Thursday, April 30, 2009

TEATER HADIS NABI : 'MENUNGGU KATA DARI TUHAN'



Selepas kejayaan mengadakan persembahan di Kelantan sempena Majlis Santapan Diraja dan pementasan terbuka di Dewan Pementasan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kota Bharu pada Mac lalu, Kumpulan Teater Elit dan Seniman Paksi Rakyat meneruskan pementasan teater Menunggu Kata Dari Tuhan di Lembah Klang.

Teater karya Dinsman yang diadaptasi daripada Hadis riwayat Bukhari dan Muslim itu akan dipentaskan di Auditorium Muzim Negeri Selangor, Shah Alam pada jam 9:00 malam bermula 29 April sehingga 3 Mei ini. Pementasan teater yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi & Inovasi itu menampilkan pelakon terkenal tanah air, Sabri Yunus yang memegang peranan sebagai Ka'ab Malik diiringi penggesek biola, Sani Sudin.



SINOPSIS :


Mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Ka'ab Malik yang tidak dapat memberi alasan yang kukuh apabila tidak dapat turut serta dalam peperangan Tabuk. Rasulullah ketika itu mengetuai peperangan Tabuk menentang Rom. Ketika zaman Rasulullah, semua individu perlu berperang. Begitupun ada segelintir daripadanya enggan berperang, bertemu Rasulullah untuk memohon maaf dan menyatakan alasan masing-masing kerana tidak mahu terbabit dalam peperangan. Ka'ab berdepan dilema apabila tidak mempunyai alasan yang kukuh terbabit dalam perang itu. Ka'ab kemudian meminta petunjuk daripada Allah supaya memberinya jalan untuk mengatasi dilema yang menghantuinya itu. Pelbagai dugaan dan ujian dilalui Ka'ab sepanjang tempoh berkenaan.


TEATER : 'MENUNGGU KATA DARI TUHAN'


KARYA : Dinsman


TARIKH : 29 April - 3 Mei 2009


MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Auditorium Muzim Negeri Selangor, Shah Alam


BARISAN TENAGA KREATIF / PRODUKSI : Kumpulan Teater Elit dan Seniman Paksi Rakyat


PELAKON : Sabri Yunus


MUZIK : Sani Sudin

ANJURAN :
Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi & Inovasi

TIKET : RM10 (berserta senaskhah buku)

Maklumat lanjut hubungi : 013 - 636 2408 atau 019 - 385 8757


MATAHARI PETUNJUK

Wednesday, April 29, 2009

MAHFUZ OMAR DI MAJLIS HI-TEA SEMPENA HARI PEKERJA 2009



Berikut butiran maklumat Majlis Hi-Tea Bersama Y.B. Dato' Haji Mahfuz Omar sempena Hari Pekerja 2009 :


TARIKH : 1 Mei 2009 (Jumaat)


MASA : 2:00 - 6:00 petang

TEMPAT : Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor


BERSAMA :


1. Y.B. Dato' Haji Mahfuz Omar
(Ahli Parlimen Pokok Sena & Ketua Penerangan PAS Pusat)


2. Ustazah Nuridah Mohd. Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat)

3. Puan Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan
(Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat & Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor)



TIKET : RM5


ACARA SAMPINGAN : Pameran dan Gerai Jualan


Maklumat lanjut hubungi : Sakinah (019 - 318 1273), Habibah (012 - 392 3435), Mukminah (019 - 275 5050), Norazlin (013 - 225 2627), Noraini (013 - 278 4587), Om (012 - 317 9447), atau Rozlinah (019 - 292 2384).



MATAHARI PETUNJUK

Monday, April 27, 2009

BIOGRAFI SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI (BAHAGIAN 1)


Berikutan beberapa siri Kuliah Pengajian Kitab oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki di Malaysia seperti yang dimaklumkan di dalam blog sebelum ini, berikut dipaparkan biografi beliau sepertimana yang tertera di blog al-Fanshuri - Kenali Ulama' Kita (Abu Zahrah), untuk mengenali tokoh ulama' ini dengan lebih dekat lagi :


Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله
dilahirkan pada tanggal 1 September 1960 di sebuah desa yang bernama Harus di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Beliau anak ketiga dari tujuh bersaudara dan lahir daripada sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri (meninggal dunia pada 1984), adalah puteri kepada seorang tokoh ulama' besar di Kalimantan Selatan.

Beliau belajar membaca al-Quran daripada nenek, ibu saudara (Rokiah dan Zainab), dan kakak beliau (Ruminah). Manakala pendidikan formal beliau di sekolah rendah Kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di Pondok Pesantren Normal Islam, Rasyidiah Khalidiah. Pengajian beliau di sini tidak lama kerana seluruh keluarga beliau berhijrah ke Tanah Suci Mekah dan menetap di sana.

Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajian di Madrasah Shaulathiah al-Hindiyah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian umum yang diadakan di Masjidil Haram dan juga di rumah para masyaikh.

Pada tahun 1982, beliau telah menamatkan pengajian dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di Madrasah Shaulathiah. Di samping belajar, beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajar kitab Qatrun Nada, Fathul Mu'in, 'Umdatus Salik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau merupakan anak murid kesayangan gurunya iaitu Syeikh al-'Allamah Ismail Usman Zain al-Yamani رحمه الله . Gurunya inilah yang banyak mewarnai kehidupan Syeikh Muhammad Nuruddin, dan banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau, serta sering diajak untuk menemaninya ke Madinah bagi menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

Syeikh Muhammad Nuruddin
mencurahkan segala usaha, tenaga dan dirinya untuk mendekati para masyaikh bagi berkhidmat dan membekalkan dirinya dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau pernah berkata bahawa apa yang beliau nikmati hari ini adalah hasil daripada keberkatan doa para masyaikh yang beliau berikan khidmat kepada mereka.

Beliau amat gigih dalam belajar,
maka tidak hairanlah jika beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang berada di Mekah, pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak kenal dengan tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang seperti Syeikh al-'Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syeikhul Ulama', Syeikh al-'Allamah Muhammad Yasin al-Fadani yang mendapat julukan Syeikhul Hadis wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syeikh Abdul Karim Banjar, Syeikh Suhaili al-Anfanani, Sayyid Muhammad 'Alwi al-Maliki, Syeikh Said al-Bakistani, dan ramai lagi. Bak kata pepatah Arab "cakap sahaja tanpa perlu khuatir".

Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanadnya sehingga kepada pengarang, justeru betapa hebat dan beruntungnya umur beliau serta segala yang diberikan oleh Allah, maka tidak salah jika dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983, Syeikh Muhammad Nuruddin telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar dalam bidang Syariah sehingga mendapat gelaran Sarjana Muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al-Islamiah, Zamalik sehingga memperolehi Diploma Am 'Dirasat 'Ulya' pada tahun 1990. Perpindahannya ke Mesir ini kerana beliau dan beberapa orang lagi dihalang untuk mengajar pengajian di Masjidil Haram kerana tiada tauliah. Sekiranya berkeras juga, mereka akan di tangkap oleh pihak berkuasa Saudi. Maka pada ketika itulah gurunya menyarankan beliau supaya ke Mesir, untuk belajar dan mengajar.


Antara gurunya ketika belajar di Mekah ialah :


1. Syeikhul 'Ulama al-'Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad bin Abbas bin Ali bin 'Abd al-Wahid al-Masyath رحمه الله
(wafat pada hari Rabu, 7 Syawal 1399 Hijrah). Syeikh Muhammad Nuruddin mengambil daripada beliau secara wijadah dan munawalah dalam kebanyakan karangan beliau seperti Is'aaf ahl al-Iman, Is'aaf ahl al-Islam, Inarah ad-Duja fi Maghazi Khair al-Wara', Tuhfah al-Sunniyah fi Ilm al-Faraid', Nasaih Diniyyah wa Wasaya Hamah' dan lain-lain. Syeikh Muhammad Nuruddin juga sering menghadiri perhimpunan di dalam majlis-majlis yang diadakan di Ja'ranah, 'Arafah, Tan'im dan Madinah. Beliau menceritakan bahawa sering bersama gurunya iaitu al-'Allamah Syeikh Ismail Usman Zain untuk berziarah ke rumah al-'Allamah Syeikh Hasan Muhammad Abbas al-Masyath pada setiap petang Khamis. Mereka bersolat Maghrib bersama ulama tersohor ini dan tidak akan pulang melainkan setelah mendapat doa dan nasihat dari al-'Allamah Syeikh Hasan Muhammad Abbas al-Masyath. Melalui Syeikh inilah beliau mendapat nasihat dan wasiat untuk sentiasa mengamalkan Selawat Masyisiah.

2. Al-Faqih ad-Darakah al-'Allamah al-Jalil Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله (wafat pada 20 Zulhijjah 1414 Hijrah). Syeikh yang banyak mendidik dan mencorak kehidupan Syeikh Muhammad Nuruddin. Antara kitab yang dibacakan ulama' besar ini ialah Umdah as-Salik. Beliau juga meriwayatkan kitab Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmizi, Sunan Nasai, Sunan Ibn Majah dan lain-lain.

3. Al-'Allamah al-Jalil al-Faqih al-Fahhamah Syaikh 'Abdullah bin Said bin Muhammad Ubadi al-Lahji رحمه الله
(wafat di Hospital an-Nur, Mekah pada Sabtu 1410 Hijrah). Melalui ulama' besar yang berasal dari Yaman ini, Syeikh Muhammad Nuruddin belajar kitab Tafsir Ibn Katsir, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, al-Minhaj, Bulughul Maram, Matan Abu Syuja', al-Idhoh, al-Qawaid al-Asasiyah dan lain-lain. Sudah menjadi kebiasaan Syeikh 'Abdullah Said al-Lahji, selepas selesai pengajian akan bergaul dan beramah mesra dengan anak-anak muridnya. Beliau akan menceritakan kepada mereka kisah-kisah lucu dan hikayat-hikayat lama, yang mana ianya memberi kesan besar kepada jiwa anak-anak muridnya dan mereka yang mengasihi beliau.

4. Syeikhul Hadis wa Musnidud Dunya al-'Allamah Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله (wafat 28 Dhulqaedah 1410H). Syeikh Muhammad Nuruddin mengambil daripada beliau secara riwayat, ijazah dan wijadah daripada kebanyakan karangan, tsabat dan musalsal beliau.

5. Al-'Allamah al-Jalil Syeikh Sayyid 'Attas
رحمه الله

6. Al-Faqih al-Musyarik Syeikh al-'Allamah Muhammad 'Iwadh al-Yamani رحمه الله (beliau wafat ketika sedang sujud di dalam solat). Melalui ulama' besar ini, Syeikh Muhammad Nuruddin mempelajari kitab Tarikh al-Adab al-'Arabi, Sahih al-Bukhari, Umdah al-Ahkam, Muwatto Imam Malik, Misykat dan lain-lain.

7. Syeikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله (wafat 1411H). Syeikh Muhammad Nuruddin mempelajari kitab Rawa'iq al-Bayan di dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum, Fathul Mujib fi Syarh Manasik al-Khatib, al-Halal wal Haram oleh al-Qaradhawi, dan lain-lain.

8. Syeikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله. Syeikh Muhammad Nuruddin mempelajari Matan al-Ajrumiyah, Matan Bina', Kailani, Mutammimah, Syarh Mukhtasar Jiddan dan Syarh at-Tahrir.

9. Syeikh Karim al-Banjari رحمه الله. Kitab yang dipelajari daripada ulama besar ini adalah Riyadhus Salihin, Penawar Bagi Hati dan sebahagian dari kitab al-Jauhar al-Maknun (ilmu balaghah).

10. Syeikh 'Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله. Kitab Sunan at-Tirmizi sewaktu di Madrasah Shaulatiyah.

11. Syeikh 'Adnan al-Afnani al-Indonesia
رحمه الله. Daripada ulama ini, Syeikh Muhammad Nuruddin mempelajari kitab Jam'ul Jawami' (ilmu usul), asy-Syamail al-Muhammadiyah, Mabadi Ilmu Falak, Syarh as-Syansuri pada Matan Rahbiyah dan lain-lain.

12. Syeikh Saifurrahman رحمه الله. Tenaga pengajar di Madrasah Syaulatiyah. Syeikh Muhammad Nuruddin mempelajari daripadanya kitab Sunan Nasaie dan Tuhfatus Saniyah (nahwu).

13. Syeikh Sahili al-Anfanani رحمه الله. Salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Syaulatiyah. Syeikh Muhammad Nuruddin mempelajari daripadanya kitab Khulashah al-Kalam (ilmu faraid), ilmu hisab, ilmu handasah dan lain-lain.

14. Syeikh Said al-Bakistani رحمه الله. Syeikh
Muhammad Nuruddin mempelajari daripadanya ilmu mantiq dan sorof.


Antara ulama' yang beliau mengambil manfaat daripada muhadarah, nasihat, taujihad, nadwah, pengajian dan karangan mereka ialah :

1. Al-'Alim al-'Allamah al-Faqih al-Jalil Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf. Mantan Mufti Mesir.

2. Al-'Allamah al-Muhaddis al-Kabir Syeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi
رحمه الله

3. Syeikh al-Jalil al-'Arifbillah al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Saggaf حفظه الله

4. Syeikh Muhammad Muntashir al-Kattani al-Maghribi رحمه الله. Beliau tinggal di antara Mekah dan Madinah. Kemudian pada tahun 1409 Hijrah, beliau kembali ke Maghribi dan wafat di Rabat Maghribi pada 8 Safar 1419 Hijrah.

5. Al-'Allamah al-Muhaddis al-Habib Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Hasani al-Maliki
رحمه الله

6. Al-'Allamah Syeikh Muhammad Makki al-Hind رحمه الله

7. Syeikh Muhammad Makhluf رحمه الله


8. Al-'Allamah Syeikh Abdullah bin Hamid رحمه الله


9. Al-'Allamah al-Kabir ad-Da'iyah ilal Islami Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi رحمه الله


10. Al-Imam al-Akbar Syeikh Ali Jadul Haq
رحمه الله

11. Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله

12. Al-Ustaz Dr. Syeikh Muhammad Tayyib an-Najjar
رحمه الله

13. Syeikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad Abdul Wahid
رحمه الله

14. Al-'Allamah al-Kabir Syeikh Abul Hasan Ali an-Nadwi رحمه الله

15. Al-'Allamah Syeikh al-Faqih 'Atiyyah Saqr رحمه الله

16. Al-'Allamah asy-Syaikh Hussin
رحمه الله

17. Syeikh Abdul Hafiz al-Hind رحمه الله


18. Al-Ustaz Dr. Ahmad Umar Hasyim
حفظه الله

19. Al-Ustaz Dr. Abdussobur Syahin

20. Al-Ustaz Dr. Abdul Fattah asy-Syeikh

21. Al-Ustaz Dr. Nashr Farid


22. Al-'Arifbillah Syeikh Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله

23. Al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri حفظه الله.
Mendapat ijazah kitab al-Yaqutun Nafis

24. Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله. Membaca sebahagian daripada Iqtibasul Anwar Minal Ihya' dan Kibrit Ahmar oleh al-Habib Abdullah bin Abu Bakar al-Aidarus (Aidarus al-Akbar).

25. Al-'Allamah Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah رحمه الله

26. Al-'Allamah Tuan Guru Haji Hasyim
حفظه الله

27. Al-'Arifbillah Pak Su Mid Bukit Tembaga حفظه الله

28. Tuan Guru Baba Hussin Dala رحمه الله



Kitab-kitab yang dibaca bersama para guru beliau terlalu banyak. Antara yang beliau ingat ialah :

ILMU FIQIH : Mukhtasar Safinahtun Naja, Matan Ghayah wat Taqrib, Umdatus Salik wa Uddatun Nasik, Minhajut Talibin, Syatah Tahrir, Syarah Mahalli 'ala Minhaj, Syarah ibn Qasim, Tuhfatul Muhtaj, al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Asna al-Mutalib, Fathul Wahhab dan lain-lain.

BAB MANASIK : Matan al-Idhah dan Fathul Mujib fi Syarh Manasik al-Khatib.

BAB FARAID : Khulasatul Kalam, Matan ar-Rahbiyah (serta syarahnya), dan Syarh asy-Syanshuri.

TAFSIR DAN ULUM TAFSIR : Tafsir Jalain, Tafsir ibn Katsir, Rawa'iul Bayan, Manzumah al-Zamzami (serta syarahnya), Ulumul Qur'an oleh Syeikh Ismail Usman Zain dan al-Itqan.

AQIDAH : al-Jaridah (serta syarahnya), Fathul Majid oleh Syaikh Nawawi Banten, 'Aqidatul Islam oleh al-Haddad, Qawaid al-'Aqaid oleh Imam al-Ghazali, dan lain-lain.

HADIS : Matan al-Arbain an-Nawawiyah, Bulughul Maram, 'Umdatul Ahkam, Riyadus Salihin, al-Azkar an-Nawawiyah, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmizi, Sunan an-Nasaie, Sunan Ibn Majah, Misykatul Masabih, Muwatto Imam Malik, Mukhtasar Ibn Abi Jamrah, asy-Syamail al-Muhammadiyah oleh at-Tirmizi, Kasyful Ghummah, al-Awail as-Sunbuliyah, Musalsalat al-Fadani, dan lain-lain.

MUSTOLAH HADIS : Matan al-Baiquniyah (dan syarahnya at-Taqriratus Saniyah) oleh Syeikh Hasan Masyath, Raf’ul Astar syarah Tholi’atul Anwar, Tadrib ar-Rawi oleh Imam as-Sayuthi, sebahagian dari Muqaddimah Ibn Solah, dan lain-lain.

TASAWUF DAN SULUK : Bidayatul Hidayah, Minhajul Abidin, Ihya Ulumiddin, Mau'izatul Mu'minin, Hikam Ibn Athoillah, Iqadhul Himam, Risalah Mu'awanah, Nashoih ad-Diniyah wal Wasaya al-Imaniyah, Risalah Qusyairiyah, al-Hadiqatul Aniqah, Tanwirul Qulub dan sebahagian daripada Lawaqihul Anwar.

USUL FIQH DAN QAWAID FIQH : Idhah al-Qawaid al-Fiqhiyyah, al-Madkhal ila 'Ilm al-Usul, Syarah al-Waraqat, Asyhbah wan Nazair dan Syarah Jam'i al-Jawami'.

NAHWU DAN SOROF : Matan al-Ajurumiah, Syarah Mukhtasar Jiddin, at-Tuhfatus Saniyah, Mutammimah, Qatrun Nada, Syarah Ibn 'Aqil, Syarah Asymuni, al-Qawaid al-Asasiyah, Is'afut Tullab syarah Nazam Qaqaid al-I'rab, Matan Bina, Kalilani dan Matan Maqsud.

BALAGHAH DAN MANTIQ : al-Balaghah al-Wadhihah, sebahagian daripada al-Jauharul Maknun, Matan Isaghuji dan lain-lain.



Sumber : http://al-fanshuri-kenaliulama.blogspot.com.



MATAHARI PETUNJUK

Sunday, April 26, 2009

SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN AL-BANJARI DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN


Berikut butiran maklumat Kuliah Pengajian Kitab bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki :


TARIKH : 26 April 2009 / 1 Jamadil Awwal 1430 Hijrah (Ahad)

MASA : 9:00 pagi - 12:30 tengahari

TEMPAT : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur


Muslimin dan muslimat dijemput hadir.



Sumber :
http://al-fanshuri.blogspot.com.


MATAHARI PETUNJUK


Saturday, April 25, 2009

HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR




Penulis novel terkenal, Habiburrahman El-Shirazy (Ayat-ayat Cinta) akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC sempena Majlis Pelancaran Novel dan Filem 'Ketika Cinta Bertasbih', dan Dialog Pinggir PENA.

Berikut butiran maklumat mengenai majlis tersebut :


1. MAJLIS PELANCARAN BUKU DAN FILEM 'KETIKA CINTA BERTASBIH'

TARIKH : 25 April 2009 (Sabtu)

MASA : 5:00 petang - 7:00 malam

TEMPAT : Ruang Legar / Lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

TETAMU KHAS : Habiburrahman El-Shirazy

ANJURAN : Al-Hidayah Publishers


2. DIALOG PINGGIR PENA

TARIKH : 26 April 2009 (Ahad)

MASA : 4:00 - 6:00 petang

TEMPAT : Bilik Seminar Johor / Kedah, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

ANJURAN : Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

AHLI PANEL : Habiburrahman El-Shirazy dan Faisal Tehrani


Sumber : http://klbookfair.com.


SINOPSIS 'KETIKA CINTA BERTASBIH' :

Entah kenapa tiba-tiba dia merasa berdosa. Dia merasa berdosa dan jijik kepada dirinya sendiri yang begitu rapuh dan mudah terperdaya oleh tampilan luar yang menipu. Dia jijik kepada dirinya sendiri yang terlalu cair terhadap lawan jenis yang belum halal baginya. Dia hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. Dia beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali dia meminta ampun pada Zat yang menguasai hatinya.

Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati dia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. Dia juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tetapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang Mesir pun tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus dia sirnakan.

Dia harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tetapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh siapapun juga. Dia yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita daripada Eliana, dan lebih baik darinya. Dia yakin itu tekadnya. Dia mengulang-ulang tekad itu di dalam hatinya. Dia rajut dengan doa. Dia bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.


Judul : 'Ketika Cinta Bertasbih'
Pengarang : Habiburrahman El-Shirazy
Penerbit : Al-Risalah Product Sdn. Bhd.
Genre : Novel
Mukasurat : 484 halaman
Cetakan Ketiga : 2008
Harga : RM21.90


BIODATA RINGKAS HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY :

Habiburrahman El-Shirazy lahir di Semarang, Jawa Tengah, pada 30 September 1976 (kini berumur 32 tahun), adalah siswazah Universiti Al-Azhar, Mesir. Dikenali sebagai seorang pendakwah (da'ie), novelis, dan penyair. Karya-karyanya banyak diminati tidak hanya di Indonesia, tapi juga negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei.

Karya-karya fiksyennya dinilai dapat membangunkan jiwa dan menumbuhkan semangat berprestasi pembaca. Di antara karya-karyanya yang telah berada di pasaran ialah Ayat-Ayat Cinta (versi filmnya pada 2004), Di Atas Sajadah Cinta (disinetronkan di Trans TV pada 2004), Ketika Cinta Berbuah Surga (2005), Pudarnya Pesona Cleopatra (2005), Ketika Cinta Bertasbih 1 (2007), Ketika Cinta Bertasbih 2 (Disember 2007), dan Dalam Mihrab Cinta (2007).

Beliau kini sedang menghasilkan Langit Makkah Berwarna Merah, Bidadari Bermata Bening, dan Bulan Madu di Yerussalem.



MATAHARI PETUNJUK

SASTERAWAN NEGARA A. SAMAD SAID DI PENTAS 152 : AMANAT BUAT PEJUANG MUDA



Berikut butiran maklumat Pentas 152 : Amanat Buat Pejuang Muda yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim Club (AIC) :


TARIKH : 26 April 2009 (Ahad)


MASA : 8:30 - 11:00 malam


TEMPAT : Rumah Kelab AIC (Yayasan Aman PJ), Seksyen 16, Petaling Jaya (rujuk peta yang dilampirkan)

TETAMU KHAS : Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said

ANJURAN : Anwar Ibrahim Club (AIC)



ATUR CARA :

8:00 malam : Ketibaan orang ramai

8:20 malam : Ketibaan tetamu jemputan

8:30 malam : Tayangan video penerangan 'Mengapa PPSMI Mesti Dimansuhkan?'

8:50 malam : Persembahan puisi dan lagu oleh Amin Iskandar, Rahmat Haron, Meor dan wakil-wakil pertubuhan yang bersama mendesak untuk memansuhkan PPSMI.

10:15 malam : 'Amanat Buat Pejuang Muda' oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said

10:45 malam : Persembahan momento

11:00 malam : Majlis bersurai



Orang ramai dijemput hadir.



Sumber : www.anwaribrahimclub.com.


BIODATA & PROFIL RINGKAS SASTERAWAN NEGARA DATUK A. SAMAD SAID :

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956).

Pencapaian dan sumbangan Datuk A. Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemimpin negara apabila pada 29 Mei 1976, beliau bersama beberapa pengarang lain telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.


Tahun 1979 turut memberi erti pada Datuk A. Samad Said apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera. Pada tahun yang sama juga beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award).

Kemuncak pencapaian Datuk A. Samad said sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1985. Dalam majlis penganugerahan itu, telah dipentaskan sedutan drama terbaru beliau berjudul Wira Bukit. Dalam bidang penulisan, Datuk A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.


NAMA : Datuk Abdul Samad Muhammad Said

NAMA PENA : A. Samad Said, Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir

TARIKH DAN TEMPAT LAHIR : 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka

PENDIDIKAN : Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehingga Senior Cambridge (1956)

KERJAYA : Kerani hospital, Pengarang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian

ANUGERAH : Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (1985), Sasterawan Nusantara (1999), Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka (1997)

KARYA : Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T. Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan.



MATAHARI PETUNJUK

KULIAH PENGAJIAN KITAB OLEH SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI



PENYAMPAI : Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki

TARIKH :
25 April 2009 / 29 Rabiul Akhir 1430 Hijrah (Sabtu)

MASA :
9:00 pagi - 12:30 tengahari dan selepas Maghrib

TEMPAT :
Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya

KITAB :
1. Hadis Riwayat 10 Sahabat dan Nasaih ad-Diniyah (9:00 pagi - 12:30 tengahari)
2. Zubdah al-Qawaid al-Fiqhiyyah (selepas Maghrib)


MATAHARI PETUNJUK

KULIAH TAFAQQUH BERSAMA USTAZ DR. LUQMAN ABDULLAH & USTAZ ZAMIHAN AL-GHARI


Berikut butiran maklumat Kuliah Tafaqquh Bulanan : Pengajian Kitab Thurat yang diadakan pada setiap Sabtu minggu ke-4 :


1. MUZAKARAH KITAB AL-HIKAM (TOK PULAU MANIS)

Penyampai : Ustaz Dr. Luqman Haji Abdullah

- Anak kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Abdul Rahman Lubuk Tapah
- Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
- Pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan
- Timbalan Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad
- Ahli Jawatankuasa Lajnah Intelek dan Profesional Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)


2. MUZAKARAH KITAB JAWHARA AT-TAUHID

Penyampai : Ustaz Zamihan Mat Zain al-Ghari

- Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
- Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan


TARIKH : 25 April 2009 (Sabtu)

MASA : 9:00 pagi - 12:30 tengahari

TEMPAT : Dewan Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (rujuk peta yang dilampirkan)


Penyertaan terbuka dan percuma. Jamuan pagi dan tengahari disediakan.



Maklumat lanjut hubungi : Ustaz Khairul (013 - 671 4932) atau Azmi (019 - 384 2920).



MATAHARI PETUNJUK

Thursday, April 23, 2009

MAHFUZ OMAR & AZMIN ALI DI PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN



Berikut butiran maklumat program Bersama Pemimpin di Bandar Sungai Buaya, Rawang :


TARIKH : 25 April 2009 (Sabtu)


MASA : 9:30 malam

TEMPAT : Jalan Kiambangsari, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor



PENCERAMAH :

1. Y.B. Dato' Haji Mahfuz Omar
(Ahli Parlimen Pokok Sena & Ketua Penerangan PAS Pusat)


2. Y.B. Mohamed Azmin Ali
(Ahli Parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa, & Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat)



Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


MATAHARI PETUNJUK

NISA' INDOOR GAMES 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN



Masih ingat apa yang kita selalu main ketika kecil? Permainan seperti congkak, batu seremban, snake & ladder, dam, dan sebagainya sentiasa bermain di kotak fikiran. Namun adakah generasi muda kini mengenali permainan-permainan ini?

Permainan-permainan ini yang selalunya dimainkan di rumah sahaja dan tidak memerlukan tempat khas untuk bermain, adalah sesuatu yang harus diberi nafas kembali dan dipromosikan kerana ianya mempunyai unsur dan nilai persahabatan yang tinggi dan boleh mewujudkan budaya kasih sayang antara generasi muda.

Menyedari nilai-nilai ini, termasuk nilai dan kepentingan permainan jenis ini kepada generasi muda perempuan, NISA' Malaysia akan menganjurkan NISA' Indoor Games 2009 Peringkat Kebangsaan, yang diharapkan dapat menyuburkan kembali nostalgia mengenai permainan-permainan Indoor Games, dan juga memperkenalkan semula kepada generasi muda yang mungkin tidak berkesempatan untuk mengenali jenis permainan seperti ini.


OBJEKTIF :

1. Mengasah minda peserta di samping merasai keseronokan semasa bermain.

2. Mempromosikan sebahagian permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan ceper kepada masyarakat terutamanya generasi muda.

3. Memupuk nilai-nilai murni seperti nilai bertolak ansur, persahabatan dan kasih sayang sesama pemain dan keluarga.

4. Menghargai dan memastikan nilai estetika, keaslian dan keunikan permainan indoor games terjaga.


TARIKH : 25 April 2009 / 29 Rabiul Akhir 1430 Hijrah (Sabtu)

MASA : 7:30 pagi - 6:45 petang

TEMPAT : Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam, Selangor

ANJURAN : NISA' Malaysia


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


Maklumat lanjut, hubungi Puan Muna 'Izzah (013 - 368 7150) atau Nurul (019 - 478 3057).


MATAHARI PETUNJUK

Wednesday, April 22, 2009

INTERNATIONAL FRIENDLY CRITICAL DISCUSSION (FCD3) : TAFSIRAN AL-BAQARAH 2:62


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

(al-Baqarah 2:62)



Terdapat sesetengah pihak yang menjadikan ayat di atas sebagai hujah bahawa non-muslim di kalangan Yahudi, Kristian dan sebagainya juga boleh mendapat keselamatan (salvation) daripada Allah, selagimana mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat serta melakukan amal soleh. Oleh demikian, mereka berhujah bahawa seseorang itu tidak perlu memeluk Islam untuk mendapat keselamatan daripada azab Allah.


Sehubungan dengan itu bagi membahaskan perkara ini, Islamic Information and Services Foundation (IIS) akan menganjurkan International Friendly Critical Discussion (FCD3) : 'Tafsiran al-Baqarah 2:62'.

Berikut butiran maklumat mengenai majlis tersebut :


TARIKH : 23 April 2009 (Khamis)

MASA : 8:00 - 10:30 malam

TEMPAT :
Islamic Information & Services Foundation (IIS)
No 1-5-2, Prima Peninsula
Jalan Setiawangsa 11
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
(rujuk peta yang dilampirkan)


AHLI PANEL :
1. Dr. Moqsith Ghazali (Jaringan Islam Liberal & Universitas Paramadina)
2. Hadirin

MODERATOR : Abdul Naser Abdul Rahman @ Xifu Naser (Pensyarah UIAM)


Semua dijemput hadir sebagai ahli panel ke-2.

Maklumat lanjut : 03 - 4260 4160 (IIS)


MATAHARI PETUNJUK

Tuesday, April 21, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR : BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN


SINOPSIS :

Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah. Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu?

Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Zulqarnain.

Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri, sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian?

Diskusi di dalam buku ini membantu anda bagi lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah persoalan adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?

Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia adalah bercanggah. Buku ini memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain.

Bukti hidup daripada peninggalan Zulqarnain adalah tembok yang dibinanya bagi menghalang Yakjuj Makjuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Zulqarnain membina tembok, serta di manakah tembok itu? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam buku ini.


KETERANGAN :

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 570 AD, datang Nabi Isa lebih kurang 570 tahun sebelumnya. Pengiraan kalendar sebelum kelahiran Nabi Isa adalah disebut dengan panggilan 'sebelum Masihi'.

Perkataan 'Masihi' di sini adalah sempena gelaran al-Masih bagi Nabi Isa atau ringkasannya adalah BC yang bermaksud 'before Christ'. Bagi tahun-tahun sebelum Masihi ini, kiraannya adalah terbalik berbanding dengan zaman selepas Masihi. Selepas Masihi ditulis dengan singkatan AD yang berasal dari perkataan Latin 'Anno Domini' bermaksud tahun Masihi.

Contohnya, sekarang adalah tahun 2007 AD, maka tahun lepas adalah 2006 AD dan tahun hadapan adalah 2008 AD, sedangkan bagi tahun sebelum Masihi pula, sekiranya sekarang ini adalah tahun 100 BC, maka tahun sebelumnya adalah 101 BC dan tahun hadapannya pula adalah 99 BC. Secara umumnya, perkataan purba di sini bermaksud zaman sebelum kedatangan Nabi Isa.

Akibat daripada pendedahan kepada pembacaan serta kajian berterusan yang menyumbang kepada pengumpulan maklumat-maklumat baru, sejarah sentiasa ditulis semula berulang kali terutamanya mengambil kira daripada perspektif yang berbeza. Contohnya peristiwa perang dunia pertama dan kedua masih lagi ditulis sehingga hari ini. Bahkan catatan Kisah hidup Nabi Muhammad pun masih banyak lagi ditulis, diterbitkan dan dikemas kini bagi kefahaman pembaca.

Bagi lebih memahami konteks perbincangan utama dalam buku ini serta fakta berkaitan Raja Zulqarnain yang sebenarnya, kita perlu mengimbas kembali sejarah silam menurut turutan secara ringkas.

Sepanjang sejarah manusia menghuni muka bumi ini, silih berganti raja-raja yang memerintah. Walau bagaimanapun yang sering disebut adalah empat raja yang hebat dan berjaya menakluki sebahagian besar muka bumi ini pada zaman mereka masing-masing. Namun tidak dinafikan terdapat juga raja-raja yang lain yang tidak kurang hebatnya. Namun, perbincangan ini difokuskan kepada empat raja utama yang menjadi bahan diskusi, perbualan dan pengajaran. Kisah mereka mungkin disampaikan dari mulut ke mulut di dalam budaya kita ataupun sedikit sebanyak diperbincangkan di institusi pendidikan sedia ada.

Dua daripada mereka di dapati beriman dan dua yang lain pula tidak beriman. Tidak asing lagi, dengan mengikut turutan berdasarkan zaman pemerintahan, empat raja itu adalah :

Raja Namrud – tidak beriman, dikenali dengan pembinaan Menara Babel dan dikaitkan dengan penentangannya kepada Nabi Ibrahim.

Raja (Nabi) Sulaiman – beriman, bahkan adalah seorang Nabi utusan Allah serta mewarisi kerajaan ayahnya iaitu Nabi Daud.

Raja Bukhtanasar – tidak beriman, menakluki kerajaan yang pernah dipimpin oleh Nabi Daud dan Sulaiman, serta membawa orang-orang Yahudi ke Babylon sebagai hamba abdi.

Raja Zulqarnain – beriman, uniknya adalah raja-raja yang lain dipanggil dengan nama mereka masing-masing tetapi raja ini dengan gelarannya.


ISI KANDUNGAN :

BAB 1: RAJA NAMRUD
Sejarah sebelum kedatangan Raja Namrud.
Pemerintahan dan latar belakang Raja Namrud.
Kaitan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim (sekitar kurun ke 22 BC hingga 19 BC).
Nabi Ismail dan penempatan di Mekah.
Pembinaan Kaabah.
Nabi Lut.
Peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.
Nabi Ishak.
Nabi Ishak dan keturunannya.
Nabi Yaakub.
Perkahwinan pertama Nabi Yaakub (dengan Liah).
Perkahwinan kedua Nabi Yaakub (dengan Rachel).
Zuriat Nabi Yaakub dan pembinaan Masjid al-Aqsa.
Nabi Yusuf (antara kurun ke 21 BC dan ke 17 BC).

BAB 2: RAJA (NABI) SULAIMAN (SEKITAR 1000 BC HINGGA 928 BC)
Nabi Musa (antara kurun ke 16 BC hingga ke 13 BC).
Al-Baqarah.
Nabi Musa dan Nabi Khidhir.
Nabi Yushwa’ bin Nun.
Nabi Syam’un.
Nabi Daud (sekitar 1030 BC hingga 970 BC).
Kejatuhan kerajaan Raja (Nabi) Sulaiman buat seketika.
Kewafatan Nabi Sulaiman.

BAB 3: RAJA BUKHTANASAR (SEKITAR 625 BC HINGGA 562 BC)
Harut Marut.
Mimpi Bukhtanasar.
Takwil kepala emas.
Takwil dada dan tangan perak.
Takwil perut dan peha gangsa.
Takwil dari lutut hingga ke buku lali besi.
Nabi U'zair.

BAB 4: PERBINCANGAN ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN
Siapa itu Raja Iskandar? (356 BC hingga 323 BC).
Asal-usul timbulnya cerita Zulqarnain.
Siapakah Raja Kurush? (576 BC hingga 530 BC).
Ciri-ciri Zulqarnain.
Perjalanan ke arah barat.
Menerima wahyu.
Perjalanan ke arah timur.
Pembinaan tembok.
Hujah pertama.
Hujah kedua.
Hujah ketiga.
Yakjuj Makjuj.
Siapa yang diganggu oleh Yakjuj Makjuj?


Penulis : Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd.
Harga : RM 17.50 (Semenanjung Malaysia) / RM 19.50 (Sabah & Sarawak)
Tarikh Terbit : 6 April 2009
Jumlah Muka Surat : 224 halaman


Sumber : http://pts.com.my.


MATAHARI PETUNJUK

Monday, April 20, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR : YAKJUJ & MAKJUJ - BENCANA DI SEBALIK GUNUNG


SINOPSIS :

Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj.

Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna. Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.


KETERANGAN :

Dengan tercatatnya nama Yakjuj dan Makjuj di dalam ketiga-tiga kitab Samawi, kehadiran Yakjuj dan Makjuj dalam panggung sejarah dilihat begitu menakutkan dunia. Banyak buku yang ditulis membahaskan tentang bangsa kejam ini. Isu-isu yang sering persoalan misteri adalah, apakah spesis Yakjuj dan Makjuj itu? Haiwan ataupun manusia? Di mana kediaman mereka? Sejak bilakah kali pertama mereka ditemui? Negeri-negeri manakah yang pernah diserang oleh Yakjuj dan Makjuj? Benarkah mereka akan keluar lagi bagi merosakkan dunia? Kenapa kita perlu mengkaji Yakjuj dan Makjuj melalui Inskripsi Yahudi?

Sejarah Islam merekodkan sebab turunnya ayat-ayat al-Quran tentang Yakjuj dan Makjuj adalah jawapan balas Allah kepada soalan orang Yahudi Madinah tentang Zulkarnain. Orang Yahudi melalui orang kafir Quraisy Makkah menguji bukti kenabian Muhammad dengan persoalan tentang Zulkarnain. Allah pun menjawab pertanyaan Yahudi tentang Zulkarnain sekaligus menceritakan cabaran Zulkarnain mengatasi bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kisah ini boleh dirujuk di dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 83-98.

Merujuk kepada gaya pertanyaan pendeta-pendeta Yahudi, dapat diduga pengetahuan mereka tentang Zulkarnain cukup mendalam. Oleh sebab itu, jejak Yakjuj dan Makjuj perlu diteroka di dalam kitab-kitab Yahudi, adakah di dalamnya dicatatkan kisah Yakjuj dan Makjuj serta Zulkarnain.

Setelah dikaji secara mendalam, ada beberapa perbezaan antara huraian al-Quran dengan Bible tentang Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menyatukan kisah Yakjuj dan Makjuj dengan episod pengembaraan Zulkarnain. Sementara sumber-sumber Bible hanya menceritakan tentang Yakjuj dan Makjuj atau Gog dan Magog sahaja tanpa mengaitkannya dengan kisah pengembaraan Zulkarnain.

Kedua, di dalam Bible tidak mengisahkan secara jelas tentang sifat dan peribadi Zulkarnain. Padahal turunnya al-Quran surah al-Kahfi kepada Nabi Muhammad, menjelaskan tentang sifat perlakuan Zulkarnain. Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan orang Yahudi. Logiknya adalah semestinya para pendeta atau Rabi Yahudi cukup kenal tentang sifat peribadi Zulkarnain yang kisahnya terkubur sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Tentu informasi ini bukan sekadar dari mulut ke mulut, bahkan direkodkan secara teks di dalam kitab-kitab Yahudi. Kitab atau inskripsi Yahudi yang dimaksudkan adalah sumber-sumber bertulis kitab-kitab Bani Israel, sebagaimana disebutkan di atas.

Di dalam Bible, sama ada di dalam Perjanjian Lama (Old Testament) ataupun Baru (New Testament), tidak dijumpai sedikitpun tentang sifat Zulkarnain. Yang ada di dalam Bible hanya kisah Gog dan Magog. Peristiwa ini menjadi tanda tanya besar yang memerlukan jawapan.

Pada satu sudut, Rabi Yahudi pada zaman Nabi Muhammad adalah orang Yahudi, melalui lidah orang kafir Quraisy, mereka menguji bukti kenabian Muhammad dengan persoalan tentang Zulkarnain, penjelajah dunia yang jarak masanya dengan Nabi Muhammad melangkau ribuan tahun. Namun, pada sisi yang lain, sifat Zulkarnain ini tidak disebut-sebut secara jelas dalam Old Testament dan New Testament. Hal ini menimbulkan persoalan, adakah hanya kerana Zulkarnain bukan daripada keturunan Israel, maka ianya tidak terus direkodkan dan diabadikan dalam inskripsi-inskripsi Yahudi? Suatu hal pelik yang memerlukan jawapan yang tidak mudah.


ANTARA ISI KANDUNGAN :

Kenapa kita perlu menelusuri Yakjuj & Makjuj dalam Inskripsi Yahudi?
Inskripsi Yahudi dan latar belakang pembentukannya.
Septuagint : Perjanjian Lama.
Inskripsi karya Flavius Josephus.
Naskah Laut Mati 'The Dead Sea Scrools'.
Talmud.
Carta Timeline Talmud.
Timeline Inskripsi Yudaisme.
Analisis eksplorasi Sinkronik – Diakronik tentang Yakjuj dan Makjuj.
Usaha mengaburkan identiti bangsa Gog Magog.
Usaha mencemarkan nama baik Nabi Ishaq.
Hubungan kait Kristian Ekstrem dan Zionis yang meletakkan posisi Gog Magog sebagai gabungan negara Islam.
Latar belakang pertanyaan pendeta Yahudi tentang Zulqarnain kepada Nabi Muhammad.
Senandung padang gurun tentang Muhammad.
Daud menyebutnya sebagai 'Adonai'.
Percakapan Yahya dengan pendeta Yahudi tentang 'Nabi yang Akan Datang'.
Isa menyebutnya 'Terang yang Besar'.
Daniel menyebut Muhammad sebagai 'batu yang meremukkan patung'.
Muhammad, benang merah senandung para nabi.
Orang-orang Yahudi rela tinggal di padang Paran.
Nabi Jeremiah (Aramia) menyebutnya 'Ehmed'.
Talmud Babilon menyebutnya 'Emeth'.
Yakjuj & Makjuj dalam sumber Islam.
Yakjuj & Makjuj di dalam al-Quran dan Tafsir.
Seputar Asbabun Nuzul (Sebab-sebab Turun Ayat).
Epistemologi bijak yang dikongkong oleh kesombongan.
Adakah 'bangsa yang buta huruf' mampu membaca kisah Alexander?
Sifat Zulqarnain.
Orientalis & Evangelis, perompak teriak pencuri.
Kisah Zulqarnain adalah plagiat?
Siapakah Callisthenes?
'Kambing Jantan Bertanduk Dua' dalam Kitab Daniel.
Sifat Yakjuj & Makjuj di dalam Tafsir Qur’an.
Sifat Yakjuj & Makjuj.
Profil Yakjuj dan Makjuj dalam sumber-sumber Hadis Islam.
Di dalam Bible, Yakjuj dan Makjuj disebut Gog dan Magog.
Garis keturunan Yakjuj Makjuj dalam Yahudi.
Magog dalam Talmud.
Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, 'Antiquities of the Jews'.
Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, 'Jews Wars'.
Al Qur’an bebas daripada unsur plagiat.
Josephus menggunakan bahasa Yunani.
Bahasa Yunani baru dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Arab pada abad 9 M.
Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, 'The Apions'.
Scythia Yakjuj Makjuj di dalam Perjanjian Baru.
Magog di dalam Inskripsi Gulungan Laut Mati.
Lokasi Gog Magog Scythia.
Nama Gog Magog.
Bukti kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam Al-Quran bukan plagiat daripada kitab sebelumnya.


Penulis : Muhammad Alexander Wisnu Sasongko
Terbitan : PTS Islamika
Harga : RM31.50 (Semenanjung Malaysia) / RM34.50 (Sabah & Sarawak)
Tarikh Terbit : 6 Mac 2009
Jumlah Muka Surat : 576 halaman


Sumber : http://pts.com.my.


MATAHARI PETUNJUK

Related Posts with Thumbnails