Sunday, April 19, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR : RIWAYAT BIDADARI SYURGA


Kata-kata Penulis : Munif Ahmad @ Putera Aiman

Melalui penulisan pertama ini, saya ingin mengajak anda semua menghayati dan menelurusi liku-liku kehidupan dan pengorbanan wanita-wanita serikandi dahulu yang sanggup berkorban dan mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah S.W.T. sehingga tanpa ragu-ragu sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah ini.

Idea penulisan buku ini tercetus dari tugas dan tanggungjawab sebagai komposer lagu-lagu nasyid. Bagi yang sering mengikuti perkembangan saya, pasti anda sedar saya banyak menghasilkan lagu-lagu yang bertemakan penceritaan sejarah srikandi Islam, kehebatan wanita-wanita terdahulu memperjuangkan Islam dan kesanggupan mereka untuk mati kerana Islam.

Dari inspirasi sebuah lagu, saya terjemahkannya melalui buku ini supaya sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan inspirasi kepada pejuang-pejuang agama dan dorongan untuk kita sentiasa menjadikan wanita-wanita yang hebat ini sebagai ilham dan sumber kekuatan untuk melayari liku-liku kehidupan yang mencabar lewat ini.


Betapa tidak? Mereka yang dikatakan kaum yang lemah, mampu berdiri sebaris dengan pahlawan-pahlawan Islam yang jauh lebih gagah tanpa ada rasa gentar walau sedikit pun. Biarpun perjuangan itu menurut kemampuan mereka masing-masing, namun ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T. untuk mereka tetap setanding dengan apa yang telah dijanjikan-Nya untuk para syuhada’.


Di samping itu saya sertakan juga lirik-lirik lagu sering berkumandang di radio-radio. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Sumayyah? Siapakah Ratu Syahadah? Siapakah Zinirrah? Jadi melalui buku ini, InsyaAllah anda akan lebih mengenali para wanita penghuni syurga ini.


Hasil dari bacaan dan rujukan buku-buku, kitab-kitab sejarah lama dan kisah-kisah dari Al-Quran, maka mana yang dirasakan sesuai dan menepati kehendak penceritaan saya himpunkan. Mudah-mudahan ada kebaikan untuk umat Islam seluruhnya dan untuk diri saya serta keluarga.


Munif Ahmad @ Putra Aiman

munifhijjaz@yahoo.com


Penulis : Munif Ahmad

Muka Surat : 245
Terbitan : Hijjaz Records Publishing
Tarikh dipasarkan : Januari 2009
Harga Semenanjung : RM25.90
Harga Sabah / Sarawak : RM27.90



Sumber : lamanpenerbithrp.blogspot.com.


MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails