Friday, April 17, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009


Dalam tulisan sebelum ini yang bertarikh 6 April 2009, saya telah menyatakan bahawa Mursyidul Am PAS, Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Novel 'Bidadari Dari Timur'. Novel ini ditulis oleh Y.A.Bhg. Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak (isteri Tuan Guru), dan Ili Sarah Annual Bakri, serta diterbitkan oleh Anbakri Publika Sdn. Bhd.

Di sini saya ingin mengajak dan mengingatkan sekali lagi kepada semua pembaca blog ini supaya hadir beramai-ramai ke majlis pelancaran novel tersebut bagi mengambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi serta beramah mesra dengan tokoh politik dan ulama' tersohor tanah air ini.

Peluang sebegini tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja memandangkan tokoh kesayangan ramai ini akan berada dekat dengan kita, dalam keadaan kesibukannya menunaikan tugas sebagai pemimpin gerakan Islam dan kerajaan negeri. Tambahan pula isteri beliau, Y.A.Bhg. Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut hadir sama ke majlis pelancaran dan ini semestinya akan menambahkan seri lagi kepada majlis.

Sesi autograf bersama Tuan Guru dan isteri juga akan diadakan, di samping poster percuma diberikan (dengan pembelian buku terbitan Anbakri Publika Sdn. Bhd.). Jadi datanglah beramai-ramai dan jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Berikut dimaklumkan sekali lagi butiran maklumat Majlis Pelancaran Novel 'Bidadari Dari Timur' :

TARIKH : 19 April 2009 (Ahad)

MASA : 12:00 tengahari - 1 petang

TEMPAT : Dewan Kedah / Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

TETAMU KEHORMAT : Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri


Maklumat lanjut boleh didapati di akhbar Harakah keluaran terbaru bertarikh 17 April 2009 (Jumaat).


MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails