Thursday, April 30, 2009

TEATER HADIS NABI : 'MENUNGGU KATA DARI TUHAN'



Selepas kejayaan mengadakan persembahan di Kelantan sempena Majlis Santapan Diraja dan pementasan terbuka di Dewan Pementasan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kota Bharu pada Mac lalu, Kumpulan Teater Elit dan Seniman Paksi Rakyat meneruskan pementasan teater Menunggu Kata Dari Tuhan di Lembah Klang.

Teater karya Dinsman yang diadaptasi daripada Hadis riwayat Bukhari dan Muslim itu akan dipentaskan di Auditorium Muzim Negeri Selangor, Shah Alam pada jam 9:00 malam bermula 29 April sehingga 3 Mei ini. Pementasan teater yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi & Inovasi itu menampilkan pelakon terkenal tanah air, Sabri Yunus yang memegang peranan sebagai Ka'ab Malik diiringi penggesek biola, Sani Sudin.



SINOPSIS :


Mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Ka'ab Malik yang tidak dapat memberi alasan yang kukuh apabila tidak dapat turut serta dalam peperangan Tabuk. Rasulullah ketika itu mengetuai peperangan Tabuk menentang Rom. Ketika zaman Rasulullah, semua individu perlu berperang. Begitupun ada segelintir daripadanya enggan berperang, bertemu Rasulullah untuk memohon maaf dan menyatakan alasan masing-masing kerana tidak mahu terbabit dalam peperangan. Ka'ab berdepan dilema apabila tidak mempunyai alasan yang kukuh terbabit dalam perang itu. Ka'ab kemudian meminta petunjuk daripada Allah supaya memberinya jalan untuk mengatasi dilema yang menghantuinya itu. Pelbagai dugaan dan ujian dilalui Ka'ab sepanjang tempoh berkenaan.


TEATER : 'MENUNGGU KATA DARI TUHAN'


KARYA : Dinsman


TARIKH : 29 April - 3 Mei 2009


MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Auditorium Muzim Negeri Selangor, Shah Alam


BARISAN TENAGA KREATIF / PRODUKSI : Kumpulan Teater Elit dan Seniman Paksi Rakyat


PELAKON : Sabri Yunus


MUZIK : Sani Sudin

ANJURAN :
Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi & Inovasi

TIKET : RM10 (berserta senaskhah buku)

Maklumat lanjut hubungi : 013 - 636 2408 atau 019 - 385 8757


MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails