Saturday, April 25, 2009

SASTERAWAN NEGARA A. SAMAD SAID DI PENTAS 152 : AMANAT BUAT PEJUANG MUDA



Berikut butiran maklumat Pentas 152 : Amanat Buat Pejuang Muda yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim Club (AIC) :


TARIKH : 26 April 2009 (Ahad)


MASA : 8:30 - 11:00 malam


TEMPAT : Rumah Kelab AIC (Yayasan Aman PJ), Seksyen 16, Petaling Jaya (rujuk peta yang dilampirkan)

TETAMU KHAS : Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said

ANJURAN : Anwar Ibrahim Club (AIC)



ATUR CARA :

8:00 malam : Ketibaan orang ramai

8:20 malam : Ketibaan tetamu jemputan

8:30 malam : Tayangan video penerangan 'Mengapa PPSMI Mesti Dimansuhkan?'

8:50 malam : Persembahan puisi dan lagu oleh Amin Iskandar, Rahmat Haron, Meor dan wakil-wakil pertubuhan yang bersama mendesak untuk memansuhkan PPSMI.

10:15 malam : 'Amanat Buat Pejuang Muda' oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said

10:45 malam : Persembahan momento

11:00 malam : Majlis bersurai



Orang ramai dijemput hadir.



Sumber : www.anwaribrahimclub.com.


BIODATA & PROFIL RINGKAS SASTERAWAN NEGARA DATUK A. SAMAD SAID :

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956).

Pencapaian dan sumbangan Datuk A. Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemimpin negara apabila pada 29 Mei 1976, beliau bersama beberapa pengarang lain telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.


Tahun 1979 turut memberi erti pada Datuk A. Samad Said apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera. Pada tahun yang sama juga beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award).

Kemuncak pencapaian Datuk A. Samad said sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1985. Dalam majlis penganugerahan itu, telah dipentaskan sedutan drama terbaru beliau berjudul Wira Bukit. Dalam bidang penulisan, Datuk A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.


NAMA : Datuk Abdul Samad Muhammad Said

NAMA PENA : A. Samad Said, Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir

TARIKH DAN TEMPAT LAHIR : 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka

PENDIDIKAN : Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehingga Senior Cambridge (1956)

KERJAYA : Kerani hospital, Pengarang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian

ANUGERAH : Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (1985), Sasterawan Nusantara (1999), Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka (1997)

KARYA : Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T. Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan.



MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails