Tuesday, December 29, 2009

PENTAS PIDATO PEMUDA BERSAMA USTAZ NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI DI STADIUM KAJANG MALAM INI




Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)



Ustaz Hasbullah Mohd. Ridzuan
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS)



Encik Mad Shahmiour Kossim (kanan)
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat




PENTAS PIDATO PEMUDA SEMPENA SAMBUTAN 25 TAHUN PAS KAWASAN HULU LANGAT :


Tarikh : 29 DISEMBER 2009 (SELASA)

Masa : 9:00 MALAM

Tempat : STADIUM KAJANG


Pemidato :

1. Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)

2. Ustaz Hasbullah Mohd. Ridzuan
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS)

3. Encik Mad Shahmiour Kossim
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat



SEMUA DIJEMPUT HADIR.


Saturday, November 14, 2009

TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN & USTAZ DATO' ISMAIL KAMUS DI FORUM PERDANA EHWAL ISLAM DI MASJID NEGERI SHAH ALAM MALAM INI




Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Penasihat dan Pengasas Persatuan Kabajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa')



Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia dan Tokoh Agama



Dato' Dr. Hasan Haji Mohd. Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor




FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : 'RAHSIA DI SEBALIK IBADAT SOLAT' :


TARIKH : 14 November 2009 (Sabtu)

MASA : Selepas solat Isyak
Justify Full
TEMPAT : Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri Selangor)


PENCERAMAH :

1. Y.Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Penasihat dan Pengasas Persatuan Kabajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa')

2. Y.Bhg. Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia dan Tokoh Agama


PENGERUSI FORUM : Y.B. Dato' Dr. Hasan Haji Mohd. Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor


ANJURAN : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri Selangor)



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.


Saturday, October 31, 2009

SEMINAR PENDIDIKAN TINGGI ISLAM VII SEMPENA SAMBUTAN 20 TAHUN KOLEJ DAR AL-HIKMAH : 'MEMBINA GENERASI ILMUWAN ULUL ALBAB'




Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Kamal Hassan
Profesor Kuliyyah Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Mantan Rektor UIAM



Dato' Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar al-Hikmah



Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar
Felo Penyelidik Kanan, Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS), Kuala Lumpur



Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman el-Muhammady
Felo Akademik Kehormat, Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1426 Hijrah




SEMINAR PENDIDIKAN TINGGI ISLAM VII SEMPENA SAMBUTAN 20 TAHUN KOLEJ DAR AL-HIKMAH : 'MEMBINA GENERASI ILMUWAN ULUL ALBAB' :


"......Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (dari segi hukum agama), mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna (Ulul Albab)"
(Surah al-Zumar, ayat 17-18)

Perkataan Ulul Albab disebut di dalam al-Quran sebanyak 16 kali. Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhannya bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat.

Negara telah mensasarkan pencapaian pembangunan menurut acuan dan bentuk tersendiri, serta seterusnya berhasrat melahirkan modal insan terbaik, juga menurut ciri-ciri yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan negara. Sememangnya modal insan menjadi tumpuan penting dalam perancangan pembangunan kerana ia merupakan tenaga penggeraknya. Berasaskan peranan penting modal insan inilah maka Islam memberikan penekanan lebih utama terhadap pembangunan dalaman berbanding dengan pembangunan dari sudut fizikal. Ini kerana insan yang terbina akal fikiran dan jiwanyalah yang akan membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syariat dan mengarahkannya kepada kebaikan. Dengan pengukuhan rohani, spiritual, kebijaksanaan dalam berfikir dan keunikan akhlak yang dimiliki, mereka akan memahami segala yang diperintah dan dilarang oleh Allah S.W.T. Semuanya kerana mereka meyakini jaminan yang diberikan oleh Allah S.W.T. yang akan membuka pintu pengurniaan yang melimpah keberkatannya (Surah al-A'raf, ayat 96).

Insan yang bertanggungjawab dan beramanah dalam melaksanakan tugas penting ini sering kali dikaitkan dengan takrif di dalam al-Quran sebagai mereka yang memiliki akal fikiran yang sempurna (Ulul Albab), iaitu golongan yang dikatakan dapat mengerti nilai sebuah kehidupan dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya.

Program pembangunan akal yang teliti dan berkesan bagi membangunkan masyarakat atau generasi Ulul Albab kini dilihat begitu perlu kerana cabaran yang harus ditempuh bagi menjayakan impian besar ini bukanlah semudah yang dijangkakan. Kegigihan dan kesungguhan amat diperlukan oleh semua pihak termasuk dari pihak kepimpinan negara, institusi pendidikan dan segenap lapisan masyarakat.

Manakala program pendidikan yang bersepadu yang dijadikan landasan bagi pembentukan masyarakat berilmu dan berakal sempurna ini haruslah mencakupi proses, kandungan dan penerimanya agar ketiga-tiga aspek ini diberikan tumpuan supaya matlamat akhirnya dapat dicapai. Usaha yang bersepadu dalam membentuk golongan ini perlulah diwujudkan dengan segala kemudahan dan perancangan, serta memupuk budaya dan nilai murni. Ia juga tidak terhalang oleh usaha pihak lain yang menyemai budaya dan unsur-unsur negatif yang akhirnya menggagalkan cita-cita murni ini. Bukan sahaja dengan perancangan yang teliti, tetapi juga persediaan untuk melakukan perubahan akal fikiran serta sikap yang akan membawa kita dan masyarakat seluruhnya menuju kejayaan.



TARIKH : 31 Oktober 2009 (Sabtu)

MASA : 8:00 pagi - 5:00 petang

TEMPAT : Auditorium Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi

ANJURAN : Kolej Dar al-Hikmah, Kajang


UCAP UTAMA : Y.Bhg. Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Kamal Hassan
Profesor Kuliyyah Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Mantan Rektor UIAM



ATUR CARA :

8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran peserta

9.00 - 9.15 pagi : Bacaan al-Quran oleh Ahmad Tarmizi
Peserta Akademi al-Qur'an musim ke-2

9.15 - 9.45 pagi : Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar al-Hikmah

9.45 - 10.30 pagi : Ucap Utama oleh Y.Bhg. Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Kamal Hassan
Profesor Kuliyyah Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Mantan Rektor UIAM


10.30 - 11.00 pagi : Kudapan


11.00 - 12.45 tengahari : Slot 1 : 'Wawasan Pendidikan al-Hikmah : Pembinaan Generasi Ulul Albab'

Pembentang Kertas Kerja :

1. Y.Bhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar
Felo Penyelidik Kanan, Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS), Kuala Lumpur

2. Y.Bhg. Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman el-Muhammady
Felo Akademik Kehormat, Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1426 Hijrah


Sesi Soal Jawab


12.45 - 2.00 petang : Makan tengahari dan Solat Zohor


2.00 - 3.15 petang : Slot 2 : 'Pendidikan al-Hikmah : Langkah-langkah ke Arah Merealisasikan Pembinaan Generasi Ulul Albab'

Pembentang Kertas Kerja :

1. Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa
Pensyarah Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM)

2. Dr. K.H. Abdullah Shukeri Zarkasyi
Pondok Gontor, Indonesia


Sesi Soal Jawab


3.15 - 4.45 petang : Forum 'Cabaran Pendidikan Yang Liberalatif'

Ahli Panel :

1. Dr. Yap Sin Tian
Presiden Dong Jiao Zong

2. Dr. Sarjit Gill
Universiti Putra Malaysia (UPM)

3. Fan Yew Teng
Aktivis Bebas

Moderator : Y.Bhg. Dato' Sahlan Ismail
Jabatan Perdana Menteri (JPM)


Sesi Soal Jawab


5.00 petang : Bersurai



PETA LOKASI SEMINAR :


Insitut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi



YURAN PENYERTAAN :

1. Organisasi : RM95

2. Pelajar dan Individu : RM45

3. Pelajar Kolej Dar al-Hikmah : RM35



Maklumat lanjut hubungi :

1. Puan Salawati / Puan Zahrah : 03 - 8925 2392

2. Puan Azizah : 012 - 237 4642

3. Layari : http://seminarhikmah.blogspot.com.



Thursday, October 29, 2009

DATO' ISMAIL KAMUS DAN DATUK HASHIM YAHYA DI FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : 'MEMBENTUK MUKMIN SEJATI'




Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia dan Tokoh Agama



Dato' Dr. Hasan Haji Mohd. Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor




Datuk Haji Md. Hashim Yahya
Mufti Wilayah Persekutuan ke-4 (1997 - 2003)




FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : 'MEMBENTUK MUKMIN SEJATI' :


TARIKH : 30 Oktober 2009 (Jumaat)

MASA : 8:00 malam

TEMPAT : Dataran Niaga Desa Maju, Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor

ANJURAN : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


AHLI PANEL :

1. Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia dan Tokoh Agama

2. Datuk Haji Md. Hashim Yahya
Mufti Wilayah Persekutuan ke-4 (1997 - 2003)


PENGERUSI FORUM : Y.B. Dato' Dr. Hasan Haji Mohd. Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor



ATUR CARA :

8:00 malam : Ketibaan orang ramai dan tetamu jemputan

8:09 malam : Azan dan Solat Isyak berjamaah

9:00 malam : Forum Perdana Ehwal Islam bermula

11:00 malam : Bersurai



ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.


Tuesday, October 27, 2009

WAR CRIMINAL CONFERENCE AND EXHIBITION : 'EXPOSE WAR CRIMES - CRIMINALISE WAR : FAILURE OF INTERNATIONAL LAW'



The Perdana Global Peace Organisation (PGPO) and Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW) will be organising a conference, tribunal and exhibition from October 28th to October 31st 2009 at the Putra World Trade Centre (PWTC). The theme of the conference is 'Expose War Crimes - Criminalise War : Failure of International Law'.

Tun Dr. Mahathir Mohamad will be delivering the keynote address at the event and the other speakers who have confirmed their attendance include British Member of Parliament, George Galloway, former United Nations officials, Hans Von Sponeck and Denis Halliday. Other confirmed speakers include former United State Congresswoman, Cynthia McKinney and anti-war economist, Prof. Michel Chossudovsky.

The first two days will involve a public conference that aims to explain the range of war crimes commited in Iraq and other conflict areas as well as to identify its perpetrators.

The final two days will entail the proceeding of the War Crimes Tribunal dealing specifically with the atrocities committed in Iraq since the United State led invasion in 2003.

During all four days, there will also be a War Crimes Exhibition detailling the carnages of the war in Iraq as well as graphic descriptions of the instruments of torture used in prisons such as Abu Ghraib and Guantanamo Bay.

This event is complimentary and is open to public.



Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Former Prime Minister of Malaysia and Honorary President of Perdana Leadership Foundation




INTERNATIONAL CONFERENCE :


DATE : 28 - 29 October 2009

TIME : 8:00 am - 5:00 pm

VENUE : Merdeka Hall, Level 4, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur



INTERNATIONAL TORTURE EXHIBITION :


DATE : 28 - 31 October 2009

TIME : 10:00 am - 6:00 pm

VENUE : Tun Razak Hall, Level 4, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

HIGHLIGHTS : Water Torture, Torture Chamber / Equipment, Abu Ghraib Prison




SCHEDULE :


OCTOBER 28th 2009 (WEDNESDAY)


8.30 am : Arrival of Guests

9.30 am : Keynote by Tun Dr. Mahathir Mohamad
'Expose War Crimes - Criminalise War'
(Venue : Merdeka Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)

10.30 am : Launching of War Crimes Exhibition by Tun Dr. Mahathir Mohamad
(Venue : Exhibition Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)


Coffee Break


11.30 am : Session 1 - 'Flouting International Law'
(Venue : Merdeka Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)

Speakers :

1. George Galloway (British MP)

2. Cynthia McKinney (Former U.S. Congresswoman)

3. Gajendra Singh (Former Indian Ambassador)

Moderator : Tan Sri Razali Ismail


1:00 pm : Lunch
(Venue : Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur)


2.00 pm : Session 2 - 'Economic Warfare'
(Venue : Merdeka Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)

Speakers :

1. Michel Chossudovsky (Prof. of Economics, University of Ottawa)

2. Hans von Sponeck (Former UN Assistant Secretary General)

3. Khudhair Waheed Hussein (Lecturer, Medical College, University of Syria)

Moderator : Mr. Zainul Ariffin


3:45 pm : Coffee Break


4.00 pm : Session 3 - 'War and Civil Society'
(Venue : Merdeka Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)

Speakers :

1. Dato' Mukhriz Mahathir (Deputy Minister of International Trade & Industries, Malaysia)

2. General Dato' Seri Mohd Azumi (Rtd), (Executive Director, Perdana Global Peace Organisation)

3. Dirk Adriaensens (Peace Activist)

Moderator : Tan Sri Hasmy Agam


5.30 pm : Ends



OCTOBER 29th 2009 (THURSDAY)


9.30 am : Session 4 - 'War and the Mass Media'
(Venue : Merdeka Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)

Speakers :

1. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (Information, Communications and Culture Minister, Malaysia)

2. Sami Al' Hajj (Al Jazeera Reporter)

3. Dato' Ahmad Talib (Executive Director, Media Prima)

Moderator : Datuk A. Kadir Jasin


11.30 am : Session 5 - 'War and Banned Weapons'
(Venue : Merdeka Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)

Speakers :

1. Denis J. Halliday (Former UN Assistant Secretary General)

2. Leuren Moret (Uranium Expert)

3. Dr. Souad N. Al-Azzawi (Former Vice President, University of Mamoun & Scientist from Iraq)

Moderator : Shamsul Akmar


1.15 pm : Lunch
(Venue : Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur)


2.00 pm : Session 6 - 'Peace and Justice'
(Venue : Merdeka Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)

Speakers :

1. Tan Sri Sanusi Junid (Former President of International Islamic University)

2. Hana Bayati (Freelance Film Maker)

3. Muhammad Umar (Chairman, Ramadhan Foundation)

Moderator : Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali


3.45 pm : Panel Session to be chaired by Tun Dr. Mahathir Mohamad
(Venue : Merdeka Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)

Speakers :

1. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim (Information, Communications and Culture Minister, Malaysia)

2. Michel Chossudovsky (Prof. of Economics, University of Ottawa)

3. Hans von Sponeck (Former UN Assistant Secretary General)

4. Denis J. Halliday (Former UN Assistant Secretary General)

5. George Galloway (British MP)

6. Cynthia McKinney (Former U.S. Congresswoman)


5.45 pm : Group Photography Session


Ends


6.00 pm : Press Conference
(Venue : Melor Suite, PWTC, Kuala Lumpur)



OCTOBER 30th 2009 (FRIDAY)
(Venue : Tun Dr. Ismail Hall, Level 2, PWTC, Kuala Lumpur)

9.30 am - 1.00 pm : Witness Testimonies (7 witnesses)

1.00 pm : Lunch

2.00 pm - 5.00 pm : Continuation of Testimonies



OCTOBER 31st 2009 (SATURDAY)
(Venue : Tun Dr. Ismail Hall, Level 2, PWTC, Kuala Lumpur)

9.30 am - 1.00 pm : Continuation of Testimonies

1.00 pm : Lunch

2.00 pm - 5.00 pm : Tribunal Deliberations



OCTOBER 28th - 31st, 2009
(Venue : Exhibition Hall, Level 4, PWTC, Kuala Lumpur)

10.00 pm - 6.00 pm : EXHIBITION : 'Expose War Crimes - Criminalise War : Failure of International Law'




For further information, kindly contact :


Perdana Global Peace Organization (PGPO) :

1. Mr. Ram Karthigasu : 012 - 227 0159

2. Ms. Juana Jaafar : 012 - 530 9693


Perdana Leadership Foundation :

1. Ms. Noor Insunfatima : 03 - 8885 8960

2. Ms. Maizatul Kartini : 03 - 8885 8965



Monday, October 19, 2009

MOHAMAD SABU DI CERAMAH SEMASA BAGAN PINANG : 'MARUAH VS RASUAH'




Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat



Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Zulkefly Mohamad Haji Omar
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan
calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang




CERAMAH SEMASA BAGAN PINANG : 'MARUAH VS RASUAH' :



TARIKH : 22 Oktober 2009 (Khamis)

MASA : 9:30 malam

TEMPAT : Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak


PENCERAMAH :

1. Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

2. Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

3. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang



SEMUA DIJEMPUT HADIR.


Saturday, October 10, 2009

ANWAR IBRAHIM DAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT DI CERAMAH PERDANA PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG MALAM INI




Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR), dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7



Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan



CERAMAH PERDANA 1



1. CERAMAH PERDANA PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 10 Oktober 2009 (Sabtu)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : No. 447, Batu 2, Deretan Kedai, Taman Port Dickson Utama, Port Dickson


PENCERAMAH :

1. Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR), dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7

2. Y.B. Haji Salahuddin Haji Ayub
Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian

3. Y.B. Saifuddin Nasution Ismail
Ahli Parlimen Machang dan Pengarah Pilihan Raya Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR)

4. Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

5. Mazlan Aliman
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

6. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH PERDANA 2



2. CERAMAH PERDANA PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 10 Oktober 2009 (Sabtu)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : No. 44, Desa Rusa 1, Taman Desa Rusa, Batu 4, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson (rumah Yusof Ngah)


PENCERAMAH :

1. Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR), dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7

2. Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

3. Y.B. Ustaz Haji Mohd. Nassuruddin Haji Daud
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dan ADUN Meranti

4. Y.B. Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan dan Pengarah Latihan Jentera Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR)

5. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH UMUM 3



3. CERAMAH UMUM PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 10 Oktober 2009 (Jumaat)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Taman Bayu, Batu 7, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson (rumah Haji Baharom)


PENCERAMAH :

1. Y.B. Dato' Haji Mahfuz Haji Omar
Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena

2. Y.B. Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR)

3. Y.B. Ustaz Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat

4. Y.B. Dr. Halimah Ali
ADUN N.45 Selat Kelang dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor

5. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH UMUM 4



4. CERAMAH UMUM PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 10 Oktober 2009 (Sabtu)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Jalan Khalid, Kampung Baru Sri Rusa, Port Dickson (rumah Encik Saidon)


PENCERAMAH :

1. Y.B. Dato' Paduka Haji Husam Musa
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Kerajaan Negeri Kelantan

2. Ustaz Misbahul Munir Masduki
Yang di-Pertua PAS Kawasan Bagan Datoh

3. Y.B. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR) dan Ahli Parlimen Ampang

4. Dr. Haji Wan Abdul Rahman

5. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan



SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.


FORUM PERDANA EHWAL ISLAM DI MASJID NEGERI, SHAH ALAM MALAM INI




Dato' Dr. Hasan Haji Mohd. Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor



Ustaz Haji Hassan Mahmud al-Hafiz
Pengasas Ibtisam Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Tokoh Agama



Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)







FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : 'ISLAM AGAMA KASIH SAYANG' :


TARIKH : 10 Oktober 2009 (Sabtu)

MASA : Selepas Solat Isyak

TEMPAT : Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri Selangor)


PENCERAMAH :

1. Ustaz Haji Hassan Mahmud al-Hafiz
Pengasas Ibtisam Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Tokoh Agama

2. Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)


PENGERUSI FORUM : Y.B. Dato' Dr. Hasan Haji Mohd. Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor


ANJURAN : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.


Friday, October 09, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM DI CERAMAH PERDANA PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG MALAM INI




Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS



Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR), dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7



CERAMAH PERDANA 1



1. CERAMAH PERDANA PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 9 Oktober 2009 (Jumaat)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : No. 447, Batu 2, Deretan Kedai, Taman Port Dickson Utama, Port Dickson


PENCERAMAH :

1. Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS

2. Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR), dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7

3. Y.A.B. Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
Dato' Menteri Besar Selangor

4. Y.B. Dato' Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Teluk Kemang dan Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan

5. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihanraya Kecil N31 DUN Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH PERDANA 2



2. CERAMAH PERDANA PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 9 Oktober 2009 (Jumaat)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : No. 21, Jalan 1/4, Taman Intan Perdana, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson (berhampiran Politeknik Port Dickson)


PENCERAMAH :

1. Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR), dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7

2. Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

3. Y.B. Ustaz Haji Mohd. Nassuruddin Haji Daud
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dan ADUN Meranti

4. Y.B. Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Balik Pulau dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang

5. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihanraya Kecil N31 DUN Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH UMUM 3



3. CERAMAH UMUM PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 9 Oktober 2009 (Jumaat)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Batu 4, Jalan Pantai Sri Rusa, Port Dickson (perkarangan rumah Encik Zainal)


PENCERAMAH :

1. Y.B. Haji Salahuddin Haji Ayub
Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian

2. Y.B. Ir. Khalid Abdul Samad
Ahli Parlimen Shah Alam

3. Ustaz Misbahul Munir Masduki
Yang di-Pertua PAS Kawasan Bagan Datoh

4. Y.B. Chua Tian Chang
Ahli Parlimen Batu, Kuala Lumpur dan Pengarah Strategi Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR)

5. Dr. Haji Wan Abdul Rahman

6. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH UMUM 4



4. CERAMAH UMUM PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 9 Oktober 2009 (Jumaat)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Batu 6 1/2, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson (rumah arwah Haji Ishak)


PENCERAMAH :

1. Y.B. Dato' Haji Mahfuz Haji Omar
Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena

2. Y.B. Saifuddin Nasution Ismail
Ahli Parlimen Machang dan Pengarah Pilihan Raya Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR)

3. Mazlan Aliman
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

4. Y.B. Dr. Siti Mariah Mahmud
Ahli Parlimen Kota Raja dan Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat

5. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan



SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.


SEJARAH MEMBUKTIKAN AHLI PAS PERNAH DIBUNUH OLEH ORANG UMNO KERANA TAMAKKAN KUASA






Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda UMNO yang menyerang Markas Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi.

Sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda UMNO di Taman Dato' Haji Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda UMNO ini mencemar suasana Pilihan Raya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang. Di Ijok, peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul, pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, Y.B. Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda UMNO di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan saudara Osman Talib sehingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.

Polis sememangnya mengetahui bahawa UMNO mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.

Bukan sahaja ahli PAS, sesama UMNO juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin, membuktikan bahawa UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.

PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda UMNO. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.

PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan UMNO. Kini beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon Pas yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat.

Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.



KENYATAAN MEDIA OLEH :


USTAZ IDRIS AHMAD
Ketua Penerangan PAS Pusat


POLIS TIDAK AMBIL PEDULI PENYOKONG UMNO-BN MEMBELASAH DAN MENETAK DENGAN PARANG KE ARAH PETUGAS PAS DI DEPAN MEREKA




Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng UMNO ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4, Teluk Kemang dan menahan
beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang atau logo PAS, sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera!

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng tidak berhati perut ini. Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng UMNO membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Teluk Kemang, namun tidak diendahkan pasukan polis!

Demikian rentetan peristiwa yang menyaksikan seolah-olah wujud kerjasama dan modus operandi ini dibantu oleh pihak polis, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin. Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda UMNO pada 7 Oktober lalu iaitu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian yang berlaku di hadapan Balai Polis Teluk Kemang tidak diendahkan pihak berkuasa polis. Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3:00 pagi hingga 5:00 pagi, saya sendiri membuat beberapa panggilan kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada HarakahDaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat konstabel, namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja. Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupakan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok-belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul. Beliau mendakwa, ada kemungkinan tindakan ini 'sengaja' dirancang hanya untuk memberi tekanan kepada petugas Pakatan Rakyat.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia. Saya tahu pemuda UMNO ini mabuk dan mereka ini keluar dari UMNO Command Centre. Mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4. Mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang memakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi UMNO di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini. Beliau menamakan anak pimpinan UMNO yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera UMNO itu sebenarnya hanya menjadikan suasana Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'. Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda UMNO.

"Jangan sampai mengasak atau memberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng UMNO ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah. Malah ada SMS yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan bersiap-siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.



SUMBER : HarakahDaily.Net, 9 Oktober 2009.


CEDERA DITETAK DENGAN PARANG DAN DIBELASAH BERTUBI-TUBI OLEH PENYOKONG BN : PETUGAS PAS HANYA MAMPU BERTAHAN KETIKA DISERANG



Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di Markas Induk Dewan Pemuda PAS (DPP) di Bagan Pinang. Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1:30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh Markas Induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah. Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis pada jam 6:00 petang (8 Oktober) di Balai Polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

"Semalam sudah berlaku perkara ini. Kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi. Yang ini kita sangat kecewa," katanya.

Seorang Exco DPP Pusat, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong UMNO-BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa kononnya pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster UMNO-BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi-tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampailah ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP Pusat.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan. Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong UMNO-BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buatlah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DPP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negara datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini. Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan diadakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negara datang bantu kita di sini. Kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna oleh Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan Rakyat.



SUMBER : HarakahDaily.Net, 8 Oktober 2009.


BIODATA, PROFIL DAN MANIFESTO CALON PAKATAN RAKYAT PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG






MANIFESTO CALON PAKATAN RAKYAT PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen dan agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N.31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahukan isu penaiktarafan jalan utama dari Teluk Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahukan masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahukan isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong, malah menjana ekonomi setempat.

4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah landskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi kemenangan ini akan membawa satu lagi 'kehendak rakyat' ke Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika Pakatan Rakyat menambah satu kerusi DUN lagi, ia akan menjadikan 16 kerusi keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan Rakyat) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan 'bersama kehendak rakyat'.

5. Pada tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor pernah berkata di Parlimen bahawa tiada peruntukan untuk membaiki jalan raya di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan raya sebenarnya ada di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan raya jika saya menang. Sedangkan Tan Sri Mohd. Isa Samad jika menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan raya. Maka saya akan sentiasa membawa isu penaiktarafan jalan raya ini di DUN kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Teluk Kemang dalam membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai 'Bandar Pembiakan Lalat', banjir kilat dan beberapa lagi. Akar kepada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyen. Pembiakan lalat adalah natijah kepada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah kepada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah kepada masalah perparitan. Selesaikan masalah, bermakna selesailah segala natijah dan masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama pihak tertentu. Saya yakin rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca daripada sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, serta menjadi pengerusi 'No Incinerator Broga', menjadikan saya lebih bersedia dalam mengenengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat ialah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Teluk Kemang. Jadikan ADUN Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agen semak dan imbang terhadap projek-projek terbengkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.


BERSAMA KEHENDAK RAKYAT


Zulkefly Mohamad bin Haji Omar
Calon Pakatan Rakyat Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang








BIODATA :

Nama : Zulkefly Mohamad bin Haji Omar

Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan

Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)

Isteri : Saeiah binti Tarmizi

Anak : 6 orang (4 lelaki dan 2 perempuan)



LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :

1. Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporat Communication), Universiti Putra Malaysia (UPM)

2. Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi), UiTM



PENGALAMAN POLITIK :

1. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - kini)

2. Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)

3. Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)

4. Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)

5. Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)

6. Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)

7. Mantan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999 - 2001)

8. Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)



PENGALAMAN KERJAYA :

1. Pengarah Urusan dan Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn. Bhd.

2. Mantan Pengurus Kanan (Perniagaan) – IS Technologies Sdn. Bhd. (1999 – 2004)

3. Mantan Ketua Bahagian (Market Planning - C & B) – Telekom Malaysia

4. Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor

5. Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom

6. Mantan Biro Perkhidmatan Angkasa



PENGALAMAN DALAM ORGANISASI DAN NGO :

1. Pengerusi 'No Incinerator Broga' (Negeri Sembilan - Selangor)

2. Penasihat Persatuan Penduduk Tiang/Sri Petaling, Jelebu, Negeri Sembilan

3. Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang, Broga)

4. Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Cawangan Negeri Sembilan

5. Penasihat Persatuan Penjaja Ayam (Pasar Seremban)

6. Penasihat Jawatankuasa Bertindak Getco, Jele


Thursday, October 08, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ DAN TUAN GURU DR. HARON DIN DI CERAMAH PERDANA PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG MALAM INI




Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS



Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS



CERAMAH UMUM 1



1. CERAMAH UMUM PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 8 Oktober 2009 (Khamis)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Batu 3, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson (perkarangan rumah Pak Din)


PENCERAMAH :

1. Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS

2. Y.B. Dato' Paduka Haji Husam Musa
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Kerajaan Negeri Kelantan

3. Ustaz Misbahul Munir Masduki
Yang di-Pertua PAS Kawasan Bagan Datoh

4. Y.B. Saifuddin Nasution Ismail
Ahli Parlimen Machang dan Pengarah Pilihan Raya Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR)

5. Dr. Haji Wan Abdul Rahman

6. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH UMUM 2



2. CERAMAH UMUM PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 8 Oktober 2009 (Khamis)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Bilik Gerakan DAP, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson (berhampiran Politeknik Port Dickson)


PENCERAMAH :

1. Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS

2. Dato' Chua Jui Meng
Bekas Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA

3. Y.B. Dr. Siti Mariah Mahmud
Ahli Parlimen Kota Raja dan Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat

4. Ustaz Dr. Badrulamin Bahron
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan Rakyat

5. Y.B. Loke Siew Fook
Pengerusi Kebangsaan Belia Sosialis DAP, Ahli Parlimen Rasah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Negeri Sembilan

6. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH UMUM 3



3. CERAMAH UMUM PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 8 Oktober 2009 (Khamis)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Markas Dewan Ulamak PAS Pusat, Batu 3, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson (belakang Masjid Kampung Bagan Pinang)


PENCERAMAH :

1. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS

2. Y.B. Ir. Khalid Abdul Samad
Ahli Parlimen Shah Alam

3. Dato' Mohd. Zaid Ibrahim
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR) dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)

4. Y.B. Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan dan Pengarah Latihan Jentera Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR)

5. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH UMUM 4



4. CERAMAH UMUM PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 8 Oktober 2009 (Khamis)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : No. 44, Desa Rusa 1, Taman Desa Rusa, Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson


PENCERAMAH :

1. Y.B. Haji Salahuddin Haji Ayub
Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian

2. Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

3. Y.Bhg. Datuk A. Samad Said
Sasterawan Negara ke-4

4. Y.B. Ustaz Haji Mohd. Nassuruddin Haji Daud
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dan ADUN Meranti

5. Y.B. Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Balik Pulau dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang

6. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




CERAMAH UMUM 5



5. CERAMAH UMUM PILIHAN RAYA KECIL DUN N.31 BAGAN PINANG :


TARIKH : 8 Oktober 2009 (Khamis)

MASA : 9:00 malam

TEMPAT : Taman Bayu, Batu 7, Jalan Pantai, Port Dickson (perkarangan rumah Haji Baharom)


PENCERAMAH :

1. Y.B. Dato' Haji Mahfuz Haji Omar
Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena

2. Y.B. Ustaz Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat

3. Y.B. Dato' Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Teluk Kemang dan Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan

4. Mazlan Aliman
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

5. Ustaz Misbahul Munir Masduki
Yang di-Pertua PAS Kawasan Bagan Datoh

6. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan




SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.


Related Posts with Thumbnails