Wednesday, April 15, 2009

TOKOH DAN PEJUANG BAHASA DI WACANA ILMU : MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU


Dewasa ini sistem pendidikan negara telah digoncangkan dengan bantahan oleh ramai pihak mengenai pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sistem ini dilihat gagal dalam meningkatkan penguasaan para pelajar dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Bahkan ada kajian yang menyatakan bahawa ianya telah memburukkan lagi kefahaman para pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah dan Akademi Kajian Ketamadunan akan menganjurkan Wacana Ilmu Siri 1 : 'Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu', dengan bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan bahasa Melayu dan sistem PPSMI.

Wacana ilmiah ini akan menjurus kepada persoalan pro dan kontra pelaksanaan sistem PPSMI ini. Penceramah yang akan dijemput merupakan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu PPSMI ini. Kupasan yang akan disampaikan penceramah-penceramah ini nanti akan menjadi maklumat yang amat berharga terutamanya kepada generasi muda yang akan meneruskan perjuangan memartabatkan pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut butiran maklumat mengenai Wacana Ilmu tersebut :


TARIKH : 19 April 2009 / 23 Rabiul Akhir 1430 Hijrah (Ahad)

MASA : 8:00 pagi - 5:00 petang

TEMPAT : Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang,
Selangor


ATUR CARA :

8.15 pagi – 8.30 pagi : Pendaftaran peserta

8.30 pagi – 8.40 pagi : Bacaan Doa

8.40 pagi – 9.30 pagi : Ucap Utama oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia

9.30 pagi – 9.45 pagi : Minum Pagi

9.45 pagi – 11.45 pagi : WACANA 1 : TEMA PENDIDIKAN

1. Tuan Haji Ahmad Mohamad Said
Ketua Eksekutif KDH

2. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Tokoh Bahasa

Sesi Soal Jawab

11.45 pagi – 1.45 petang : WACANA 2 : TEMA SAINS DAN TEKNOLOGI

1. Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain
Pakar Matematik UKM

2. Prof. Dr. Mat Rofa Ismail
Jabatan Sains, Fakulti Matematik, UPM

Sesi Soal Jawab

1.45 petang – 2.30 petang : Makan tengahari & Solat Zuhur

2.30 petang – 4.30 petang : WACANA 3 : TEMA KEBUDAYAAN

1. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden KDH

2. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
Akademi Pengajian Melayu, UM

Sesi Soal Jawab

4.30 petang – 4.45 petang : Ucapan Penutup oleh Ustaz Mohd. Nasir Mohd Tap
Akademi Kajian Ketamadunan

4.45 petang – 5.00 petang : Penutupan Majlis

Minum petang


YURAN PENYERTAAN : RM10


ANJURAN :
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah & Akademi Kajian Ketamadunan,
Kompleks Dar al-Hikmah,
Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang,
Selangor.
Tel. : 03 - 8925 2392
Faks : 03 - 8925 2477


Maklumat lanjut : www.hikmah.edu.my / http://web.hikmah.edu.my


MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails