Saturday, April 11, 2009

KULIAH PENGAJIAN KITAB SAIRUS SALIKIN OLEH USTAZ AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AL-MALIKI


Berikut butiran maklumat Kuliah Pengajian Kitab Sairus Salikin oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi al-Maliki :


TARIKH : 12 April 2009 / 16 Rabiul Akhir 1430 Hijrah (Ahad)

MASA : 9:00 pagi - 12:30 tengahari

TEMPAT : Dewan Solat Masjid al-Falah, USJ 9


Maklumat lanjut : 012 - 2600 160.


Biodata ringkas al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi al-Maliki :


Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjar Masin, Kalimantan Selatan. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan sehingga Tingkatan ‘Aliyah. Beliau seterusnya melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.

Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India bersama dengan ulama’ terkenal iaitu Samahah Syeikh Abul Hassan al-Hasani an-Nadwi r.h. di Nadwatul Ulama’, Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan datang ke Malaysia, seterusnya berkhidmat di Madrasah Tarbiyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah, sehinggalah ke hari ini.


Pada tahun 1988, beliau berkesempatan berguru dengan Syeikh Muhammad Yasin bin 'Isa al-Fadani al-Maliki, dan Sayyid Muhammad bin Alawi bin 'Abbas Al-Maliki, sehingga dianugerahkan dengan gelaran keluarganya 'Al-Maliki' pada tahun 2002.


Beliau juga merupakan Mudir Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru, dan Pasentren Yasin di Warateweh, Kalimantan, Indonesia, yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Di samping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama’ Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sesi 2004 – 2009.


Melalui penerbitan Khazanah Banjariah, al-Fadhil Ustaz telah bergiat aktif dalam usaha pengeluaran kitab-kitab berbahasa Melayu. Antara lain beliau telah banyak menyusun kitab-kitab kumpulan hadis-hadis seperti '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman', '40 Hadis Penawar Hati', dan '40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama'. Beliau juga telah mentahkik dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama’ silam Nusantara iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falimbani seperti ‘Sairus Salikin’ (4 jilid) dan ‘Hidayatus Salikin’.


Selain itu, al-Fadhil Ustaz juga aktif menterjemahkan kitab-kitab tasawuf yang ulung seperti ‘Bidayatul Hidayah’ dan ‘Ayyuhal Walad’ karangan Imam Al-Ghazali serta ‘Bustanul Arifin’ karangan Imam an-Nawawi.



MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails