Saturday, May 16, 2009

SEMINAR PERUBAHAN IKLIM : KE ARAH PENINGKATAN KEFAHAMAN PERUBAHAN IKLIM DAN ISU-ISU BERKAITAN

Perubahan bukannya tindakan sedetik. Lalu hilang. Perubahan juga bukannya kempen sebentar. Kemudian sunyi. Perubahan sebenarnya menuntut kepada sebuah kesedaran abadi.

Akhirnya kesedaran seperti ini hanya termazmur dari kefahaman, penghayatan dan keinsafan. Antara kaedah untuk menanam semua ini adalah menerusi penerokaan ilmu tentang peri pentingnya perubahan. Ilmu seharusnya melahirkan tindakan abadi. Dalam soal perubahan iklim, yang menjadi inspirasi aksi 'Earth Hour', proses penanaman kesedaran ilmu ini amatlah mendesak.

Justeru, Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) dengan kerjasama Institut Kajian Dasar (IKD) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, telah mengatur satu seminar atas tujuan ini. Harapannya agar seminar ini dapat mencungkil punca dan penyelesaian, serta membangkitkan rasa kebimbangan sejagat ini dalam bentuk yang lebih mapan.

Butiran seminar adalah seperti berikut :


TARIKH : 16 Mei 2009 (Sabtu)

MASA : 8:30 pagi - 5:00 petang

TEMPAT : Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya, Off Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor
(rujuk peta yang dilampirkan)


PEMBENTANG :

1. Profesor Dr. Fredolin Tangang
Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
Tajuk : Perubahan Iklim Dunia : Kefahaman Saintifik dan Isu-isu berkaitan

2. Dr. Liew Juneng
Pensyarah / Penyelidik, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Tajuk : Konsep Pengunjuran Iklim Melalui Permodelan Matematik

3. Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh
Jabatan Geografi, Universiti Malaya
Tajuk : Keterancaman dan Vulnerabiliti Malaysia Terhadap Perubahan Iklim

4. Encik Ling Leong Kwok
Pengarah, Seksyen Pembangunan Ramalan Cuaca Numerikal, Jabatan Meteorologi Malaysia
Tajuk : Climate Change Scenarios of Malaysia

5. Ir. Haji Ahmad Jamaluddin Shaaban
Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)


Anjuran : Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) dengan kerjasama Institut Kajian Dasar (IKD) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar


Penyertaan terbuka dan percuma. Semua dijemput hadir.


Maklumat lanjut layari : www.kesturi.net.


MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails