Monday, April 06, 2009

PELANCARAN NOVEL BIDADARI DARI TIMUR OLEH TUAN GURU


Berikut butiran maklumat Majlis Pelancaran Novel 'Bidadari Dari Timur' oleh Mursyidul Am PAS, Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 :


TARIKH : 19 April 2009 (Ahad)

MASA : 12:00 tengahari - 1:00 petang

TEMPAT : Bilik Kedah / Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur


SYARIKAT PENERBITAN : Anbakri Publika Sdn. Bhd.

TULISAN : Y.A.Bhg. Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri

SINOPSIS :

Pateri cinta di ancala harapan tatkala si gadis dilamar teruna dari golongan elit. Umpama bulan jatuh ke riba, sireh pulang ke gagang, lembing awang pulang ke dayang. Kalau jodoh sudah tersurat gunung berapi bukan halangan. Garam di laut, asam di darat akhirnya bersatu jua. Siapa menduga, gadis sunti yang pemalu dan santun kini disunting pria berhati luhur. Cinta disulam menjadi hamparan menuju gerbang bahagia. Kata orang bercinta sesudah nikah lebih manis! Kata aku, bercinta sesudah nikah mengenalkan aku kepada perlindungan seorang lelaki bernama suami.

Menjadi puan diusia muda cukup mencabar, berkat asuhan dan didikan suami yang setia dan penyabar telah memberi perangsang untuk aku menguruskan rumahtangga seperti wanita matang yang lain. Benar, bukan mudah memcicip erti sebuah kebahagian jika tautan hati dengan al-Khaliq rapuh. Aku bersyukur mempunyai sayap kanan yang bisa menjadi suami, bapa dan murabbi. Aku adalah isteri, ibu dan suri di hati pejuang…

Bidadari Dari Timur...
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi...


Maklumat lanjut : www.anbakri.com.


MATAHARI PETUNJUK.

No comments:

Related Posts with Thumbnails