Saturday, May 02, 2009

PENGENALAN BIOLOGI VIRUS


Virus ialah zarah kecil yang boleh berjangkit selain organisma biologi. Virus ialah parasit intrasel obligat, yang bermaksud mereka boleh membiak dengan cara menawan sel sel lain kerana mereka tidak berupaya untuk membiak sendiri. Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah-zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan organisma unisel). Manakala istilah faj digunakan untuk zarah-zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma seperti bakteria). Selalunya zarah-zarah ini membawa asid nukliek (DNA atau RNA) yang dilindungi dengan lapisan pelindung daripada protein atau protein-lipid.

Istilah virus datangnya daripada Bahasa Latin yang bermaksud racun. Hari ini, virus digunakan untuk merujuk virus biologi dan juga sebagai metafora untuk perkara yang terhasil seperti parasit, contohnya idea. Selain itu, virus juga digunakan dalam dunia komputer. Perkataan virion atau viron digunakan untuk zarah virus berjangkit tunggal.



Virus diklasifikasikan kepada beberapa kelas misalnya :

Kelas I : DNA berbenang ganda dua (Double stranded DNA)

Kelas II : DNA berbenang tunggal
(Single stranded DNA)

Kelas III : RNA berbenang ganda dua
(Double stranded RNA)

Kelas IV : RNA berbenang tunggal positif, be
rtindak sebagai mRNA

Kelas V : RNA berbenang tunggal negatif,
bertindak sebagai templat untuk sintesis mRNA

Kelas VI : RNA berbenang tunggal positif de
ngan DNA sebagai perantara (retro-virus)

Kelas VII : DNA berbenang ganda dua dengan RNA sebagai perantara semasa proses replikasi.


Kelas-kelas ini bukan klasifikasi filogenetik k
erana virus-virus mungkin tidak berkongsi asal yang sama.



Virus selalunya terdiri daripada lapisan protein sebagai pelindung (sampul), teras protein yang menyimpan gen virus, dan gen virus itu sendiri. Sampul yang selalunya dihasilkan daripada membran sel perumah, melindungi genom virus dan memberikan mekanisma (the involuntary and consistent response of an organism to a given stimulus) kepada virus tersebut.

Virus menawan sel perumah untuk meme
nuhi pusingan hidupnya iaitu menghasilkan lebih banyak zarah virus. Virus berada di antara kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup. Virus boleh membiak dan mewarisi sifat generasi sebelumnya, tetapi bergantung kepada enzim perumah, dan boleh dikendalikan seperti molekul biasa (contohnya boleh dihablurkan).

Sama ada virus hidup atau tidak, mereka merupakan parasit obligat dan tidak mempunyai kemamp
uan untuk membiak sendiri. Seperti kebanyakan parasit, mereka memerlukan perumah yang tertentu, misalnya sesetengah virus hanya boleh membiak dalam spesis tertentu, tetapi sesetengah yang lain boleh membiak dalam pelbagai jenis spesis.



Sesetengah virus adalah sangat besar terutama sekali virus yang menjadi parasit metabolisme dalam sel perumah. Sejenis virus intrasel, Mimivirus mempunyai 800 pasangan genom DNA, lebih besar daripada sesetengah bakteria. Mimivirus hidup di dalam ameba di menara penyejuk.


Ada enam peringkat dalam proses replikasi :

1. Penyerapan (melekat pada sel perumah) (adsorption)

2. Penusukan (penetration)

3. Nyahlapisan (uncoating)

4. Replikasi genom


5. Pematangan (maturation)

6. Pembebasan (release)

Proses replikasi antara RNA dan D
NA adalah berbeza.



Asal virus adalah tidak jelas. Pada masa ini, virus dipercayai terhasil dalam organisma perumah dan berasal daripada unsur seperti plasmid dan transposon. Ada juga yang berpendapat virus merupakan mikrob yang muncul secara berasingan dalam sup primordium. Bentuk bentuk lain adalah seperti viroid, virusoid, dan prion.

Contoh penyakit yang paling biasa ialah selsema, yang disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Selain itu, demam campak, AIDS, dan kudis selsema juga disebabkan virus. Kajian terbaru menyaksikan kanser serviks adalah disebabkan separuhnya oleh papilomavirus. Ini menunjukkan perkaitan pertama antara kanser dan agen penjangkit. Selain itu, virus borna yang sebelum ini dipercayai menyebabkan penyakit neuron pada kuda, mungkin bertanggungjawab terhadap penyakit psikiatri pada manusia. Keupayaan virus untuk menyebabkan penyakit dipanggil kevirulenan.

Disebabkan virus menggunakan sel perumah, virus sukar dibunuh. Cara yang terbaik ialah pencegahan melalui penvaksinan dan penggunaan dadah untuk merawat simptom penyakit. Kebanyakan pesakit meminta antibiotik, tetapi sebenarnya antibiotik tidak mampu melawan virus, penyalahgunaannya akan menyebabkan ketahanan antibiotik dalam bakteria. Sungguhpun begitu, kadang-kala, cara yang selamat adalah memulakan rawatan menggunakan antibiotik semasa menunggu keputusan sama ada simptom pesakit adalah disebabkan virus atau bakteria.


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Virus


MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails