Friday, April 10, 2009

KULIAH PENGAJIAN TUAN GURU DATO' HAJI MOHD SALEH HAJI AHMAD


TARIKH : 11 April 2009 (Sabtu) / 15 Rabiul Akhir 1430 Hijrah

MASA : 9:00 pagi

TEMPAT : Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (bersebelahan Faber Tower / Taman Tema Desa Waterpark)

TUAN GURU :
1. Tuan Guru Dato' Haji Mohd. Saleh Haji Ahmad
2. Ustaz Zamihan Haji Mat Zin al-Ghari


KITAB :
1. Kitab Iqna
2. Jauhar at-Tauhid



Biodata ringkas Tuan Guru Dato' Haji Mohd. Saleh Haji Ahmad :

Dilahirkan di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas. Menuntut ilmu di Pondok Gajah Mati, Pendang selama 7 tahun. Menyambung pelajaran di Irsyadiah, Bagan Datuk, dan ke MPI, Kota Bharu. Memiliki dua Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Master dalam Fiqh Muqarin dari al-Azhar pada tahun 1978. Pernah menjadi Pensyarah YPTIK, UM Nilam Puri, UM KL, dan kini pensyarah UIAM, AJK Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak, AJK Fatwa Perak, Panel Syariah Bank Muamalat, Panel Syariah JAKIM. Banyak menulis buku dan menyampaikan kuliah serata nusantara. Merupakan Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM).


Biodata ringkas Ustaz Zamihan Haji Mat Zin al-Ghari :


Dilahirkan di Gua Musang, Kelantan. Memiliki B.A (Hons) Syariah & Pengajian Islam (Universiti Mu'tah, Jordan), M.A (Tasawwuf UKM), dan kini sedang menyiapkan Tesis PhD (Usuluddin & Falsafah UKM). Sering dijemput sebagai panelis forum, seminar, ceramah, diskusi Jabatan Agama, Jabatan Mufti, kementerian, syarikat swasta, Klasik FM dan IKIM. Penulis buku-buku agama dan akhbar.



MATAHARI PETUNJUK.


No comments:

Related Posts with Thumbnails