Wednesday, April 15, 2009

PAKAR FIZIK NEGARA DI SEMINAR PEMIKIRAN FIZIK SEMASA


Sains bukanlah kerja makmal semata. Setiap produk sains juga asalnya bermula dari pergolakan fikiran. Atau lebih tepatnya permainan falsafah sains.

Fizik juga bersifat demikian. Membicarakan soal fizik, secara kebelakaannya tidak seharusnya terlepas dari gelojak kefalsafahan yang bermain di dalamnya. Hal ini dapat disoroti akrab menerusi fizik moden, yang mana merangkumi fizik kenisbian dan fizik kuantum. Kedua-dua disiplin ini ternyata memang sarat falsafahnya.


Sehubungan dengan itu, Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) kali berikutnya membawakan SEMINAR PEMIKIRAN FIZIK SEMASA bagi mengupas persoalan-persoalan mutakhir ini. Menerusi latar pembentang serta tema yang dikemukakan, seminar seumpama ini barangkali adalah yang pertama di Malaysia. Butiran seminar menarik ini adalah seperti berikut :


TARIKH : 18 April 2009 (Sabtu)

MASA : 8:30 pagi - 5:00 petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi, UKM


PEMBENTANG :

Prof. Dr. Hishamuddin Zainuddin (UPM)
Teorem Kochen-Specker : Implikasi, Variasi dan Penyelesaian

Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah (UM)
Nama, Subset, Logik, Kesegerakan dan Neurologi - Sains Seperti Yang Kita Difahamkan

Prof. Dr. Shahidan Radiman (UKM)
Hubungan Antara Kosmologi Moden dengan Teori Nombor

Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM)
Fizik dan Topos

Prof. Madya Dr. Zainal Abdul Aziz (UTM)
Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap : Suatu Kerangka Kerja Baru Matematik Fizik


PENYERTAAN : PERCUMA



ANJURAN :
Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)

No. 53, Jalan SS21/56B,
Damansara Utama,

47400 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel. : 03 - 7729 9390
Fax : 03 - 7727 9804


Maklumat lanjut : www.kesturi.net.



MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails