Tuesday, April 07, 2009

RAYUAN IR. HAJI NIZAR JAMALUDDIN KEPADA PENGUNDI BUKIT GANTANG


Rayuan Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin kepada para pengundi Bukit Gantang, sepertimana yang tertera di blog rasmi beliau iaitu di kamparinn.blogspot.com :


Asalamu'alaikum dan salam sejahtera.


Setelah selamat hari penamaan calon, maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah ke seluruh pelusuk dan kawasan parlimen P059 Bukit Gantang.


Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.


Selaku calon, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga Bukit Gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari UMNO-BN yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud di sepanjang kempen dan kehadiran saya di mana-mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati, maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya.

Jauh di lubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran, dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.


Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat, terima kasih atas kepercayaan mencalonkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS.

Kepada semua pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan polis dan perisik, terima kasih banyak-banyak!

Kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.
Kepada warga Bukit Gantang, selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wassalam.

Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
6 April 2009.


MATAHARI PETUNJUK.

No comments:

Related Posts with Thumbnails