Saturday, May 30, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ DI HIMPUNAN DAN KONVENSYEN KELAB PENYOKONG PAS PERINGKAT KEBANGSAAN




Satu lagi sejarah baru dalam politik arus perdana negara akan dilakar apabila Himpunan dan Konvensyen Kali Pertama Kelab Penyokong PAS Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 30 Mei 2009, yang juga merupakan kemuncak siri konvensyen yang telah diadakan di peringkat negeri sebelum ini. Pencapaian Kelab Penyokong PAS yang ahlinya kini sekitar 20,000 orang telah membawa PAS ke persada politik pelbagai kaum yang mula menjadi popular di kalangan masyarakat Cina dan India. Konvensyen yang bertemakan 'Berdiri Teguh, Menempuh Cabaran' ('Stand United, Brave The Challenges') adalah satu wadah yang amat penting dalam menentukan masa depan perjuangan Islam. Ia juga menunjukkan tahap sokongan orang bukan Islam kepada perjuangan PAS. Selain daripada matlamat mengumpulkan ahli kelab dari seluruh negara, konvensyen ini juga diharap akan dapat menggariskan struktur dan halatuju kelab serta kedudukannya dalam organisasi PAS. Resolusi daripada konvensyen ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk diputuskan status ahli-ahli kelab dan fungsi kelab di dalam PAS.


Berikut butiran maklumat HIMPUNAN DAN KONVENSYEN KELAB PENYOKONG PAS PERINGKAT KEBANGSAAN :


TEMA : 'BERDIRI TEGUH, MENEMPUH CABARAN' ('STAND UNITED, BRAVE THE CHALLENGES')

TARIKH : 30 Mei 2009 / 5 Jamadil Akhir 1430 Hijrah (Sabtu)

MASA : 8:00 pagi - 2:00 petang

TEMPAT : Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang, Selangor

TETAMU KEHORMAT : Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS

ANJURAN : Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat

PESERTA : 500 ahli Kelab Penyokong PAS seluruh negara


Maklumat lanjut hubungi :

1. Khairul Faizi (Pengarah Konvensyen) : 019 - 770 1830

2. Puan Hajah Kamariah (Setiausaha Lajnah) : 016 - 322 6159

3. Mohd. Razif Maslan (Timbalan Pengarah Konvensyen) : 013 - 361 0603


MATAHARI PETUNJUK

Thursday, May 28, 2009

MEMBONGKAR RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN CINA BERSAMA ANN WAN SENG


Umum telah sedia maklum bahawa orang-orang Cina telah mencipta pelbagai kejayaan dalam perniagaan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apakah rahsia yang menjadikan mereka sangat berjaya? Budaya? Sikap? Amalan?

Melalui kursus ini para peserta akan didedahkan kepada RAHSIA ini serta bagaimana ianya dapat dijadikan panduan dan dimanfaatkan bagi tujuan perkembangan perniagaan serta mencipta kejayaan secara berterusan.


Peserta akan didedahkan mengenai :

1. Pendedahan falsafah perniagaan orang Cina

2. Pembongkaran rahsia kejayaan perniagaan orang Cina

3. Persoalan mengenai Bamboo Network dan jaringan bisnes orang Cina

4. Perlaksanaan tip-tip perniagaan orang Cina

5. Pengurusan kewangan orang Cina

6. Penerokaan peluang perniagaaan orang Cina


TARIKH : 30 Mei 2009 (Sabtu)

MASA : 9:00 pagi - 5:30 petang

TEMPAT : Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM)

PENCERAMAH : Ann Wan Seng

ANJURAN : Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)


YURAN PENYERTAAN :

1. Individu : RM130

2. Berkumpulan : RM117 (minimum tiga orang satu kumpulan)

3. Pelajar : RM90


Maklumat lanjut hubungi : Shukor (03 - 2698 7497), Shahrul (03 - 2617 3189), atau layari : www.umcced.edu.my.


MAKLUMAT RINGKAS ANN WAN SENG :


Ann Wan Seng anak kelahiran Klang, Selangor ini merupakan seorang tokoh yang telah mencipta pelbagai kejayaan serta memegang portfolio penting, antaranya sebagai Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagi MACMA, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Kebangsaan (PERKIM), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Cawangan Putra serta Ahli Jawatankuasa Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan, dan Penasihat Asrama Baitul Ummah, asrama kanak-kanak yatim, fakir miskin dan mualaf di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Buku yang ditulis beliau antaranya ialah Rahsia Bisnes Orang Cina 'The Bamboo Network' telah terjual melebihi 20,000 naskah dan dinobatkan sebagai Buku Terlaris di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1430 Hijrah / 2009, dan penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008.


MATAHARI PETUNJUK

READ MALAYSIA 2009 - MALAYSIA INTERNATIONAL BOOK & EDUCATION FAIR


Berikut butiran maklumat Pameran Buku Read Malaysia 2009 (Malaysia International Book & Education Fair) :


TARIKH : 29 Mei - 7 Jun 2009

MASA : 11:00 pagi - 10:00 malam

TEMPAT : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor

PENGANJUR : MINES Exhibition Management Sdn. Bhd.

DISOKONG OLEH : Kementerian Pelajaran Malaysia

JUMLAH GERAI : 600

JUMLAH PESERTA PAMERAN : 200


NEGARA YANG MENYERTAI :

1. Malaysia

2. Singapura

3. Hong Kong

4. Taiwan

5. China


Antara acara yang bakal dianjurkan :


1. FORUM YAKJUJ MAKJUJ

Oleh : Muhammad Alexander Wisnu Sasongko

Tarikh : 31 Mei 2009 (Ahad)

Masa : 11:30 pagi - 1:00 petang


2. STARTING AN INTERNET BUSINESS FROM HOME

Oleh : Irfan Khairi

Tarikh : 31 Mei 2009 (Ahad)

Masa : 2:30 - 3:30 petang


3. HOW TO STAY RICH FOREVER

Oleh : Azizi Ali

Tarikh : 31 Mei 2009 (Ahad)

Masa : 5:30 - 6:30 petang


4. SESI MOTIVASI

Oleh : Dr. Tengku Asmadi

Tarikh : 5 Jun 2009 (Jumaat)

Masa : 3:30 - 5:00 petang


5. SOAL JAWAB PERKAHWINAN ISLAM

Oleh : Zawiyah Hassan

Tarikh : 6 Jun 2009 (Sabtu)

Masa : 2:30 - 3:30 petang


6. BICARA BUKU

Oleh : Parlindungan Marpaung

Tarikh : 6 Jun 2009 (Sabtu)

Masa : 5:30 - 6:30 petang


7. BICARA KEWANGAN

Oleh : Shamsuddin Kadir

Tarikh : 7 Jun 2009 (Ahad)

Masa : 11:30 pagi - 12:30 tengahari


MASUK PERCUMA.


PETA LOKASI :

Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City, Seri Kembangan, Selangor



PELAN DEWAN :



Maklumat lanjut layari : www.readmalaysia.my.


MATAHARI PETUNJUK

Tuesday, May 26, 2009

SEMINAR KRISIS MURTAD DI MASJID NEGERI, SHAH ALAM PADA 30 MEI 2009


Akhir-akhir ini kes murtad dilaporkan semakin menjadi-jadi. Ada dakwaan yang menyatakan bahawa sehingga tahun 1999, sebanyak 5000 deed pool, afidavit, notis dan iklan yang mengisytiharkan niat mahu meninggalkan agama Islam.

Rasa prihatin umat Islam juga dapat dilihat dengan penganjuran diskusi murtad dan demonstrasi yang meledak dengan tiba-tiba apabila seorang gadis Melayu di Kuala Lumpur dikatakan telah dimurtadkan oleh lelaki beragama Katolik pada tahun 1998.

Selain itu, Mahkamah Syariah hari ini telah diberi bidangkuasa khas melalui Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri masing-masing untuk memutuskan pengisytiharan sama ada seseorang itu Islam atau sebaliknya. Malangnya masih tiada apa-apa kesalahan jenayah Syariah yang berkaitan kejadian murtad diwujudkan.

Oleh itu, Seminar Krisis Murtad dianjurkan untuk memahamkan situasi sebenar jenayah murtad dewasa ini, hubungkaitnya dengan hukum Syarak dan perundangan semasa. Mudah-mudahan dengan kefahaman ini, semua pihak dapat bangun berusaha memastikan tiada lagi gejala perosak Aqidah di kalangan umat Islam di Malaysia tercinta ini.


Berikut butiran maklumat Seminar Krisis Murtad :


TARIKH : 30 Mei 2009 (Sabtu)

MASA : 9:00 pagi - 5:00 petang

TEMPAT : Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

ANJURAN : Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Selangor dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


PEMBENTANG :

1. Ustaz Dr. Haji Mohd. Ridhuan Tee Abdullah
Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
Tajuk : Asas-asas Ajaran Budhha sebagai Perbandingan Agama di Malaysia

2. Haji Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester
Pengasas Hidayah Center, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Tajuk : Asas-Asas Ajaran Kristian sebagai Perbandingan Agama di Malaysia

3. Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah
Pengarah Unit Dakwah, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
Tajuk : Asas-Asas Ajaran Hindu sebagai Perbandingan Agama di Malaysia

4. Tuan Mahamad Naser Desa
Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara
Tajuk : Peruntukan Undang-undang dan Kesan Perundangan Melibatkan Permohonan Pengisytiharan Keluar Agama

5. Tuan Haji Abdul Walid Abu Hasan
Ketua Unit Pembangunan Undang-undang Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah, Jabatan Peguam Negara
Tajuk : Implikasi dan Hak-hak Muallaf Mengikut Hukum Syarak

6. Dr. Mohd. Azam Adil
Pensyarah Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Tajuk : Krisis Murtad dan Isu-isu Terkini



Ustaz Dr. Haji Mohd. Ridhuan Tee Abdullah



Haji Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester



Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah



Dr. Mohd. Azam Adil


BAYARAN PENYERTAAN :

1. Agensi Kerajaan & Swasta : RM50

2. Individu & Pelajar : RM10


Maklumat lanjut hubungi :

1. Khairunnizam : 012 - 291 1335

2. Mohd. Azmi : 019 - 384 2920

3. Ustaz Firdaus : 012 - 613 7541


MATAHARI PETUNJUK

HUSAM MUSA & EZAM MOHD. NOR DI PROGRAM HUJAH TV9 : DEBAT RASUAH POLITIK


Berikut butiran maklumat program Hujah TV9 : DEBAT RASUAH POLITIK


TARIKH : 26 Mei 2009 (Selasa)

MASA : 9:30 malam

SALURAN : TV9 (siaran langsung)


AHLI PANEL :


1. Y.B. Dato' Paduka Haji Husam Haji Musa
Naib Presiden PAS dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan & Kebajikan, Kerajaan Negeri Kelantan



2. Mohamad Ezam Mohd. Nor
Ahli UMNO seumur hidup, bekas Presiden Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK), & bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan Rakyat Malaysia (AMK)


MODERATOR :


Profesor Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Catatan :


Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO, telah menarik diri daripada menyertai program Hujah pada hari ini (Selasa, 26 Mei 2009) beberapa jam sebelum siaran langsung diadakan di TV9. Tempat beliau akan digantikan oleh ahli UMNO seumur hidup, Mohamad Ezam Mohd. Nor.


MATAHARI PETUNJUK

Sunday, May 24, 2009

IR. NIZAR JAMALUDDIN BERSAMA RAKYAT KAWASAN TANJUNG MALIM & CERAMAH UMUM 25 MEI 2009


Y.A.B. Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Pakatan Rakyat akan bersama rakyat di kawasan Tanjung Malim, Perak, pada 25 Mei 2009 (Isnin) ini.

Berikut butiran maklumat program tersebut :


MENTERI BESAR PERAK BERSAMA RAKYAT & CERAMAH UMUM

TARIKH : 25 Mei 2009 (Isnin)


1. Program Ramah Mesra MB Perak Bersama Masyarakat Cina, India & Penduduk Setempat

TEMPAT : Pejabat Majlis Tindakan DUN (MTD) Slim, Taman Seroja, Slim River, Perak

MASA : 6:00 petang


2. Solat Maghrib Berjamaah & Tazkirah oleh MB Perak

TEMPAT : Masjid Slim River, Perak

MASA : 7:30 malam (Maghrib)


3. Ceramah Umum oleh MB Perak

TEMPAT : Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak

MASA : 9:30 malam


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


MATAHARI PETUNJUK

MOHAMAD SABU & IR. NIZAR JAMALUDDIN DI CERAMAH PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAS PERAK


Berikut butiran maklumat Ceramah Perdana / Isu Semasa sempena Konvensyen PAS Perak :


TARIKH : 24 Mei 2009 (Ahad)

MASA : 9:30 malam

TEMPAT : Markas PAS Kawasan Teluk Intan, Kampung Padang Tembak


PENCERAMAH :

1. Tuan Haji Mohamad Sabu
Naib Presiden II PAS

2. Ustaz Haji Ahmad Awang
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak merangkap Naib Presiden III PAS

3. Y.A.B. Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang


ANJURAN : Badan Perhubungan PAS Negeri Perak


Semua dijemput hadir beramai-ramai.


MATAHARI PETUNJUK

TUAN GURU HAJI HADI, USTAZ AHMAD AWANG & IR. NIZAR JAMALUDDIN DI KONVENSYEN PAS PERAK KE-14


KONVENSYEN PAS PERAK KE-14 : 'KECEMERLANGAN DAKWAH TERAS KEMENANGAN'


TARIKH : 24 Mei 2009 / 29 Jamadil Awal 1430 Hijrah (Ahad)

MASA : 8:00 pagi - 7:00 malam

TEMPAT : Dewan Perbandaran Teluk Intan, Teluk Intan, Perak

DIRASMIKAN OLEH : Y.B. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

UCAP UTAMA : Y.Bhg. Ustaz Haji Ahmad Awang
Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Naib Presiden 3 PAS Pusat

PESERTA : Ahli Jawatankuasa Harian PAS Negeri, Ahli Jawatankuasa Harian Dewan Negeri, dan Perwakilan PAS Kawasan


MATAHARI PETUNJUK

Saturday, May 23, 2009

SAMBUTAN JUBLI PERAK KEPIMPINAN ULAMAK PAS


OBJEKTIF :

1. Mengingati liku-liku dan pahit getir yang dilalui oleh kepimpinan Ulamak sebagai tunggak kepimpinan PAS.

2. Mendedahkan sejarah cetusan kepimpinan Ulamak kepada masyarakat khususnya golongan muda.

3. Meningkatkan komitmen kepada ahli serta penyokong PAS dalam menghadapi cabaran alaf baru.

4. Mengukuh dan memantapkan lagi kefahaman kepimpinan Ulamak.


TEMA : MEMPERKUKUHKAN KEPIMPINAN ULAMAK


TARIKH : 23 Mei 2009 / 28 Jamadil Awal 1430 Hijrah (Sabtu)

MASA : 8:00 pagi - 5:00 petang

TEMPAT : Dewan Dato' Fadzil Mohd. Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur


PESERTA :

Majlis Syura

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan


Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat


Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat


Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat


Ahli Jawatankuasa Harian PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan


Ahli Jawatankuasa Harian Dewan Ulamak PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan


Ahli Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan


Ahli Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan


Yang DiPertua PAS Kawasan-kawasan


Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan-kawasan


Setiausaha PAS Kawasan-kawasan


Ketua Penerangan PAS Kawasan-kawasan


Ahli Dewan Negara


Ahli Dewan Rakyat


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)



MATAHARI PETUNJUK

SAMBUTAN HARI GURU & KONVOKESYEN PASTI SELANGOR 2009


Berikut butiran maklumat Sambutan Hari Guru & Konvokesyen PASTI Selangor 2009 :

TARIKH : 23 Mei 2009 (Sabtu)


MASA : 2:00 - 5:00 petang


TEMPAT : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Perpustakaan Raja Tun Uda), Persiaran Bandaraya, Shah Alam

TETAMU KEHORMAT : Y.B. Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat



ATUR CARA :

2:00 petang : Para peserta mengambil tempat

Ketibaan Ketua Pengarah dan ALP PASTI Negeri Selangor

2:20 petang : Ketibaan Perasmi


2:30 petang : Lagu Negaraku


Lagu PASTI


Bacaan Doa


Ucapan Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Selangor

Ucapan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Merangkap Pengarah PASTI Negeri Selangor


Ucapan Perasmian oleh Y.B. Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat


3:30 petang : Ikrar Guru

Persembahan Guru PASTI


Sesi Penyampaian Anugerah

Anugerah Guru Cemerlang Kawasan-kawasan


Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat Negeri Selangor

Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor


Cabutan Bertuah Hadiah 3 K

Majlis Konvokesyen Guru


5:00 petang : Sesi Fotografi


Majlis Jamuan


Majlis Bersurai



MATAHARI PETUNJUK

SEMINAR EKONOMI ALTERNATIF : MEMIKIRKAN SEMULA SISTEM EKONOMI SEJAGAT


Dunia kini sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk dan luar jangka. Sehubungan dengan itu, Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) sebagai NGO intelektual cuba mengambil kesempatan bahang ini dengan menawarkan sebuah Seminar Ekonomi Alternatif. Tujuannya agar kita dapat menilai kembali kelemahan-kelemahan sistem yang sedia ada, di samping melihat pilihan-pilihan baru yang mungkin lebih baik.


Butiran seminar ini adalah seperti berikut :


SEMINAR EKONOMI ALTERNATIF : MEMIKIRKAN SEMULA SISTEM EKONOMI SEJAGAT

TARIKH : 23 Mei 2009 (Sabtu)

MASA : 8:30 pagi - 5:00 petang

TEMPAT : Bilik Seminar Siswazah 6, BS 7.206, Aras 1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM

PENYERTAAN : Percuma dan terbuka kepada umum




Prof. Dr. Ir. Hj. Wan Ramli Wan Daud
Presiden ASASI



Khalid Jaafar
Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD)



Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)



Prof. Dr. Mohd. Nazari Ismail
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM)


Hishamuddin Rais
Aktivis Sosial


ATUR CARA :

8:30 - 9:00 pagi : Pendaftaran

9:00 - 9:15 pagi : Kata-kata aluan oleh Prof. Dr. Ir. Hj. Wan Ramli Wan Daud, Presiden ASASI

9:15 - 10:15 pagi : Pembentangan 1 : 'Bagaimana Menyelesaikan Krisis Ekonomi Dunia' oleh Ustaz Abdul Hakim Othman, Presiden Hizbut Tahrir Malaysia

10:15 - 10:30 pagi : Minum pagi

10:30 - 11:30 pagi : Pembentangan 2 : 'Kapitalisme Memakmurkan Rakyat' oleh Khalid Jaafar, Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD)

11:30 - 12:30 tengahari : Pembentangan 3 oleh Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

12:30 - 2:30 petang : Makan tengahari

2:30 - 3:30 petang : Pembentangan 4 : 'Krisis Kewangan : Bolehkah Dielakkan?' oleh Prof. Dr. Mohd. Nazari Ismail, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM)

3:30 - 4:30 petang : Pembentangan 5 : 'Kelemahan-Kelemahan Kapitalisme' oleh Hishamuddin Rais

4:30 petang : Penutup & minum petang


Maklumat lanjut : www.kesturi.net.


MATAHARI PETUNJUK

Friday, May 22, 2009

ADUN MANEK URAI KEMBALI KE RAHMATULLAH, RIBUAN IRINGI JENAZAH - KEHILANGAN BESAR BUAT KERAJAAN NEGERI & PAS


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manik Urai, Haji Ismail Yaacob (Pak Su Mail), 60, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan PAS.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, Ismail yang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kira-kira jam 5:50 pagi tadi adalah antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan. Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud berkata, Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat.

Petang tadi ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Pak Su Mail di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat. Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker DUN Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. Selain itu turut hadir ialah wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian. Ramai yang melihat Tuan Guru Nik Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Pak Su Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain jenazah Pak Su Mail, terdapat satu lagi jenazah wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak. Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Pak Su Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2:05 petang.

Sumber : www.harakahdaily.net. (Jumaat, 22 Mei 2009, 5:15 petang)



ADUN PAS KELANTAN KE RAHMATULLAH

ADUN Manek Urai, Haji Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di Hospital Kota Bharu, Kelantan, kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas.

Allahyarham yang juga Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986. Kecuali pada 2004, Allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut, di bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli.


Sewaktu beliau tidak bertanding, calon PAS, Mohd. Zamzuri Mat Lazim tewas tipis di tangan calon BN, Zulkepli Omar dengan 53 undi. Dalam Pilihanraya Umum lalu (2008), Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Manek Urai Lama dan disembahyangkan di sebuah masjid dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kira-kira 2,000 orang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Manek Urai Lama selepas solat Jumaat.

Ketika menziarahi jenazah tersebut, Speaker DUN Kelantan, Ustaz Mohd. Nusuruddin Daud berkata, beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi itu Isnin ini. Tambahnya, laporan itu dibuat awal minggu depan kerana hari ini dan esok merupakan cuti umum bagi Kelantan, sementara Ahad cuti hujung minggu di Kuala Lumpur.

SPR akan bermesyuarat Khamis depan untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN tersebut, lapor Bernama. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mesyuarat diadakan pada hari berkenaan jika surat pemakluman daripada DUN Kelantan diterima awal minggu depan.

"Mesyuarat dijangka bermula pada 10 pagi dan SPR akan memaklumkan pada hari sama mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian," katanya.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur pagi ini, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berharap 'Umno tidak meletakkan calonnya' seperti pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini.

Sumber : www.malaysiakini.com. (Jumaat, 22 Mei 2009, dikemaskini 4:08 petang)


MATAHARI PETUNJUK

LIMA SASTERAWAN NEGARA TOLAK PPSMI - SEDIA TEMPUR JIKA PEMERINTAH TIDAK TUNDUK DESAKAN BATAL PPSMI


Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi apabila kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolaknya. Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA.

Alasan-alasan itu antaranya :

1. Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna Bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol, Switzerland, India dan Bangladesh.

2. Kegagalan mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai 'pemusnah' Bahasa Melayu yang telah lama menjadi 'lingua franca'.

3. Penggunaan Bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan. Pertama, warganegara yang menguasai Bahasa Inggeris dan sains teknologi. Kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai sastera dan sains sosial, bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.


Sasterawan Negara ke-4, Datuk A. Samad Said


BUANG GELARAN RASMI 'SASTERAWAN NEGARA'

Sebagai menguatkan bantahan mereka, dua tokoh Sasterawan Negara yang hadir iaitu Datuk A. Samad Said dan Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh yang membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu 'jika keadaan memerlukan'.

"Oh, memang sanggup (buang gelaran). Memang sanggup. Sudah pun saya beritahu dalam wawancara (sebelum ini). Itu saya kira, kalau (dikatakan) Sasterawan Negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata Datuk A. Samad Said.

Sementara Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh pula berkata :

"Kalau diperlukan, saya akan sampai ke sini juga, di tempat yang diperlukan. Saya merasakan tragedi ini bukan tragedi orang lain, tetapi tragedi (kepada) saya. Dan tidak pernah berlaku kepada bahasa besar lain seperti yang berlaku kepada bahasa kita. Tidak berani orang sentuh Bahasa Perancis misalnya. Cuba sentuh Bahasa Inggeris, Bahasa Scotland misalnya, apa akan berlaku?"

"Dalam satu dunia tamadun, menteri tak ada hak menukar bahasa. Hanya bangsa itu sahaja yang berkumpulan mempunyai hak menukar bahasa itu. Orang lain tidak ada hak menukar bahasa itu."


Sasterawan Negara ke-6, Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh


SURAT KEPADA PERDANA MENTERI

Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh juga menafikan dakwaan beliau lambat tampil memperjuangkan pemansuhan PPSMI, berbeza dengan Datuk A. Samad Said sebelum ini yang lebih ke depan.

"Pertamanya, kalau tidak di depan televisyen atau surat khabar, saya ini tidak berapa terpilih. Tetapi hal ini telah kita kerjakan dari awal lagi. Saya pernah siapkan surat kepada (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), kejar beliau di Putrajaya, beri surat itu. Tidak ada apa-apa (tindakan). Sewaktu saya di Tokyo, (saya) faks dari Tokyo. Lepas itu, macam-macam (tindakan) yang dikerjakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menurut jejak Datuk A. Samad Said untuk berkempen di pentas politik dan pada pilihanraya kecil demi memperjuangkan pemansuhan PPSMI, Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh berkata :

"Boleh kempen, tetapi saya bukan orang politik. Intelektual juga ada tempatnya. Biarlah kita profesional. Yang pandai berpolitik itu silakan."

Tiga lagi Sasterawan Negara yang menentang dasar PPSMI iaitu Profesor Emeritus Dato' Haji Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain tidak hadir kerana masalah kesihatan.


Sasterawan Negara ke-2, Profesor Emeritus Dato' Haji Shahnon Ahmad


Sasterawan Negara ke-7, Datuk Noordin Hassan


Sasterawan Negara ke-8, Datuk Abdullah Hussain


AKAN TERUS LAWAN

Datuk A. Samad Said menambah, kesemua Sasterawan Negara 'akan terus berlawan' memperjuangkan pemansuhan PPSMI melalui cara masing-masing.

"Kita tidak boleh harap semua Sasterawan Negara membuat kerja yang sama. Tujuan dan matlamat sama, tetapi caranya lain. Ahli politik ini ada usia luputnya. Kuasawan ada tarikh luputnya. Sasterawan, kerana tidak ada tarikh luputnya, dia akan terus berlawan," katanya.

Sementara itu mengulas kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk A. Samad Said memberi amaran supaya ahli politik harus bersedia menghadapi 'perlawanan' yang lebih hebat 'jika tidak bersedia tunduk' pada desakan membatalkan PPSMI.

"Dan kalau ada yang bertanya saya, apakah akan dilakukan kalau kuasawan (ahli politik) ini tidak bersedia untuk untuk tunduk, (maka) perlawanan ini akan diteruskan dari belbagai sudut. Ertinya kuasawan harus bersedia menghadapi itu. Kita akan merakyatkan betul-betul (isu PPSMI), bahawa mereka ini akan hilang bahasa, mereka akan hilang jati diri."

Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh pula berkata, ruang perbincangan dengan menteri terbabit masih terbuka. Bagaimanapun keputusan yang dibuat hendaklah melibatkan kehendak rakyat terbanyak.



PERTIKAI MEJA BULAT

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian badan bebas mendapat hasil berlainan dengan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya kerana pesertanya tidak bercakap berdasarkan fakta dan bukti.

Mengulas kenyataan menteri itu, Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh mempertikaikan kesimpulan yang dibuat oleh kementerian kerana tidak sama dengan butiran perbincangan meja bulat.

"Waktu saya menghadirinya, hampir 80 peratus tak bersetuju menggunakan Bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Tetapi akhirnya disimpulkan bahawa semua orang bersetuju. Saya masih ingat, yang bersetuju (ketika) itu hanyalah pegawai bank yang tidak tahu bercakap Bahasa Kebangsaan dan seorang lagi ibu kepada anak yang sedang bersekolah. Yang lain semua tidak bersetuju. (Wakil masyarakat) India dan Cina pun semua tidak bersetuju. Jadi macam mana kesimpulan (boleh) jadi begini?" katanya.



KEJUTKAN DUNIA SASTERA

Awal Mac 2009 lalu, Datuk A. Samad Said mengejutkan dunia sastera tanah air dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.

Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, dan terbaru Dr. Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S. Othman Kelantan pada 2003. Negara kini sedang menyaring senarai tokoh untuk dicalonkan sebagai Sasterawan Negara ke-10.

Empat Sasterawan Negara yang telah meninggal dunia iaitu Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Dato' Dr. Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Dr. Syed Othman Syed Omar (S. Othman Kelantan). Semuanya aktif dalam dunia sastera kecuali Datuk Noordin Hassan yang dikenali sebagai penggiat teater tersohor.


Berikut kenyataan akhbar lima Sasterawan Negara : 'BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENYATU NEGARA'



Sumber : www.malaysiakini.com. (Malaysiakini, 5 Mei 2009)


MATAHARI PETUNJUK

ANCAMAN BAHAYA FLUORIDA - UBAT GIGI BERTOKSIK


UBAT GIGI BERTOKSIK - PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP)

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai 'sodium monofluorophosphate' (smlp) atau 'sodium fluoride' dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan CAP ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik?



APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.



MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai 'ubat baru yang tidak diluluskan' kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai 'ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan' disebabkan kadar keracunannya tinggi.


Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3 - 0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.



MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambah fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan. Oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.

Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin.

Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur, dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.




KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate - Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah 'Dental Fluorosis' (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.



PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas Ketua Bahagian Kimia, Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.



AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun / bahaya :

"WARNING : KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."

"AMARAN : JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA"



FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN :

1. Kematian

2. Kanser

3. Ruam kulit

4. Luka kanser

5. Kelunturan warna gigi

6. Masalah gastrik

7. Penyebab atau membantu punca Kerapuhan Tulang

8. Keracunan saraf

9. Kanser tulang

10. Keretakan tulang

11. Menyebabkan kekurangan IQ di kalangan kanak-kanak

12. Meransang masalah buah pinggang di kalangan pesakit



BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.



Maklumat lanjut : www.muslimconsumer.org.my/fluorida.


Rujukan :

1. http://www.fluoridealert.org

2. http://www.nofluoride.com

3. http://www.lithgow-info.com


MATAHARI PETUNJUK

Related Posts with Thumbnails