Saturday, April 25, 2009

HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR




Penulis novel terkenal, Habiburrahman El-Shirazy (Ayat-ayat Cinta) akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC sempena Majlis Pelancaran Novel dan Filem 'Ketika Cinta Bertasbih', dan Dialog Pinggir PENA.

Berikut butiran maklumat mengenai majlis tersebut :


1. MAJLIS PELANCARAN BUKU DAN FILEM 'KETIKA CINTA BERTASBIH'

TARIKH : 25 April 2009 (Sabtu)

MASA : 5:00 petang - 7:00 malam

TEMPAT : Ruang Legar / Lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

TETAMU KHAS : Habiburrahman El-Shirazy

ANJURAN : Al-Hidayah Publishers


2. DIALOG PINGGIR PENA

TARIKH : 26 April 2009 (Ahad)

MASA : 4:00 - 6:00 petang

TEMPAT : Bilik Seminar Johor / Kedah, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

ANJURAN : Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

AHLI PANEL : Habiburrahman El-Shirazy dan Faisal Tehrani


Sumber : http://klbookfair.com.


SINOPSIS 'KETIKA CINTA BERTASBIH' :

Entah kenapa tiba-tiba dia merasa berdosa. Dia merasa berdosa dan jijik kepada dirinya sendiri yang begitu rapuh dan mudah terperdaya oleh tampilan luar yang menipu. Dia jijik kepada dirinya sendiri yang terlalu cair terhadap lawan jenis yang belum halal baginya. Dia hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. Dia beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali dia meminta ampun pada Zat yang menguasai hatinya.

Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati dia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. Dia juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tetapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang Mesir pun tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus dia sirnakan.

Dia harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tetapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh siapapun juga. Dia yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita daripada Eliana, dan lebih baik darinya. Dia yakin itu tekadnya. Dia mengulang-ulang tekad itu di dalam hatinya. Dia rajut dengan doa. Dia bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.


Judul : 'Ketika Cinta Bertasbih'
Pengarang : Habiburrahman El-Shirazy
Penerbit : Al-Risalah Product Sdn. Bhd.
Genre : Novel
Mukasurat : 484 halaman
Cetakan Ketiga : 2008
Harga : RM21.90


BIODATA RINGKAS HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY :

Habiburrahman El-Shirazy lahir di Semarang, Jawa Tengah, pada 30 September 1976 (kini berumur 32 tahun), adalah siswazah Universiti Al-Azhar, Mesir. Dikenali sebagai seorang pendakwah (da'ie), novelis, dan penyair. Karya-karyanya banyak diminati tidak hanya di Indonesia, tapi juga negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei.

Karya-karya fiksyennya dinilai dapat membangunkan jiwa dan menumbuhkan semangat berprestasi pembaca. Di antara karya-karyanya yang telah berada di pasaran ialah Ayat-Ayat Cinta (versi filmnya pada 2004), Di Atas Sajadah Cinta (disinetronkan di Trans TV pada 2004), Ketika Cinta Berbuah Surga (2005), Pudarnya Pesona Cleopatra (2005), Ketika Cinta Bertasbih 1 (2007), Ketika Cinta Bertasbih 2 (Disember 2007), dan Dalam Mihrab Cinta (2007).

Beliau kini sedang menghasilkan Langit Makkah Berwarna Merah, Bidadari Bermata Bening, dan Bulan Madu di Yerussalem.



MATAHARI PETUNJUK

No comments:

Related Posts with Thumbnails