo Poay Tiong.

7:55 am : Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan UMNO, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak.

7:45 am : Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.


Sumber : www.malaysiakini.com dan http://greenboc.blogspot.com.


MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails