Tuesday, April 07, 2009

BIODATA & PROFIL DATO' SERI IR. HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN


Y.B. Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)

Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak
- Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
- Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin

Education :
- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh, Perak

University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England

Professional Career :

- Senior Manager, Daya Urus Sdn. Bhd.
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn. Bhd. (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn. Bhd.
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant

Politics :
- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)

Community Activity :
- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak) - NGO
- Coordinator of BERSIH Perak
- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak) - NGO

Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic

State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008

Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”

Family :
- Wife : Datin Seri Hajah Fatimah binti Taat
- Children : 5 boys & 3 girls


Mengenali calon Pakatan Rakyat Pilihanraya Kecil P059, Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.

Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, Projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), Projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini. Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar, beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta.


Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antaranya di Birmingham (United Kingdom), Zug (Switzerland), Miano (Italy), Bangkok (Thailand), Sdyney dan Goldcoast (Australia), Doha (Qatar), dan Tehran (Iran).


Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999-2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006) dan Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).


Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi, tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).


Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Datin Seri Hajah Fatimah Taat. Anak pertamanya merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak keduanya pula lulusan Hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan Hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.


Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya.


"Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyelesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul.

"Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabungan Pengguna Air Perak (GPAP).


Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau, malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah korban termasuk penyembelihan bintang korban.


Di samping itu, selain boleh berbahasa Inggeris, beliau juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah calon yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca Khutbah Jumaat.


Perkenan Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang memilih Ir. Haji Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat. Oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

Beliau seorang yang bertanggungjawab kerana berusaha keras turun naik ke mahkamah demi menegakkan keadilan untuk rakyat Perak dalam menangani krisis rampasan kuasa pemerintahan di negeri Perak secara tidak sah oleh Barisan Nasional.

Beliau dianugerahkan Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) pada tahun 2008 dengan gelaran Dato' Seri. Beliau juga merupakan ADUN Pasir Panjang yang dimenanginya pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2009 yang lalu.


Sumber : http://prk059.pas.org.my.


MATAHARI PETUNJUK.


No comments:

Related Posts with Thumbnails