Saturday, May 16, 2009

KULIAH PENGAJIAN KITAB BERSAMA SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI




Berikut butiran maklumat Kuliah Pengajian Kitab oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki :


1. KITAB SAIRUS SALIKIN (JILID 1)

TARIKH : 16 Mei 2009 (Sabtu) dan 17 Mei 2009 (Ahad)

MASA : 9:00 pagi - 12:30 tengahari

TEMPAT : Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor


2. KITAB SYARAH HIKAM IBNU ATHOILLAH (MUZAKIRAT FI MANAZIL SIDDIQIN WA RABBANIYYIN - SYEIKH SAID HAWWA)

TARIKH : 16 Mei 2009 (Sabtu)


MASA : Selepas Solat Maghrib

TEMPAT : Surau Kuarters Guru, Gombak (sebelah International Islamic School)

ANJURAN : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Sumber : http://majlisilmu.blogspot.com.


BIODATA RINGKAS SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI :

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjar Masin, Kalimantan Selatan. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan sehingga Tingkatan 'Aliyah. Beliau seterusnya melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.

Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India bersama dengan ulama' terkenal iaitu Samahah Syeikh Abul Hassan al-Hasani an-Nadwi r.h. di Nadwatul Ulama', Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan datang ke Malaysia, seterusnya berkhidmat di Madrasah Tarbiyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah, sehinggalah ke hari ini.

Pada tahun 1988, beliau berkesempatan berguru dengan Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Maliki dan Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki, sehingga dianugerahkan dengan gelaran keluarga 'Al-Maliki' pada tahun 2002.

Beliau juga merupakan Mudir Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Warateweh, Kalimantan, Indonesia, yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Di samping itu, beliau juga merupakan Ketua Umum Majelis Ulama' Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sesi 2004 - 2009.

Melalui penerbitan Khazanah Banjariah, Syeikh Ahmad Fahmi telah bergiat aktif dalam usaha pengeluaran kitab-kitab berbahasa Melayu. Antara lain beliau telah banyak menyusun kitab-kitab kumpulan hadis seperti 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, 40 Hadis Penawar Hati, dan 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama.

Beliau juga telah mentahkik dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama' silam nusantara iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falimbani seperti Sairus Salikin (4 jilid) dan Hidayatus Salikin.

Selain itu, beliau juga aktif menterjemahkan kitab-kitab tasawuf yang ulung seperti Bidayatul Hidayah dan Ayyuhal Walad karangan Imam Al-Ghazali serta Bustanul Arifin karangan Imam an-Nawawi.


MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails