Tuesday, March 31, 2009

BERSAMA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT



Bersama
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada petang 23 Mac 2009 (Isnin) yang lalu di Grand Ballroom, Tropicana Golf and Country Resort sempena majlis pelancaran buku terbaru beliau bertajuk 'Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat' terbitan Anbakri Publika Sdn. Bhd., membawa seribu erti dan kenangan paling berharga dalam hidup.

Sepanjang mengenali Tuan Guru termasuk pernah beberapa kali ke Kelantan, baru hari tersebut berpeluang berdiri dekat dengannya, berjalan mengiringinya, bersalam dan mencium tangannya yang penuh berkat dan hikmah.

Terasa lembut tangannya, berjalan perlahan dengan tongkat di tangan kiri, menundukkan wajah sambil tersenyum, kedutan merata tanda dimamah usia, sukar melalui tangga tanda keuzuran, namun tubuh kecilnya masih digagahi untuk berjuang menegakkan agama Allah di atas muka bumi.

Sungguh terasa kagum dengan keperibadiannya. Terasa semangat perjuangan mengalir dalam diri dan ingin sekali berjuang bersamanya. Beliau ialah ikon pejuang Islam masa kini.

Pernah sekali tertidur di sebuah surau selepas Isyak dalam keadaan berwudhuk, dan bermimpi berhadapan dengan Tuan Guru dan beliau berkata
"teruskan perjuangan".

Petang Isnin lalu saya berada dekat dengannya.


MATAHARI PETUNJUK.

No comments:

Related Posts with Thumbnails